Mengimbau kembali Nostalgia Barbie dan Hot Wheel di Lost World Of Tambun

I jadi kanak-kanak balik semula bila di Lost World Of Tambun Yay !
Seronoknya Mengimbau Sejarah Lama bersama Barbie dan Hot Wheels

Sempena cuti sekolah tak lama lagi ni, banyak aktiviti yang mak dan anak boleh join bersama dan serta lakukan apa sahaja yang diingini ! Di Lost World Of Tambun adalah taman tema pertama yang bekerjasama dengan Hot Wheels dan Barbie untuk mengimbau kembali zaman kanak-kanak yang telah lama berlalu kini kembali lagi menceriakan mak dan anak-anak bermula dari 23 November hingga 31 Disember 2019 !

Gerbang menuju ke dunia yang penuh keceriaan bersama Barbie dan Hot Wheels !

'Come on, Barbie, let's go party.'

Barbie ni masa zaman I kecil-kecil pun I layan lagu lama 'Come on, Barbie, let's go party.' Tapi sekarang tak sangka boleh layan lagi kegembiraan bersama Barbie dengan anak-anak I pula. Barbie sekarang dah tak terhad, tapi hadir dengan pelbagai jenis bentuk dan saiz badan malahan lebih banyak pekerjaan yang telah Barbie rungkaikan mengikut peredaran zaman masa ke semasa.


Barbie – “You Can Be Anything”

Di Lost World Of Tambun, pengunjung berpeluang untuk mengambil gambar di rumah impian kerjaya Barbie dan meneroka kerjaya yang berbeza dalam zon ‘You Can Be Anything’ untuk berdandan. Anda juga boleh mengetahui dengan lebih lanjut tentang kerjaya yang paling ikonik Barbie telah dipegang sejak 60 tahun yang lalu.

Pada tahun ini, Mattel mengumumkan Jelajah Barbie ‘You Can Be Anything’ sempena 60 tahun memberikan inspirasi tanpa batasan kepada setiap gadis. Hari ini, Barbie mencetuskan imaginasi dengan kerjaya yang menarik dan fesyen yang menyeronokkan yang memberi inspirasi serta potensi
tanpa batasan kepada setiap gadis.


“Selama 60 tahun, Barbie adalah gadis yang berjaya, memberi inspirasi kepada pelbagai generasi untuk mempercayai dan memberikan mereka dengan pelbagai pilihan. Lebih daripada 200 kerjaya, bertanding sebanyak 6 kali untuk presiden dan angkasawati pertama ke Bulan sebelum Neil Armstrong, Barbie terus berkembang menjadi contoh moden serta relevan untuk semua peringkat umur.” Kata Lisa McKnight, Pengurus Besar dan Naib Presiden Kanan Barbie


Hot Wheels – Challenge Accepted
Jelajah Lagenda Hot Wheels yang pertama yang diadakan pada 2018 telah menerima kunjungan lebih 3,600 buah kereta dan 65,000 orang peminat daripada semua lapisan umur dan seluruh pelusuk dunia sempena menyambut 50 tahun ulang tahun Hot Wheels.

Perhatian kepada pelumba, ada cabaran baru di bandar untuk anda ! Lost World Of Tambun membina trek lumba untuk Hot Wheels untuk para peminat Hot Wheels. Kanak-kanak boleh bermain dan berlumba bersama rakan-rakan di trek setiap hari. Anda juga boleh melawati zon Challege Accepted dan menonton perlumbaan terakhir yang diadakan pada jam 4 petangsetiap hari dan berpeluang memenangi hadiah premium dari Hot Wheels.

Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka,' kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel.


Hot Wheels telah menyemarakkan semangat pencabar dalam generasi kanak-kanak selama lebih daripada 50 tahun, dan kini kami memperjuang belia dalam pelbagai sukan yang menguji kemampuan ke tahap maksimum dan memperbaiki kemahiran mereka,' kata Ricardo Briceno, Pengarah Kanan Hot Wheels Global Pemasaran Jenama di Mattel.

Barbie dan Hot Wheels adalah dua jenama mainan yang paling ikonik di dunia dengan peminat setia mereka sendiri dan gabungan kedua-dua jenama ini sangat istimewa. Kami teruja untuk menjemput kedua-dua jenama ini bagi kempen ‘Awesome Holidays, Time To Play’.


Setiap tahun ketika cuti sekolah, taman tema kami menjadi lokasi percutian yang ideal untuk keluarga menikmati percutian menggembirakan serta memuaskan. Kerjasama dengan kedua-dua jenama yang paling dikenali ini bersama dengan taman tema kami dijamin merupakan percutian yang sempurna untuk semua peringkat umur," kata Nurul Nuzairi, Pengurus Besar Sunway Lost World Of Tambun.

Kanak-kanak akan terpesona dan merasa kagum dengan ruang seni dan juga kawasan almari Barbie. Personakan anak-anak anda dengan ruang seni dan almari Barbie Khas buat mereka. Selain daripada ‘Meet and Greet’, anda juga berpeluang untuk menikmati parti minum petang bersama Barbie!


Parti minum petang bersama Barbie!





Bagi meraikan pelancaran kolaborasi ini bersama Mattels, Hot Wheels and Barbie akan berlangsung di Lost World Of Tambun Waterpark dari 23 November hingga 31 Disember 2019. Pengunjung akan mendapat akses ke acara eksklusif ini pada RM 77 (MyKad rate) dan akan mendapat barangan premium percuma untuk 3 tiket dan ke atas bagi setiap transaksi di mana ia terhad kepada 4000 unit sahaja.

Maklumat lebih lanjut mengenai Lost World Of Tambun Waterpark dan tunggangan terbarunya boleh didapati di sunwaylostworldoftambun.com.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com