Mudahnya Nak Buat Stok Susu Ibu dengan JOYLEE Ipump


Selama I menjadi seorang ibu yang menyusukan anak selama 8 tahun. I memang seorang yang suka kumpul susu ibu untuk memberikan khasiat yang terbaik untuk anak-anak I. Selalunya dalam masa 1 hari I akan pam 2-3 x apabila anak sudah selesai 'direct feeding,' I akan kosongkan susu untuk 'milk production' yang lebih baik.

I selalunya akan memilih pam susu yang senang bawa kemana-mana sebolehnya walaupun lokasi yang I pergi tak ada sumber elektrik. Paling penting I tak suka pam susu yang kena banyak buat kerja contohnya nak kena cuci banyak benda atau pun bersaiz yang besar. Lagi best kalau botol yang selepas kumpul susu tu boleh tutup terus.

Tahukah anda kebaikan penyusuaan ibu ?

  • Penyusuan susu ibu dapat membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat.
  • Mengurangkan pendarahan selepas bersalin.  
  • Dengan penyusuan ibu juga tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu formula dan ianya juga baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak. 
  • Dapat membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. 
  • Mengurangkan risiko kanser.


Bersama pengasas Joylee, Olivia Chew.
Pengasas JOYLEE dan Tercetusnya Idea

Tercetusnya JOYLEE apabila pengasasnya, Olivia Chew telah bersedia untuk memasuki dalam dunia keibubapaan. Banyak produk yang telah berada di pasaran dan JOYLEE adalah salah satu jenama boleh dijadikan sebagai pilihan yang terbaik untuk bayi yang bakal lahir di dunia.

Kini ibu tidak perlu gusar lagi untuk membuat stok susu bayi kerana dengan JOYLEE™ Ipump boleh memberi keselesaan dan selamat digunakan dimana juga selain dari bateri yang boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang bagi ibu yang keluar bekerja.

Sesi perkongsiaan bersama Dr Tengku Nur Atiqah dari Bondahaven
Khasiat Susu Ibu

Susu ibu dapat membantu perkembangan otak bayi dan meningkatkan kecerdikan bayi. Selain tidak mudah tercemar, susu ibu juga tidak susah disediakan. Bayi dan ibu juga akan dapat berinteraksi bersama dan ianya akan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan bayi. Susu ibu dapat membekalkan nutrien yang terbaik dan ianya mengandungi nutrient yang mencukupi mengikut keperluan bayi yang membesar. Kolostrum dalam susu ibu dapat menguatkan system imuniti bayi dan melindungi bayi dari jangkita seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru paru selain mencegah dari masalah alahan seperti asma dan juga ekzema.

Bayi yang baru lahir adalah digalakkan untuk mendapat susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Dengan susu ibu, bayi akan mendapat khasiat yang amat berkhasiat untuk pertumbuhan bayi. Perkara utama yang harus difikirkan oleh si ibu bagi menyambut kehadiran ahli keluarga baru yang comel adalah pemberian susu ibu kepada bayi. Si ibu harus tahu tentang kebaikan susu ibu kepada bayi dan juga ibu itu sendiri. Bagi pasangan yang baru dan telah berumahtangga, pasti menyambut kelahiran bayi adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Bukan sahaja ibu dan bapa tetapi seluruh keluarga juga akan teruja dengan kehadiran orang baru dalam keluarga.


JOYLEE™ Ipump

Dengan kebaikan dan mengalakkan ibu untuk memberi susu badan kepada bayi, JOYLEE™ telah memperkenalkan JOYLEE™ Ipump Pengepam Susu elektrik mudah alih moden yang sangat selesa, praktikal dan sesuai untuk ibu yang mementingkan masa. Mempunyai butang kawalan yang dapat mengawal sedutan mengikut kesesuaian.

Bagi I yang melihat sendiri JOYLEE™ Ipump Pengepam Susu elektrik mudah alih moden, I sangat tertarik dengan konsep minimalis yang menggunakan warna hitam dan putih, ianya bukan sahaja nampak kemas malahan sangat mudah untuk dikendalikan. Paling best bawa jalan-jalan. Bateri boleh bertahan sehingga 100 minit ke atas. hee. Rasa macam kenapalah tak keluar waktu 8 tahun yang lalu. Kalau tak I dah nak beli JOYLEE™ Ipump ni tau.


Ciri-ciri dan Manfaat JOYLEE™ Ipump
  • Terdapat 27 jenis sedutan dari rendah dan yang paling maksimum.
  • Setiap pengepaman akan direkod dan juga akan dipamirkan pada skrin papar untuk mengenangkan ibu membuat catatan.
  • Selamat dan bersih dan mempunyai dwi fungsi pam serta mengurut dalam satu masa.
  • Terdapat juga ciri butang berhenti dan mula kembali bagi memudahkan ibu membuat kerja lain dalam satu masa.
  • Membantu untuk membetulkan penarikan puting semasa penggunaan JOYLEE™ Ipump.


Pengepaman dengan urutan juga dapat meningkatkan pengeluaran susu dengan peningkatan sedutan sebanyak 100 kali dalam 1 minit. Ianya juga direka dengan injap silikon untuk mencegah pencemaran akibat limpahan dan aliran balik susu ibu. Ibu tidak perlu lagi risau pengeluarkan susu untuk bayi tersayang. JOYLEE™ Ipump sangat praktikal dan senang dibawa ke mana juga. Dengan penggunaan JOYLEE™ Ipump, dapat mengelakkan payu dara dari kendur kerana pam ini telah direka mengikut reka bentuk sfera payu dara bagi menyediakan perlindungan dan memberi sedutan yang selesa tanpa memanjangkan dan menarik puting lebih panjang.

Kini anda dapat memberi yang terbaik untuk bayi anda dimana juga setiap masa.

JOYLEE™ Ipump mudah alih moden ini juga didatangkan bersama botol susu dari buatan PPSU yang mana botol ini mempunyai ketahanan dan boleh bertoleransi dengan suhu haba untuk pensterilan berulang.

JOYLEE™ Ipump boleh dibeli dalam talian www.joylee.co dan berharga RM497 sahaja dan didatangkan sekali dengan penutup bernilai RM129, beg sejuk bernilai RM 149 dan pek ais bernilai RM15 secara PERCUMA.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.joylee.co atau hubungi:
Khidmat Pelanggan JOYLEE di talian +6016 263 7743.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com