5 Permainan SkyVR kena CUBA di Resorts World Genting


Hi Guys, Ahad baru-baru ni I sempat naik Genting bersama suami dan anak-anak untuk 'explore' sendiri SkyVR terbaru di Resorts World Genting. Teruja nak cuba VR yang di dalam globe tu.. sebenarnya agak menarik ya walaupun tak berkesempatan nak Diving.. kita boleh juga menyelam, nak naik payung terjun pun boleh... memang segalanya bolehlah bila ada Sky Vr ni.

Resorts World Genting lebarkan kuasa realiti maya dengan SkyVR Pengenalan kepada lima permainan VR baharu mencipta kemungkinan baru dalam hiburan tidak berpenghujung. Permainan SkyVR menawarkan lima pengalaman menakjubkan dalam VirtuGlobe, XD Theater, Vortex, RoboCoaster dan SkyGlider VR. Ia meliputi penggembaraan antara galaksi sehinggalah permainan yang mesra seisi keluarga.


1. VirtueGlobe

VirtuGlobe ni sebenarnya nampak je senang nak handle, sekali bila dah masuk dalam ni, pergh berlari macam hamster. Memang kena control globe sambil tu tembak monster di padang pasir. I nampak macam ada mermaid.


VirtuGlobe adalah hasil ciptaan VirtuGlobe Inc, dimana para pengunjung boleh melangkah masuk dalam persekitaraan VR yang bebas pergerakan. Pengunjung bebas menentukan pengalaman yang diingini mengikut citarasa masing-masing. Dicipta oleh Ray Latypov di Amerika Syarikat, VirtuGlobe yang asalnya dikenali Virtusphere adalah teknologi yang digunakan oleh pihak ketenteraan di seluruh dunia bagi melatih kakitangan mereka dalam pelbagai persekitaran.


2. XD THEATER

XD Theatre adalah permainan berasaskan simulator pelbagai sensor yang sesuai untuk seisi keluarga. Ia mampu menampung 32 pengunjung untuk merasai pengalaman interaktif yang membawa mereka ke satu dunia baru. Sebagai contoh alam lanun penuh dengan raksasa ganas dimana semua orang perlu bekerjasama menangkis serangan dan menewaskan penjahat. Had ketinggian minimum permainan ini adalah 90 sentimeter. Permainan ini dibangunkan oleh TrioTech dari Kanada dan adalah tarikan terbesar seumpamanya di Malaysia.


XD Theater ni agak BEST sebab boleh main beramai-ramai, budak atas 110cm pun boleh masuk. Hari Ahad haritu kitaorang main Carnival dengan Roboriots. I suka part Carnival tu seram tapi tu la geram je nak tembak semua badut badut jahat dalam tu.


3. VORTEX

Vortex ni kita alami gaya hidup penyelam, masuk dalam laut, lepas tu terlanggar gua, nampak macam-macam hidupan laut dalam ni seperti paus, dolphin dan ikan-ikan kecil berkumpulan.

Vortex pula adalah permainan berasaskan pergerakan platform, dimana pengunjung akan dipasang tali ikat pada konsol tengah dan dibekalkan senapang laser. Dibangunkan oleh syarikat Brogent dari Taiwan, Vortex mampu menampung 12 penumpang untuk menaiki roller-coaster yang mencabar dengan persembahan grafik ultra-realistik sambil merasai getaran pada platfom dan aksi di skrin. Merupakan yang pertama di Asia, Vortex dibuka untuk semua pengunjung yang memiliki ketinggian 100-195 sentimeter.


4. SkyGlider

Sky Glider I rekomen untuk sesiapa yang nak praktis dulu sebelum pergi berpayung terjun. Bolehlah alami ketinggian yang gayat terlebih dahulu. Biasakan diri untuk belajar mengawal tali payung terjun. Huhuhuh dalam ni pun dah terasa kegayatan tu kalau real life tak boleh bayangkan. hee.

Buat mereka yang ingin terbang melayang seperti seekor burung helang, maka SkyGlider VR adalah jawapannya. Menggunakan kerusi yang boleh diikat, rasai kehebatan meluncur menggunakan para-peluncur sambil melihat dunia dari perspektif berbeza pada ketinggian beberapa ratus meter di udara. Terdapat tiga tahap kemahiran – Permulaan, Pertengahan dan Lanjutan – dengan begitu banyak boleh dilihat, pengalaman menaikinya kedua-dua luncur VR adalah sama. Merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, SkyGlider dibangunkan oleh FrontGrid. Pengunjung perlu memiliki ketinggian 110-190 sentimeter dan tidak melebihi berat 150 kilogram.


5. ROBOCOASTER

Uish yang ni agak seram sikit sebab tunggang terbalik ye penumpang.. yang ni korang masuk dalam badan robot ya sedang bermain di angkasa. Bayangkan sendiri macam mana robot tu bila jatuh dari bangunan yang tinggi, tergolek-golek. Haa macam tu la rasanya.

RoboCoaster, yang dicipta oleh syarikat Sangwha di Korea Selatan. Mampu memuatkan sehingga 4 orang pengunjung, mereka akan mengembara menaiki VR roller-coaster ke alam robotik yang belum pernah ditemui sebelum ini. Ia penuh dengan struktur-struktur menakjubkan dan makhluk-makhluk aneh yang boleh dilihat secara 360 darjah. Para pengunjung perlu memiliki ketinggian 130-190 sentimeter untuk merasai pengalaman menaiki RoboCoaster, manakala untuk VirtuGlobe, ia terhad untuk ketinggian 130-200 sentimeter dan mempunyai berat antara 35-130 kilogram.

Nak lebih lanjut dalam bentuk video, boleh tonton di bawah :



Genting SkySymphony bertema Krismas tahun 2018

Kehebatan realiti maya adalah keupayaannya membawa seseorang ke dalam satu dunia baharu; yang dapat dilihat, dirasai dan didengari seperti suatu yang nyata. Sebagai salah satu hiburan pada tahap seterusnya, Resorts World Genting tampil dengan tawaran baharu untuk memberi peluang para tetamu merasai pengalaman penggembaraan terhebat seumur hidup dengan pengenalan permainan SkyVR – iaitu satu bahagian taman tema yang dikhaskan untuk permainan realiti maya yang paling menarik dan menyeronokkan di dunia.

“Kami mahu menjadi destinasi pilihan untuk pengalaman Realiti Maya di Malaysia dan di Asia. Permainan realiti maya SkyVR adalah penawaran terbaharu selepas VOID yang diperkenal sebelum ini. Apa yang ingin kami tawarkan di SkyVR adalah pengalaman VR terkini di Asia. Ia adalah tarikan wajib dicuba untuk semua pengunjung yang datang ke sini,” kata Dato’ Edward Holloway, Naib Presiden Eksekutif Leisure dan Hospitaliti Resorts World Genting. Tambah beliau, “Dengan SkyVR, kami secara dramatik melebarkan sayap dalam penawaran VR dan ia adalah satu kemungkinan yang menakjubkan dimana para tetamu kami boleh melihat, mencuba dan meneroka ke dalam satu perjalanan yang melangkaui imiginasi. Di SkyVR setiap permainan adalah satu perjalanan, dan setiap perjalanan di sini adalah menakjubkan,” 

Permainan SkyVR terletak di Aras 2, Taman Tema Tertutup Skytropolis di Resorts World Genting. Ia dibuka setiap hari dari pukul 10pg-10mlm dan bayaran dikenakan untuk setiap kali naik. Terdapat juga Kombo Penjimatan Luar Biasa A disediakan dimana anda boleh membeli kombinasi pas masuk sehari Taman Tema Tertutup Skytropolis beserta kredit Tap & Play untuk bermain SkyVr. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +603 2718 1118.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com