myNEWS memperkenalkan makanan sedia untuk dimakan inspirasi dari konfeksi Jepun


myNEWS memperkenalkan makanan sedia untuk dimakan inspirasi dari konfeksi Jepun 

Usaha untuk memudahkan para pengguna menggunakan servis makanan yang berkualiti tinggi kini telah dititikberatkan oleh myNEWS Holdings Berhad. Proses pengeluaran yang beroperasi dibawah anak syarikat myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd dan myNEWS Kineya Sdn Bhd akan membekalkan rangkaian makanan sedia untuk dimakan yang berkualiti tinggi secara meluas di rantaian kemudahan kedai runcit myNEWS Holding Berhad dengan tahap kebersihan serta kesegaran dijamin terjaga dengan baik.


Khas untuk mereka yang sibuk dengan tugasan harian

Memahami keperluaan yang perlu dipenuhi melalui gaya hidup yang sibuk dan keselesaan oleh Rakyat Malaysia maka permintaan untuk akses kemudahan ke kedai runcit yang menawarkan pelbagai barangan dan servis berkualiti direalisasikan terutamanya makanan yang berkualiti dan mudah untuk dinikmati telah mencetuskan idea myNEWS untuk mengambil inisiatif memperkenalkan industri pemakanan secara tersendiri dengan kerjasama dari anak syarikat Jepun.


Pakar dari Jepun diperlukan untuk penghasilan makanan yang berkualiti dan mengikut standard di Jepun menurut Mr Dang Tai Luk, Kumpulan CEO myNEWS Holdings Berhad. Dengan itu Rakyat Malaysia kini boleh menikmati 'hassle-free' dan 'grab-and-go' inspirasi dari Jepun mengikut citarasa Rakyat Malaysia.



Pelbagai pilihan makanan yang sedap, segar dan menyelerakan bermula dari sandwich, onigiri, bento, roti yang dibakar secara segar dari Kafe Maru myNEWS, dan paling I suka ialah kari laksa dan juga nasi lemak turut disediakan. Oh yummy !


Konsep kedai yang memiliki pelbagai kemudahan seperti di Thailand, Taiwan dan Jepun sangat digemari oleh orang ramai kerana pelanggan boleh masuk ke kedai dan mencari apa yang mereka inginkan. Di myNEWS, Mr Luk menginginkan para pelanggan mengalami pengalaman yang sama kerana disitu mereka boleh menawarkan servis kemudahan yang berkualiti tinggi.


Mesin kopi yang paling best sebab ada pelbagai pilihan kopi - latte, dan coklat ialah kegemaran I. Sebenarnya boleh pilih ikut citarasa masing-masing.


Pusat pengeluaran makanan myNEWS bermula pada Jun 2019 berkebolehan untuk menyokong lebih dari 600 buah kedai melalui 2 kilang pembuatan yang didorong oleh Gourment Kineya Co Ltd dan Ryoyu Baking Co Ltd, merupakan pemimpin dan pakar dalam industri pemakanan di Jepun.

myNEWS telah berkembang dengan jayanya dengan memenuhi hampir 5 juta permintaan pelanggan setiap bulan di 500 buah kedai seluruh dunia.


Selain daripada konfeksi, myNEWS juga turut menjual minuman dari Haus Boom dan juga Nutri Boost sebagai pilihan pelbagai untuk para pelanggan.


Secara ringkasnya, rangkaian produk sedia untuk dimakan di myNEWS termasuklah dari Maru Kafe : Maru Cream, ais krim 'soft-serve;' Kopi yang popular untuk harian dari Maru Coffee dan produk roti yang dibakar setiap hari dari Maru Bakes' dibangunkan dengan persekitaran yang terkawal di pusat pengeluaran di Kota Damansara.

Selain tu pilihan seperti nasi, mi, sandwic, onigiri, bento, kari laksa, nasi lemak, spageti dan sebagainya boleh dinikmati oleh para pelanggan yang berada di 300 buah kedai myNEWS yang terpilih.


Untuk meluas dan memenuhi permintaan, myNEWS juga menyediakan servis penghantaran melalui talian iaitu myNEWS Dash. Sekarang ni tak payah keluar rumah dah boleh tunggu makanan dari myNEWS depan pintu je. Seronoknya !

Nak tahu lebih lanjut, sila layari : http://www.mynews.com.my/


1 ulasan :

  1. I love the coffee vending machine kat MYNews..lebih murah daripada starbucks coffee

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com