Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackarel



Ayam Brand™ Memperkenalkan Tiga Pilihan Saba Mackarel

Flakes Dalam Sajian Sedia-Untuk-Dimakan Yang Menyihatkan, Mudah & Enak

SHAH ALAM, 04 December 2019 – Ayam Brand™, satu jenama sardin yang sinonim di Malaysia dengan tin ikonik berwarna kuning dan merah serta kepelbagaian sajian tuna di pasaran, kini menambah Saba Mackerel Flakes dalam senarai hidangan sedia-untuk-dimakan yang juga menyihatkan, mudah dan enak.

Saba merupakan ayat dalam bahasa Jepun yang memberi makna Mackerel Pasifik. Ia merupakan hidangan ruji masyarakat Jepun, popular kerana nilai khasiat, harga yang berpatutan dan kekayaan rasa. Manakala di Malaysia, ikan saba panggang menjadi hidangan kegemaran di restoran-restoran Jepun.



Anda kini berpeluang untuk menikmati keenakan rasa eksotik ikan saba mackerel di rumah, tempat kerja atau ketika beriadah dengan Ayam Brand™ Saba Mackerel Flakes yang didatangkan dalam tiga pilihan rasa iaitu Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones. Ayam Brand™ telah memastikan ketiga-tiga pilihan berkenaan menepati cita rasa tempatan, tanpa berkompromi terhadap kehebatan rasa dan kualiti kepingan ikan saba mackerel.


Saba mackerel dikenali ramai kerana memiliki rasa yang enak tetapi tahukah anda bahawa ia merupakan sejenis ikan yang kaya dengan khasiat? Ia mempunyai kandungan tinggi protein, vitamin, mineral dan asid lemak Omega-3 EPA dan DHA.

Berdasarkan sebuah artikel dari Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat, amalan pemakanan yang kaya dengan omega-3 mempunyai hubungan dengan proses penuaan yang sihat, seperti di Jepun yang mempunyai jangka hayat terpanjang di seluruh dunia.

Sungguhpun demikian, tubuh kita tidak menghasilkan asid lemak Omega-3. Oleh itu, adalah penting untuk mendapatkan nutrien ini daripada sumber-sumber semulajadi seperti makanan laut. Saba mackerel mempunyai hampir 50% lebih kandungan Omega-3 berbanding hidangan tuna yang serupa. Hakikatnya, satu tin Chilli Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ mempunyai kandungan Omega-3 yang serupa dengan lapan biji kapsul softgel minyak ikan, sekali gus memenuhi keperluan mingguan Omega-3 anda.

Manfaat Omega-3

Omega-3 boleh mendorong kesihatan otak semasa kehamilan dan kitaran awal janin kerana ia amat penting untuk pertumbuhan otak dan perkembangan bayi. Mendapatkan kandungan Omega-3 yang mencukupi semasa kehamilan dikaitkan dengan pelbagai manfaat kepada anak anda, termasuk kepintaran yang lebih tinggi, komunikasi dan kemahiran sosial yang lebih baik, kurangnya masalah tingkah laku dan pengurangan risiko pembantutan tumbesaran.

Asid Lemak Omega-3 juga memperbaiki kemahiran membaca dan sikap dalam kalangan kanak-kanak yang paling memerlukan - golongan yang mencatatkan keputusan ujian 20% paling rendah dalam kelas di peringkat sekolah rendah - menurut satu percubaan kawalan yang telah dilaksanakan.

Mata kita sering terdedah daripada sinar biru yang terhasil daripada skrin-skrin elektronik dan digital. Ini seterusnya akan meningkatkan risiko kerosakan mata yang kekal, malah kebutaan. Mendapatkan kandungan Omega-3 DHA, juga komponen struktur utama bahagian retina dalam mata, yang mencukupi mungkin penting dalam memastikan kesihatan mata dan mengekalkan penglihatan yang baik bagi tempoh yang lebih lama.

Kajian juga mendapati Omega 3 boleh memberi kebaikan kepada penyusutan kognitif berkaitan usia seperti penyakit Alzheimer. Golongan dewasa yang lebih berusia yang mendapatkan sumber Omega-3 daripada makanan laut menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam ujian kemahiran pemikiran, seterusnya mencadangkan bahawa Omega 3 berupaya mengurangkan risiko penyakit Alzheirmer.

Menariknya, pelbagai penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan Omega-3 yang didapati secara semulajadi dalam sumber makanan memberikan lebih banyak manfaat berbanding mengambilnya sebagai suplemen minyak ikan. Oleh demikian, terdapat banyak sebab untuk menambah Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ ke dalam pemakanan anda sebagai sumber yang kaya dengan Omega-3, pada setiap peringkat kehidupan anda.

Sungguhpun saba mackerel segar tidak dapat diperoleh secara meluas di pasar-pasar dan pasar raya tempatan, namun ia boleh dijumpai di restoran-restoran Jepun tetapi pada harga yang premium. Namun, Saba Mackerel Flakes Ayam Brand™ membawakan kesemua manfaat nutrisi, khasnya Omega-3, dengan menyediakan kemudahan sajian sedia-untuk-dimakan dalam pilihan yang memenuhi cita rasa rakyat Malaysia termasuk Cili, Minyak Zaitun Dara dan Mayones.

Kini anda mengetahui bahawa adalah mudah untuk mendapatkan kebaikan Omega-3 daripada Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes. Hanya tarik penutup tin dan ia tersedia untuk dimakan. Ia juga boleh dijadikan lauk bersama hidangan nasi panas atau digulung bersama nasi dan membalutnya dengan rumpai laut kering bagi menghasilkan Onigiri. Ayam Brand ™ Saba Mackerel Flakes juga hebat dalam sajian wrap, inti sandwic, digaul bersama pasta mahupun ditabur di atas piza.

Ayam BrandTM Saba Mackerel Flakes dalam Chilli (160gm) dan dalam Mayonnaise(160gm) ditawarkan pada harga RM6.20 setin, sementara dalam Minyak Zaitun Dara (150gm) dijual pada harga RM6.50 setin. Rangkaian lengkap produk-produk Ayam Brand™’s yang menyihatkan dan memudahkan boleh didapati di pasar raya di seluruh Malaysia.

RESEPI SABA


Kek Ubi Keledek
 Untuk 4 hidangan

Bahan-Bahan

 1 tin Ayam Brand Saba Mackerel Chilli
 400 g ubi keledek dikupas (dikukus atau dibakar)
 100 g kubis, dihiris nipis
 100 g bawang, dihiris
 100 g lobak merah, parut
 2 tangkai daun bawang, dihiris
 3 telur
 1 sudu tepung jagung

Cara Penyediaan

1. Lenyekkan saba, keledek, kubis, lobak merah, bawang kuning dan daun bawang.
2. Di mangkuk yang asing, kacau telur bersama tepung jagung.
3. Bentukkan campuran saba menjadi 4 keping kek bulat. Ratakan sehingga dalam ketebalan 2cm.
4. Gris kuali. Pada kepanasan sederhana.
5. Celupkan ‘kek’ ke dalam campuran telur dan goreng sampai kuning keemasan.
6. Hidangkan kek dengan sos cili.



Sup Mee Saba Pedas

 Untuk 4 hidangan

Bahan-Bahan

• 200g mi pilihan anda
• 1 tangkai serai
• 4 daun bawang, dihiris
• 8 daun ketumbar, dihiris
• 2 liter stok ikan
• 270 ml santan
• 2 tin Ayam Brand Saba Mackerel Chili

Cara Penyediaan

1. Masak mi, tos kan air dan asingkan.
2. Potong bahagian bawah serai lebih kurang 10cm dan buang lebihan bahagian atas.
3. Rebus stok ikan dalam periuk yang besar dengan serai, daun bawang dan sos ikan
sehingga mendidih.
4. Masukkan mi, daun ketumbar, santan dan chili saba.
5. Kecilkan api dan biarkan selama 2 minit. Buang serai sebelum dihidang.


Quiche Saba Dan Kelapa
Bahan-Bahan

 1 buku roti wholemeal, dengan kerak roti dibuang
 1 tin Ayam Brand Saba Mackerel in Olive Oil
 ½ sudu kecil serbuk kunyit
 2 bawang merah, dipotong
 200 ml Santan Ayam Brand™
 2 telur, dipukul sederhana
 garam mengikut citarasa

Cara Penyediaan

1. Gris sedikit 15 acuan cupcake
2. Masukkan kepingan roti ke dalam setiap acuan dan potong lebihan. Panaskan suhu
180°C.
3. Campurkan saba dengan bahan-bahan yang lain. Isikan cawan roti.
4. Bakar selama 10 minit atau sehingga isi campuran sudah masak.
5. Biarkan sejuk sedikit dan hidangkan. 




Saba Chutney

 Untuk 4 Hidangan

Bahan-Bahan

 1 tin Ayam Brand Saba Mackerel in Mayonnaise (dengan minyak)
 100ml santan kelapa
 4 cili padi hijau
 8 batang daun mint
 6 batang ketumbar segar
 100g bawang merah
 Garam dan gula mengikut rasa

Mengisar

1. Kisar semua bahan-bahan dan hidang sejuk sebagai dip dengan chips atau roti Onigiri Saba
• Untuk 4 Hidangan
Bahan-Bahan

• 120g nasi sushi
• 1 tin Ayam Brand Saba Mackerel dalam Mayonis
• 2 keping rumpai laut yang dipanggang, hiris 4 cm lebar
• 1 acuan onigiri

Cara Penyediaan 

1. Bahagikan nasi sushi kepada lapan bahagian
2. Letakkan satu bahagian nasi ke dalam acuan onigiri.
3. Masukkan satu sudu Saba daripada tin ke dalam acuan.
4. Tutup acuan dengan sabahgian lagi nasi.
5. Letakkan penutup acuan onigiri dan tekan kuat dengan tapak tangan.
6. Tekan keluar onigiri dan balut bahagian bawah dengan rumpai laut yang dipanggang.
7. Ulang sampai kesemua bahan-bahan sudah habis diguna.



Sushi Saba

 Untuk 4 Hidangan

Bahan-Bahan

 1/2 timun, dihiris memanjang
 1/2 sudu kecil garam
 1 bawang, dihiris nipis
 2 cawan nasi Jepun, ataupun basmati
 1 sudu besar bijan, dipanggang 2 minit.
 1 kepingan nori
 1 tin Ayam Brand Saba Mackerel in Mayonis

Cara Penyediaan

1. Campurkan stok ikan, mirin, air, kicap cair dan gula dalam mangkuk.
2. Kita mesti mengacaunya sehingga kesemua gula larut sepenuhnya.
3. Kemudian, tuangkannya diatas nasi dan campurkan. Nasi sushi telah sedia.
4. Letakkan kepingan nori diatas tikar penggulung buluh.
5. Ambilkan sedikit nasi dan letakkan disebelah kepingan nori.
6. Letakkan timun dan ketulan saba secara memanjang. Kita tambahkan sedikit hirisan
bawang dan bijan.
7. Gulungkan menggunakan tikar dan basahkan penghujung kepingan nori dengan
sedikit air supaya ia dapat ditutup sepenuhnya. Ia sebenarnya senang setelah anda
mencubanya beberapa kali.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com