Adakah pemakanan kanak-kanak di Malaysia cukup nutrisi?


Pemakanan Kanak-kanak Malaysia Mungkin Kurang Nutrisi

Sebagai seorang ibu, perkara yang paling bimbang adalah pemakanan yang anak-anak I ambil. Betulkah mereka menerima nutrisi yang cukup ? Sebenarnya jika kekurangan nutrisi penting banyak benda yang tak baik akan berlaku terutamanya mudah cepat sakit seperti demam dan kurang tekanan darah.

Usaha menangani kekurangan zat makanan di rantau ini telah diberi perhatiaan dan kajian baharu akan diteruskan untuk mendapat maklumat lebih lanjut mengenai isu ini telah dilakukan.

Kuala Lumpur, 7 November 2019 - Penyelidik utama bagi Kajian Nutrisi Asia Tenggara I (SEANUTS I) di Malaysia, Profesor Dr. Poh Bee Koon dari Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) percaya bahawa kanak-kanak di rantau ini, terutama kanak-kanak Malaysia, masih terkesan dengan tabiat pemakanan yang kurang nutrisi.

Walaupun kajian SEANUTS I telah selesai pada tahun 2011, Profesor Poh ketika berucap di majlis tandatangan kerjasama antara syarikat induk Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) FrieslandCampina dan UKM bagi merasmikan permulaan SEANUTS II berkata, bahawa kanak-kanak tempatan dan di rantau ini masih belum mendapat nutrisi yang cukup dalam diet mereka.


Menurutnya lagi, tinjauan di Malaysia menunjukkan satu daripada lima orang kanak-kanak :
  • mempunyai berat badan berlebihan atau obes
  • hampir satu daripada 10 kanak-kanak terbantut untuk usia mereka
  • satu dalam 20 kanak-kanak mempunyai masalah kurang berat badan
  • hampir separuh daripada kanak-kanak tidak mendapat Vitamin D dan kalsium yang mencukupi, 
  • sebahagian besar kanak-kanak berumur antara 7 hingga 12 tahun adalah tidak aktif secara fizikal.
Selain daripada Tarang dan Profesor Poh, majlis Memorandum Persefahaman tersebut turut dihadiri oleh Profesor Dr. Suzana Shahar, Dekan, Fakulti Sains Kesihatan, UKM, Profesor Dr. Hidayatul Fathi Othman, Timbalan Dekan (Jaringan & Penjanaan), UKM, dan Professor Dr Siti Balkis Budin, Timbalan Dekan (Kajian and Inovasi), UKM, serta Panam Parikh, Pakar Utama, Pembangunan Nutrisi Global, FrieslandCampina & Koordinator Program, SEANUTS I & II.

Menurut Panam, SEANUTS I sudah menjadi kajian nutrisi dan kesihatan yang terbesar dan paling menyeluruh yang pernah dijalankan di Asia Tenggara, di mana sejumlah 16,744 kanak-kanak berumur antara enam bulan hingga 12 tahun dikaji. Panam berkata FrieslandCampina bekerja rapat dengan institut dan universiti terkemuka di Indonesia, Thailand, dan Vietnam, dan dengan UKM di Malaysia untuk menyelesaikan kajian tersebut pada tahun 2011.

Panam berkata pemahaman tentang nutrisi yang baik adalah faktor penting dalam pertumbuhan, kesihatan dan perkembangan kanak-kanak. FrieslandCampina telah bekerjasama dengan kerajaan, NGO dan pakar pemakanan dan profesional penjagaan kesihatan untuk mendidik dan memberi inspirasi kepada keluarga tentang nutrisi yang baik dan gaya hidup yang sihat untuk menyokong perkembangan kanak-kanak. 

Kami gembira untuk bekerjasama dengan UKM sekali lagi bagi SEANUTS II Malaysia. Edisi kedua kajian serantau ini akan melibatkan kira-kira 18,000 kanak-kanak termasuk 4,000 kanak-kanak dari Malaysia, katanya.

Kami berharap dapat meneruskan dialog ini dan melanjutkan kerjasama dengan SEANUTS
II,katanya. Kajian ini akan memberi kita lebih pengetahuan mengenai jurang nutris kanak-kanak
di rantau ini dan membantu kami untuk terus mengembangkan produk tenusu dan gaya hidup yang memenuhi keperluan mereka, tambah Panam.

Bagi SEANUTS II, maklumat yang akan dikumpulkan adalah berkaitan dengan status nutrisi, pertumbuhan, pengambilan makanan, aktiviti fizikal dan parameter biokimia kanak-kanak berusia enam bulan hingga 12 tahun. Oleh kerana masalah kekurangan zat makanan yang teruk di rantau ini, kaji selidik tersebut akan memberi tumpuan tambahan untuk mendapatkan pemahaman mengenai penggunaan protein dan khasiat, kerana protein adalah zat asas yang kritikal untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Keputusan dijangka akan diperoleh pada tahun 2021 dan akan digunakan untuk membangunkan kaedah campur tangan khusus sesebuah negara, memperkukuhkan pengetahuan saintifik dan menyokong dasar kerajaan.

Kaji selidik: SEANUTS I & II

SEANUTS II adalah kajian susulan SEANUTS I yang dijalankan pada 2010-2011. Hasil dari tinjauan pertama mengesahkan wujudnya masalah ‘lapar tersembunyi’, iaitu isu pemakanan dan kesihatan yang penting di Asia Tenggara. Istilah 'lapar tersembunyi' menggambarkan masalah kekurangan khasiat yang tidak nampak dengan jelas. Secara keseluruhannya, kanak-kanak mungkin kelihatan sihat atau bahkan terlebih makan tetapi mereka mungkin masih mengalami kekurangan mikronutrien seperti vitamin D dan kalsium, yang merupakan komponen penting untuk pertumbuhan dan
perkembangan mereka. Keputusan SEANUTS I berjaya diterjemahkan ke dalam program nutrisi dan gaya hidup untuk menyokong dasar kerajaan. Tinjauan yang diperoleh telah digunakan untuk membangunkan Piawai Nutrisi FrieslandCampina dan membawa kepada pembaharuan banyak produk.

Post a Comment

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com