6 Menu Makanan 'BEST SELLER' di Gurume Outlet Evo Mall Bangi


Makanan Segar dan konsep secara Langsung

Bagi yang tinggal di Bangi atau kawasan berdekatan memang tak sahlah kalau tak singgah Evo Mall Bangi kan ? I yang tinggal di Hulu Langat pun dah beberapa kali pergi mall ni sebab ada beberapa kedai makanan dan outlets I nak singgah. Memang jenis suka berjalan selagi nampak Mall I ni hee.

Yang suka membeli-belah di Aeon Max Value mesti tertarik dengan bahagian 'pastry' Gurume sebelum keluar dari outlet tu.. pelbagai jenis roti, kek dan pilihan makanan yang boleh dicuba untuk 'tantalizing the buds' gitu..

'Gurume,' adalah perkataaan yang berasal dari Jepun terjemahan 'Gourmet' yang terdiri daripada lima jenis konsep makanan yang berbeza, iaitu Gelato, Patisseries, Tempat Makanan, Sushi dan kios jalan.

Dengan menggunakan slogan "Gourmet Fresh Food and Live Concept", pasukan dari Gurume menggunakan konsep AFB bercadang untuk memberikan atmosfera yang terbaik kepada semua pelanggan yang menikmati menu hidangan seperti konsep memasak secara terbuka yang kelihatan lebih unik di outlet ini.

Menggunakan Barang Yang Halal, Selamat dan Suci

Untuk memberikan penjagaan yang paling penting kepada semua pelanggan, Gurume mengamalkan ciri-ciri Halal yang perlu dititikberatkan. Gurume hanya menggunakan bahan dari pembekal halal sahaja. Semua masakan sepenuhnya dimasak dan disediakan dengan bahan-bahan halal untuk memenuhi semua keperluaan, kehendak dan kewajiban dari pelanggan yang hendak menikmati makanan di sini terutamanya mereka yang beragama Islam.


6 Menu Makanan 'BEST SELLER' di Gurume Outlet Evo Mall Bangi :
  1. Fried Kway Tiow - RM 10.90
  2. Mee Goreng Mamak - RM 10.90
  3. BBQ Chicken Chop - RM 17.90
  4. Classic Carbonara - RM 17.90
  5. Nasi Lemak with Ayam Goreng - RM 13.00
  6. Mee Rebus RM12.90


Selain daripada 'heavy melas, I suka sangat dengan pelbagai jenis rasa kek di Gurume Outlets ni antaranya Rainbow cake, kek velvet, kek mangga, kek berkacang macadamia dan kek coklat.. semuanya sedap-sedap dan rasa kek ni manis-manis dia boleh terima tau..


Pemanis mulut seperti lempeng pisang dan ais krim vanilla pun ada..


Tokiyaki ni memang tak sah la kalau tak ada kan.. makan panas-panas sangat sedap tapi walaupun dah sejuk rasa enak tu masih ada ye..


Kalau minuman jangan cakaplah.. macam-macam jenis ada boleh pilih ikut selera sendiri.. fresh oren ada, kopi ais ada, jus epal ada.. yang jenis ice blended pun ada.. boleh dikatakan macam-macam ada...


Kopi panas pun enak kalau makan bersama kek dan roti yang ada di Gurume ni.. haih memang port sangat bagus lah untuk lepak ber'me-time' sekejap walaupun 10-15minit kan.. hee


Bajet Rendah ? Jom tengok promosi yang ditawarkan oleh Gurume !

RM8.50 untuk minuman Signature dari Gurume, Set daging, set ayam dan set ikan dari RM10.90 dari Isnin-Jumaat bermula dari 11 pagi hingga 4.30 petang, Istimewa Hujung Minggu dari 12 tengahari hingga 5 petang, beli 3 Temaki pilihan hanya RM15 percuma 1 California Temaki, Ayam panggang pula RM35.50 seekor manakala RM19.90 untuk separuh pada Sabtu dan Ahad ! Jangan kata I tak kongsi ye berita tawaran ni. Hee..


Penghantaran pun ada ye. So kalau tak ada kereta ke tak sempat nak masak ke order je, senang kan ?
Thanks Gurume sebab memanhami gaya hidup masa kini..

Apa pun, untuk maklumat lanjut, sila layari : https://www.gurumemalaysia.com/

Gurume.My
afb@afe.com.my / gurumehq@gmail.com
03-89229641- OUTLET GURUME EVO MALL BANGI

03-91335055 @ 016-2211736 – OFFICE LOCATION EVO MALL BANGI,
Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

13 ulasan :

  1. Wow selalu ke Evo tapi tak perasan plak restoran ni 😍😍

    BalasPadam
  2. Perghhh .. kena singgah jugak ni sebab menu yang ada macam kena lak dengan citarasa. Harga pun berbaloi dan banyak pilihan

    BalasPadam
  3. Belum pernah cuba makanan dalam restoren ini. Mesti sedap punya...

    BalasPadam
  4. ohh god kopi panas tu nampak nyaman, dan yes kue tew goreng macam asyikkkk

    BalasPadam
  5. Lazatnya makanan kat situ. Rawlins pun tak sampai lagi kat situ, walhal rumah Rawlins hanya 5 minit je dari situ. Ok lah. Weekend nie Rawlins nak try la.

    BalasPadam
  6. Wow tengok pun sudah terasa sangat lapar kan. Kalau lan kali ada bertandang kat sini akan cuba lar menu yang direkomen tu.

    BalasPadam
  7. Nasi Lemak ker tu sedapnya tengok hehehe dengan sambal pastu ada ayam goreng dan telur goreng perhhh terangkat rasa macam nak pergi makan malam-malam ni nasib tutup tak apa nanti Syafiera belanja kita makan sini ok hehehehe...

    BalasPadam
  8. Untunglah orang berdekatan Bangi, kalau tak sempat boleh order je terus kan. Bangi memang terkenal dengan kawasan traffic jammed, so better order dulu baru jamah di rumah dengan makanan yang sedap macam ni.

    BalasPadam
  9. Firaaaa melampau la tengok kek tu. Besar pula tu. Boleh kongsi makan sesama tu. Grrr. Sedapnya. Cuma EVO Mall ni baru first time dengar. Nanti akak check it out ya.

    BalasPadam
  10. Wahhhhh tq share. Nanti datang Gurume Evo Mall Bangi boleh laaa cuba 6 menu wajib ni

    BalasPadam
  11. Ya Allah nampak sedap betul makanan2 kat sini. Nanti nak bawak satu family makan kat sini. Baru tahu ada makan sedap dekat evo mall bangi.

    BalasPadam
  12. Tengok makanan.kat sini semuanya nampak sedap dan.me arik. Kalau akak tinggal di situ mmg confirm dtg terjah

    BalasPadam
  13. emm macam sedap je semua tu. kalau ke mall ni boleh singgah makan sini so takde lah kena cari warung kat luar dah. thankyou for your suggestion.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com