Bengkel Dekorasi Kek Cawan di Little Collins KL x The Asian Parents My

Blogger Emak-emak yang menyertai kelas kek cawan kali ini di Little Collins KL
Pengalaman dekorasi Kek Cawan bersama anak-anak

Minggu lalu I berkesempatan untuk bawa anak-anak menyertai bengkel buat kek cawan di Collins Kitchen Lab. Seronok tau ada aktiviti dekorasi kek cawan ni, Bukan Emak je yang belajar malahan anak-anak pun dapat belajar dengan seronok.

Bagi yang ingin berjinak membakar kek cawan atau buat kek atau hias kek, bolehlah pelajarinya di Collins Kitchen Lab. Ada kelas yang luas, pengchayaan yang terang dan persekitaran yang bersih dan cantik sesuai untuk fotografi kek dan manisan. Paling best warna pink pastel adalah warna utama untuk kelas kali ni.

Terdapat 2 sesi iaitu :
  • Sesi Dekorasi Kek Cawan bersama anak-anak
  • Sesi Dekorasi untuk emak-emak (challenging sikit)
Bahan-bahan semestinya sudah disediakan so Mommies jangan risau..  Apron pink pastel pun ada... 



Kanak-kanak ni sebenarnya memang suka aktiviti dekorasi kek cawan ni sebab bukan je dorang boleh cipta dengan rekaan sendiri tapi boleh makan sekali hasil rekaan mereka.. apa pun Adelia kali ni deko kek cawan dengan Auntie Rubi ye.. heee.. dia tak ingat dah mama dia...


Macam-macam dan pelbagai bentuk yang dihasilkan oleh anak-anak. Lepas dah letak krim atas kek cawan.. ada sprinkles thingy bentuk bintang berwarna warni boleh ditaburkan atas kek cawan tadi. Hasilnya memang cute-cute belaka kek cawan mereka ni. Mak pun join sekaki makan. hehe.


Muka HAPPY mereka lepas kek cawan dah siap. Lepas tu masing-masing makan bersama-sama. Terima Teacher Frances ajar anak-anak kami dekorasi kek cawan.

Next...

Kek Cawan Untuk Mommies pula... menggunakan Fondant.. memang nampak senang tapi bila buat ambil masa juga la.. nak pula anak-anak pun nak buat.. hee.. memang 3 tangan dalam dekorasi kek cawan untuk mommies kali ni...Semua emosi ada masa buat dekorasi kek cawan ni..terutamanya I la..


Bentuk dekorasi kek cawan menggunakan 'fondant thingy.' Cute nampak mudah tapi tak semudahnya ye...

Kelas dekorasi kali ini bersama Teacher Frances.

Teacher Frances ajar mommies macam mana nak kawal kelembutan 'fondant' tu.. sebab benda ni cepat keras tau, ala-ala tanah liat gitu tapi yang ini boleh makan la..


Fondant ni kita kena lenyek-lenyek sampai dia lembut seperti mochi gitu... bila dah lembut baru senang nak bentuk karakter yang kita ingini.. dan perlu di simpan secepat mungkin dalam plastik supaya masih lembut.. kalau dibiar kat luar lama-lama nanti dia jadi keras balik tau..


 Bahan yang perlu untuk lembutkan fondant tu mestilah ada pengalas yang bersih, tepung jagung untuk tak nak kasi fondant ni melekat, penguli dan acuan..


Salah seorang emak yang busy menguli fondant sambil merakam perbuatannya.. tengok keseluruhan teknik dan gaya masing-masing mendekorasi kek cawan ni video di bawah :





Tadaa... hasil dekorasi kek cawan menggunakan fondant di Little Collins KL.. Ada mulut Bear besar kecil.. masing-masing mempunyai kreativiti tersendiri... Sayang betul nak makan bila kek cawan cantik macam ni kan..


Apa pun terima kasih pada Teacher Frances, Little Collins KL dan The Asian Parents My yang menjemput kami belajar buat dekorasi kek cawan serta melayan kerenah anak-anak kami.. dan paling BEST kami dapat bawa balik Biskut Ginger Bread, kek pelangi, makaron, biskut chips, kek cawan yang kami dekorasi dan fondant jar sebagai goodies bag kami.

So time cuti sekolah ni jangan lupa ya bawa anak-anak sertai Kelas pastri macam ni. Bagi yang tahu lebih lanjut mengenai bengkel pastri di Little Collins KL, sila layari :

www.littlecollinskl.com

#collinskitchenlab #theAsianparentMY

1 ulasan :

  1. Bengkel yang bagus dan sesuai untuk kanak-kanak. Mereka boleh menggunakan kreativiti mereka untuk bermain dan belajar! Thanks for sharing. However, I find it there is lack of info for post for house improvement services such as cement screed contractor in the blogs that I have read. Hope here will be some good recommendations for this.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com