SA SA Malaysia memperkenalkan kempen 'Beauty Around The World'


Sa sa, salah satu peruncit kosmetik terkemuka di Asia dengan bangganya memperkenalkan kempen 'Beauty Around The World' buat kali pertamanya di Malaysia! Kempen bermula dari sekarang sehingga 1 September 2019 ini, bertujuaan untuk memantapkan lagi kedudukan Sa Sa sebagai 'one-stop cosmetics specialty store' yang menawarkan pelbagai pilihan produk kecantikan berkualiti tinggi dengan harga yang paling kompetitif buat para penggemar dunia kecantikan di Malaysia.

Kempen 'Beauty Around The World' Sa Sa dilancarkan baru-baru ini dan kini boleh dinikmati di semua rangkaian kedai Sa Sa seluruh Malaysia. Berkonsepkan suasana interaktif dan girang, majlis pelancaran tersebut menyaksikan ketibaan produk baru dari pelbagai jenama termasuk Suisse Programme, Cyber Colors, Mercedes-Benz, FINE, Dr. G, Dr. Wu, Skin Doctors dan juga Tealogy. Majlis ini diadakan bukan sahaja untuk meraikan ketibaan kempen 'Beauty Around The World' tetapi juga untuk menguatkan kedudukan Sa Sa sebagai hub kecantikan untuk semua. Majlis pelancaran ini juga dihadiri barisan selebriti dan 'influencers' kecantikan terkenal seperti Cik Manggis, Aisha Liyana, Jestinna Kuan dan Adeline Tsen.

GOSH - Kosmetik dari Arab

Suisse Programme untuk kulit Asia


Cyber Colors





Dengan lebih daripada 700 jenama terdiri daripada penjagaan kulit, wangian, solekan, penjagaan rambut, penjagaan tubuh dan produk kesihatan serta jenama ekslusif Sa Sa sendiri, kempen ini memperkenalkan promosi hujung minggu di seluruh kedai seperti diskaun sebanyak 50% bagi barangan kedua dan juga beli 1 percuma 1 bagi produk yang terpilih.

Sa Sa memahami kehendak di dalam pasaran dunia kecantikan dan bertekad untuk menyediakan pilihan terbaik dengan nilau serta kualiti yang tinggi buat para pelanggan. Kempen 'Beauty Around The World' juga menandakan satu lagi pencapaian besar buat Sa Sa Malaysia dimana jenama ini telah berkembang secara pesat sejak kehadirannya di Malaysia pada tahun 1988 dan kini Sa Sa mempunyai 81 cawangan di seluruh Malaysia.

Antara produk yang ada di Sa Sa Malaysia ialah :

  1. Skin Doctor Cosmeceuticals
    Skin Doctors Eyetuck
  2. Fine Japan
    Fine Japan Hyaluron dan Collagen White
  3. Mercedez-Benz
    The Move, Fragrance For Men
  4. Cyber Colors
    Essence Cover Stick Foundation
  5. Tealogy
    Matcha Pore Cleansing Stick
  6. Suisse Programme
    Advanced Cellular Boosting Solution
  7. Dr.Wu
    Glutalight Whitening System
  8. Dr.G
    Red Blemish Clear Soothing Cream
  9. 23.5 N
    Rice Soothing Active + Gel Mask
  10. Methode Swiss
    Lotus Purifying Toner
  11. Collistar
    Ultra-Lifting Face and Neck Cream
  12. La Estephe
    Turritopsis Nutricula Revital Essence Transparent Hydrathing Mask
  13. Color Combos
  14. Nightlabs
    Peeling Gel
  15. Dr.Oracle
    Real White Illumination Cream
  16. Artdeco
    High Precision Liquid Liner
  17. Marina De Bourbon
    Princess Collection - Crystal Rosae
  18. TheBalm
    What's The Tea Collection
  19. GOSH
    Primer Plus _ Skin Adaptor Anti-Pollution
  20. La Colline
    Swiss Riviera - Global Anti -Pollution Emulsion
  21. Dashing DIVA
Untuk maklumat lanjut mengenai Sa Sa Malaysia dan 'Beauty Around The World,' sila layari : http://www.sasa.com.my/

1 comment :

  1. Great beauty campaign. There is always a lot of beauty campaign review by blogger but I always find there is lack of info for home expo event which will have info for plumbing services. Thanks for the review and keep writing ya.

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com