Grilled Butter Chicken Edisi Terhad Kembali Lagi di The Chicken Rice Shop


Hati Rakyat Malaysia dihangatkan lagi dengan rasa Mentega yang Menggiurkan

Hi semua !! Korang dah cuba ke belum Set Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop ? I baru je pergi cuba sendiri set edisi terhad ni. Selama ni I tak pernah cuba lagi ayam dengan mentega melimpah-ruah macam ni selalunya dengan udang je. First time makan Wow  !! not bad juga rasa kombinasi paha ayam tanpa tulang dengan mentega ni, Okay lah boleh terima rasanya and paling penting I makan sampai licin gak la... makan dengan nasi The Chicken Rice Shop kombinasinya memang enak. Rasa macam lengkap la kalau nak makan tengahari dengan Set Grilled Butter Chicken ni sebab ada juga sayur dan sup. Memang kenyang sampai ke malam kalau makan ni waktu tengahari.


Sos Mentega Keemasan membuatkan Menu Ini Menarik

Kembalinya Set Grilled Butter Chicken ni sebab ianya sangat popular diterima ramai oleh peminat The Chicken Rice Shop. Menu Edisi Terhad di @thechickenriceshop bermula dari November 2019 sehingga Januari 2020. Sedap sebab paha ayam tanpa tulang dilimpahi dengan sos mentega keemasan yang dihiasi bersama cili padi dan daun kari yang beraroma menjadikan menu ni memuaskan nafsu makan setiap yang merasainya...


Menu yang diilhamkan oleh resipi tradisional Hainanese dengan gabungan keaslian resipi Nyonya Pulau Pinang serta beberapa hidangan kegemaran tempatan Rakyat Malaysia di The Chicken Rice Shop menjadikan ia sebuah restoran terkenal dan Halal serta menawarkan makanan yang sedap, enak dan menggiurkan malahan amat berbaloi untuk dinikmati. Terdapat 100 restoran The Chicken Rice Shop di seluruh Malaysia.

Jun Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa Grilled Butter Chicken sentiasa menjadi salah satu hidangan popular untuk pelanggan yang berkunjung ke restoran tersebut, dan TCRS tidak pernah lagi mengecewakan mereka dengan hidangan yang terbaik iaitu Grilled Butter Chicken yang ditawakan kepada pelanggan mereka.

"Grilled Butter Chicken ini tidak akan berjaya tanpa sokongan para pelanggan kami. Kami memastikan bahawa kualiti dan rasa Grilled Butter Chicken kami tetap konsisten dan lazat setiap tahun, kerana kami tidak mahu gagal memuaskan selera pelanggan kami yang sentiasa menantikan hidangan ini.

"Orang ramai kini menjalani kehidupan yang pantas berlalu dengan masa yang singkat untuk menikmati hidangan yang enak. Matlamat kami adalah untuk memberikan mereka untuk masa untuk berehat walaupun hanya untuk seketika dengan menikmati kehidupan yang lebih baik walaupun dengan seketul mentega, "kata Jun.

Tekad dengan menggunakan tagline 'Chicken Rice... and More,' Jun mengesahkan bahawa mereka akan terus meningkatkan hidangan ruji nasi ayam mereka serta menyediakan para pelanggan dengan rasa makanan yang berkualiti diiringi hidangan tempatan yang lain untuk menghubungkan citarasa penduduk setempat.

"Kami ingin memberikan pengalaman makan yang terbaik buat para pelanggan kami, oleh itu kami menawarkan makanan menggiurkan dan berbaloi dengan wang ringgit. Grilled Butter Chicken kami tidak terkecuali kerana kami telah menyiapkan resipi untuk memastikan pelanggan menikmati hidangan kegemaran mereka."



Harga Grilled Butter Chicken :
  • A la Carte : RM18.90
  • Add-On Tropical Layer Tea RM4.50 satu cawan dengan satu Meal Set
  • Satu Set termasuk Grilled Butter Chicken, Saiz kecil Sayur Pak Choy dengan sos tiram, Nasi 1 mangkuk dan sup harian : RM 21.90
Apa pun I tetap rasa makan untuk 2 pax nampak macam lebih berbaloi.. sebab ada tambahan ayam dan Nyonya Pai Tee. Apa pun terpulang pada masing-masing. Selamat mencuba menu terhad Grilled Butter Chicken di The Chicken Rice Shop tau ! Wee :)

Untuk maklumat lanjut mengenai Grilled Butter Chicken atau promosi lain di The Chicken Rice Shop, sila layari Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/ atau laman rasmi www.thechickenriceshop.com

Jangan Lupa Hashtag : #TheChickenRiceShop #TCRS #GrilledButterChicken #LekLuMakanDulu

2 ulasan :

  1. Balasan
    1. Esok la pergi.. kalau ada promosi diskaun best kan heeeeee Im waiting.. selalunya memang pergi ngan family beli pax terussss

      Padam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com