Apa nak makan di Hana Japanese Dining @ IPC Shopping Centre ?


Hey guys ! Baru-baru ni I sempat menjamah beberapa hidangan di Hana Dining di IPC Mall. To be honest memang dah lama tak makan makanan Jepun lately. Tapi kali ni memang I agak teruja nak cuba balik makan-makanan Jepun. Hana Dining telah diperkenalkan di Malaysia dari Taiwan sejak dari tahun 2014 dan setting dia mengikut standard iaitu pengalaman hidangan menu Jepun yang moden. Ianya bukan makanan ringan atau makanan biasa-biasa kita makan ya tapi di sini hidangan yang sihat bernutrisi dimana ianya disediakan secara mentah, segar dan produk yang berkualiti.

Semua hidangan disediakan dengan bahan yang diimport dari sumber segar di pasar tempatan. Di Hana Dining, korang yang ingin menikmati makanan di sini boleh pilih bahan serta cara masakan yang korang nak dan mereka akan masak ikut pilihan you all tau. Apa pun 'Itadakimasu!'

Business Course Meal
Business Course Meal

Di Hana Dining, mereka menyediakan 'business course meal' dimana salad+nasi/mee + minuman dan 2 makanan (boleh pilih) ye. PERCUMA Chawanmushi.

1. Nikmati salad (hanya sekali sahaja -make sure ambil ikut keperluaan) RM15
2. Boleh pilih :

  • Japanese Steam Rice
  • Hot Soba
  • Hot Udon
  • Cold Soba
  • Cold Udon
3. Pilih Minuman :
  • Teh Hijau Panas ( boleh diisi banyak kali)
  • Teh Hijau sejuk ( boleh diisi banyak kali juga )
  • Teh Ais Limau ( hanya sekali )
4. Pilih 2 makanan utama

Tengahari :
  • 2x pilihan standard :RM30 
  • 2Xpilihan premium : RM50
  • 1X pilihan standard + 1X pilihan premium : RM40
Malam :
  • 2X pilihan standard  : RM40
  • 2X pilihan premium : RM60
  • 1X pilihan standard + 1X pilihan premium : RM50
Pilihan Standards : Salmon Sashimi (3keping), Futomaki(3 ketol), Yasai Tempura, chicken teriyaki, chicken Karaage, Tofu Omelette, Mentaiko Tamagoyaki, Saba Teriyaki, Saba syioyaki dan Assorted Nigiri.

Pilihan Premium : Assorted Sashimi (3jenis), Unagi Kabayaki, Salmon Shioyaki, Salmon Teriyaki, Australian Beef Teriyaki, Salmon Head Shoyaki, Tempura Moriawase, Australian Beef Tataki, Seafood Teppayanki, signature nigiri sushi - engawa, salmon belly dan ikura (3ketol)
Ianya bermula untuk makan makanan tengahari dari 11.30 pagi hingga 6 petang dan waktu makan malam bermula dari 6 petang hingga 9.30 malam.

Business Course Meal sesuai untuk I yang suka makan pelbagai jenis hidangan. Banyak ya menu pilihan yang korang boleh pilih untuk lengkapkan Business Course Meal ni. Antara yang I makan ialah (Salad + Rice / Noodle + Drink + 2 Meals iaitu Chicken Karaage, Assorted Nigiri, Tempura Moriawase dan Salmon Teriyaki.

Seriously cakap memang PUAS HATI ! bukan seorang je boleh makan tapi kalau ada family kecil macam I suami dan 2 orang anak memang cukup mengenyangkan dah hidangan business course meal ni ya.

Salmon Teriyaki

Salad

Chicken Karaage

Cold Soba

Chawanmushi

Yasai Tempura

Makanan Asia seperti East dan West pun ada ya. Haihhh memang terlampau banyak menu makanan di Hana Dining ni.. Memang rambang mata nak pilih menu apa kat sini, kalau you all singgah sini please la cuba makanan jenis mee pula..NOT BAD lah rasa mee dia.. 1 mangkuk ni cukup 2 orang makan sebab portion dia besar, dah lah sedap, enak dan lazat rasa dia buat kita teringat-ingat ya sampai sekarang. Mee tu termasuklah  Nyonya Curry Udon dan Curry Soba.

Nyonya Curry Udon RM25

Curry Soba RM25

Okay makanan paling BEST yang perlu dicuba di Hana Dining ni ialah JAPAN WAGYU A5 SUSHI, seriously ini adalah kali pertama I cuba sendiri makan daging secara mentah... huhuhuh... ada setengah orang tak boleh ya makan macam ni tapi I kuatkan semangat nak rasa sedap ke tidak rasa daging served mementah ni. huhuhuh....

Japan Wagyu A5 Sushi
Japan Wagyu A5 Sushi di sediakan secara mentah ni adalah tarikan paling LARIS, memang tak pernah I makan macam ni tapi rasa dia just WOW segar gila rasa macam kucing pula bila makan daging ni.. rasa lemak dia kenyal-kenyal oo.. ada setengah orang memang suka ya makan mentah macam ni... antara yang I dah cuba sendiri di Hana Dining ni ialah : Japan Wagyu A5 Sushi: Premium Loin Aburi (Roasted) nasib baik ada yang dibakar so puas hati juga la rasa 'crunchy' tu, Uniku, Nikura, Ninniku Aburi, Negi Aburi, Nama (Raw) 葱/茗荷/大叶 dan Nama (Raw) 松露

Premium Loin Aburi (Roasted) Hirisan nipis daging wagyu disediakan dengan garam laut (RM28) DIBAKAR secara - depan mata kita ya oleh staff kat Hana Dining.

-Nama (Raw) 葱/茗荷/大叶 (paling juicest dihidangkan dengan garam laut) RM15
-Nama (Raw) 松露(disediakan dengan truffle diatasnya) RM22
Nak tahu impressions I MAKAN RAW daging Japan Wagyu A5 ni bolehlah tonton video kat bawah ni :


Antara menu yang BEST ialah OZEN Eggs, yang ni memang Adelia layan habis, sebab menu hidangan yang berasaskan daripada telur ye, bukan telur biasa-biasa tapi telur yang digunakan ialah OZEN eggs bebas dari antibiotik, bebas hormon, ayam yang dibeei makan dengan tumbuhan semulajadi dan astaxathin, sesuai untuk vegetarian dan ada 'Malaysian Good Agricultural Practice Farm' gitu.

Astaxanthin tu ialah sejenis antioksida yang sangat tinggi dimana bahan didalamnya boleh menghapuskan radikal bebas dan melindungi sel sihat. Ianya sangat baik untuk kesihatan mata, sistem imun, sistem saraf, melambatkan proses penuaan untuk organ dalaman, untuk kesihatan kardiovaskular dan kesuburan. Telur dia lebih oren dari telur ayam biasa ya.

Eel Maki Top with Scramble Egg RM35

Fuwa Fuwa Omelette RM23
Seetelah dah cuba beberapa menu hidangan di Hana Dining ni, ternyata rasa mcam nak 'repeat' lagi sekali sebab semua makanan sangat segar rasa enak dan sedap-sedap belaka ya. Rasa macam tak rugi nak spend sikit duit kat sini sekali sekala sebab memang puas hati lah..  No wonderlah ramai pelanggan sanggup makan kat sini walaupun dia macam terselit sikit dalam IPC Mall tu hee..

Kalau you all nak cuba menu di Hana Dining ni dibuka setiap hari :
Isnin hingga Ahad :  10am–10pm lokasi di Sony Centre, Ikano Power Centre beralamat Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor. Nombor telefon : 03-7491 3903

Website: http://www.hanadining.com
Facebook: https://www.facebook.com/hanadiningconcept/

2 ulasan :

  1. Fuhh.. Tak pernah makan lagi hidangan sebegini.. Insyaallah ada rezeki lain hari nak try la jugak

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com