70% Diskaun untuk Koleksi Ekslusif Rizman Ruzaini di BELI@HURR


Seronoknya JUALAN AKHIR TAHUN kembali lagi !!

OMG guys !!! Berita baik yang I nak kongsikan buat anda di luar sana Kaki Fesyen !! Terutamanya yang jenis suka pakaian dan kasut berjenama dan berkualiti tinggi lebih-lebih lagi dari pereka fesyen terkenal di Malaysia Rizman Ruzaini. Kini tengah JUALAN AKHIR TAHUN, anda boleh dapatkan koleksi eksklusif mereka bagi promosi jualan hujung tahun di laman web Beli@hurr http://shop.hurr.tv. Tanpa sebarang pembelian minimum, kos penghantaran adalah percuma pada harga serendah antaranya RM149, terdapat 24 gaya untuk dimiliki dengan diskaun menarik antara 50% hingga 70%!

Salah seorang pengasas jenama fesyen  iaitu Rizman Ruzaini berkongsi lebih lanjut mengenai konsep dan material bagi setiap koleksi yang ada diskaun sebanyak 70%. Bagi mendapatkan inspirasi penataan, anda juga boleh ke laman web, YouTube atau aplikasi hurr.tv untuk melihat episod khas Nak Beli atau tonton video dibawah untuk melihat sendiri koleksi ekslusif Rizman Ruzaini.


Kualiti Terbaik Tak Perlu Dipertikaikan lagi

“Ini merupakan kolaborasi pertama Beli@hurr bersama pereka fesyen tempatan. Kami amat berbesar hati untuk menjadi medium kepada jenama Rizman Ruzaini bagi mengetengahkan koleksi mereka yang sentiasa menjadi buruan peminat. Kualiti rekaan mereka tidak perlu dipertikaikan. Malah dengan harga menarik yang ditawarkan, promosi ini seharusnya diambil oleh peminat fesyen untuk mendapatkan koleksi eksklusif Rizman Ruzaini,” kata Pengarah Saluran hurr.tv, Datin Elaine Daly.

Si jejaka jangan ketinggalan mendapatkan kombo jaket biker metalik bersama t-shirt monogram Rizman Ruzaini dijual pada harga RM199. Manakala buat si gadis, serlahkan gaya chic anda dengan kombo top dan skirt berpetak pada harga serendah RM149. Kualiti rekaan yang bermutu tinggi dengan tawaran diskaun hebat itu, kini telah bermula sehingga 31 Disember 2019. Pelbagai lagi fesyen menarik boleh dilihat di laman web http://shop.hurr.tv.








So GUYS, apa tunggu lagi ambil peluang keemasan ini untuk dapatkan pakaian yang berkualiti tinggi, bukan selalu... sekali sekala apa salahnya REWARDS kan diri kita dengan pakaian dari pereka fesyen terkenal waktu tengah SALE AKHIR tahun ni kan...just my 2 cents point...

Apa-apa pun , Untuk maklumat lanjut mengenai hurr.tv, ikuti mereka di:

WebsiteFacebookYouTubeInstagramTwitter

10 ulasan :

  1. Confirm kengkawan Rawlins jadi menggila dengan offer sebegini. Memasing suka pieces from RR - memacam mereka dah ada. Nie mesti depa akan menambah bilangan koleksi mereka.

    BalasPadam
  2. Woahh bestnya! Bukan calang-calang jenama tu. Lumayan betul diskaun dia. Kena khabar kan pada kawan-kawan yang kaki fesyen juga ni. Memang belanja sakanlah mereka nanti. Haha.

    BalasPadam
  3. Wow!!!!!!!! Razman Ruzaini collection. Ok, I will check it out later. Thank you for informing. Take care.

    BalasPadam
  4. Haishhhhh betul ke ni? macam tak percaya je koleksi RR dah mampu milik sekarang. sebelum ni mampu tengok artis je pakai cantik-cantik di kaca tv. tak sabar nak habiskan duit

    BalasPadam
  5. Wow RR..memang end year sale ni antara yang ditunggu². Penat menabung dari awal tahun tau. Tak sabar...

    BalasPadam
  6. masa untuk shopping! 70% tu kira banyak tu harap-harap ada stok size S sampai hujung bulan ni. kita pun nak beli satu

    BalasPadam
  7. ok kalau 70% diskaun ni confirm peminat rizman ruzaini berebut nak beli baju-baju dia. lepas ni ramai la boleh ootd ala-ala artis sebab pakai baju RR.

    BalasPadam
  8. 70% diskaun?! banyak tu! jenama Rizman Ruzaini sememangnya sanagt berkualiti dan dikenali ramai. ramai jugk kan artis yang gunakah khidmad rizman ruzaini ni. nampak gaya mcm nak kena shopping jugaklah nnti :)

    BalasPadam
  9. Suka dengaan rekaan rizman ni. Cantek dan unik. Bila ada tawaran diskaun ni berbaloi utk kita shopping

    BalasPadam
  10. Koleksi dia cantik-cantik. Diskaun 70%? Rugi kalau tak beli sekarang kan. Okey nanti nak cuci mata kat website tu. Berbaloi dapat pakai koleksi Rizman ni.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com