Makan Kentang dari USA sebelum bersukan sebenarnya mampu berikan tenaga berpanjangan


Ingat tak baru-baru ni I ada sertai TM Run 2019 di Menara TM ? Mula-mula I tak tahu I mampu ikuti ke tak ? Yerlah kali pertama Berlari menaiki tangga selalunya atas jalan raya ke.. So malam tu memang tawakkal badan Okey tak ada masalah.. I memang takkan paksa badan I kalau tak mampu.. kadar nadi jantung I memang jaga I takut kalau terlalu 'over work out' takut tiba-tiba KIOK je.. hahaha.. tapi setakat ni I masih selamat, kalau tak mesti tak tulis apa-apa dah dalam blog I. eheh.

Apa pun seronoklah TM Run kali ni sebab banyak gila penaja makanan dan minuman yang sihat yang ada time event ni.. terutamanya penaja dari US Potatoes.. kali ni mereka taja mashed potato dengan air kentang + bluberi... pergh memang kegemaran tau.. mashed potato ni kalau tak di situ I memang selalu buat kat rumah... Kena guna kentang dari USA baru dapat tekstur yang halus, lembut dan enak untuk dimakan... berbeza ya hasil dengan kentang biasa... cuba you all beli 2 jenis.. memang nampak ketara dari segi tekstur tu, warna kulit pun berbeza... lagi satu Kentang dari USA ni sangat mudah lembut berbanding kentang biasa yang perlukan masa takat didih yang agak panjang untuk lembut... tak percaya ? Kena cuba dulu...

Oh ya apa pun kentang dari USA ni banyak khasiat tau :

I petik kembali di entri I yang lalu : Resepi Mudah : Ragam Kentang U.S di pagi raya

Tahukah anda Kentang U.S :

Secara semulajadi mengandungi nutrien-padat. Satu bersaiz sederhana (148gram) kentang mempunyai :
• Hanya 110 kalori
• Tiada lemak, tiada natrium, tiada kolesterol
• 30% daripada nilai harian vitamin C anda
• Lebih banyak kalium daripada pisang (15% daripada nilai harian)

Ianya adalah salah faham bahawa kentang itu adalah makanan yang menggemukkan. Kentang boleh menjadi sebahagian daripada rejimen pengurusan berat badan: Kentang mengenyangkan anda, bukan sebaliknya. Beberapa penyelidikan mencadangkan ...

1. Kentang adalah salah satu makanan yang paling mengeyangkan boleh mengurangkan rasa lapar dengan lebih baik dari makanan rutin harian yang lain..

2. Anda boleh memasukkan kentang sebagai sebahagian daripada program penurunan berat badan kerana Ia adalah kalori yang dikira, tidak menghapuskan nutrisi makanan tertentu.


Apa-pun sebelum nak melakukan senaman berat kenalah buat senaman ringan terlebih dahulu, buat regangan badan, panaskan badan dulu jadi tak terkejutlah badan tau..

Sesi warm-up bersama coaches yang Handsome... LOL tetiba bersemangat nak buat senaman tau.. ewah ewah.. mata I tu dah meliar tengok orang sesado sado... hahha...


TM Run 2019 ni masing-masing kena hadapi cabaran menaiki anak tangga sambil berlari sebanyak 1,296 langkah, 200 Meter Elevator Climb dengan tingkat sebanyak 54... pergh... I mampu naik slow-slow juga lah tapi Alhamdulillah... I rasa I bersama warga emas I punya timing... heheheh...


 Ini muka permulaan, muka masih tegang berkilat tanpa peluh... apa pun I nampak kurus juga lah walaupun sebelum ye.. thanks Moka Pena Berkala tangkap gambar I cantik macam ni.. Lol !


I pun tak ingat yang ini tingkat berapa... apa pun terdapat 2 'water station' di tingkat yang terpilih... sambil minum air sambil tengok view dari menara TM, ini kali pertama kot dapat masuk menara ni.. pergh syiok wei.. untung sangat I join TM Run 2019 kali ni !


Panjat, daki naik slow-slow akhirnya sampai juga I ke tingkat 50 muka berpeluh habis... walaupun tak pakai foundation pergh macam pakai blusher muka oo... cantik gak kan bila muka merah habis.. nampak betul pengaliran darah sampai ke muka... macam ni nak lah panjat tangga hari-hari kat rumah.. syok cantik tanpa bahan kimia berbahaya dengan hanya bersenam.. lol...


Oh yay akhirnya berjaya juga I sampai ke GARISAN PENAMAT di tingkat yang ke 54.. seronok gila muka puas hati dan dapat medal cantik Oo dari TM ! Versi boleh putar..


Yang ni LIF nak turun ke bawah pulak.. heee...

Yay I made it... sebab makan kentang dari USA, tenaga I dapat tak lekang... hehehe


Oh ya sebelum I lupa sebenarnya kentang U.S ni sangat mudah didapati di pasaraya besar berdekatan anda tau. Dah ada jual siap-siap dalam bentuk wedges, hash brown dan french fries which is you goreng je. Tapi kalau nak buat mashed potatoes atau letak dalam kari ke, gulai ke beli yang jenis belum kupas lagi tau. Banyak sangat khasiat dalam kentang dari U.S ni rasa dia pun enak dan sedap. hee.

Sila layari untuk maklumat lanjut :
laman web : http://potatoesusa-malaysia.com/ 
facebook : https://www.facebook.com/MYpotatoesUSA/


1 comment :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com