Kenali 4 jenis Penyakit Mental yang semakin meningkat di Malaysia

Datin Diana Danielle yang mengalami 'Anxiety Attack' baru-baru ini

Penyakit Mental yang kian meningkat amat merisaukan

Kebimbangan mengenai penyakit mental semakin meningkat di Malaysia telah mendapat pelbagai reaksi dan respons yang tinggi dalam masyarakat masa kini. Terlampau banyak faktor yang mendorong masalah mental terutamanya akibat tekanan hidup dan ekonomi yang semakin meningkat.

Antara 4 jenis penyakit mental yang perlu kita kenali ialah :

  1. Gangguan Bipolar Afektif
    Salah satu gangguan emosi kecelaruan dwikutub... episod kemurungan dan episod gembira..jangka masa kecelaruan emosi ini berbeza mengikut individu... ada yang cepat dan ada yang berpanjangan..perubahan emosi yang tidak stabil yang ketara dapat menganggu kehidupan seharian. Kecelaruan emosi ini secara teorinya ialah ketidak seimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak iaitu Serotonin dan Dopamin dimana lebih tinggi pada masa mania dan rendah pada fasa kemurungan. Terdapat 2 tahap iaitu Bipolar 1 dan Bipolar 11. Penyakit ini didapati lebih tinggi di kalangan mereka yang berusia muda dan berpendidikan tinggi. Kadar yang lebih tinggi di Amerka Syarikat ( AS ) berbanding Jepun.
  2. Gangguan Kemurungan Utama
    Tanda-tanda kemurungan adalah kesedihan atau “kekosongan” perasaan yang berpanjangan, hilang minat atau keseronokan terhadap hobi dan aktiviti-aktiviti lain yang biasanya mendatangkan keseronokan, cepat rasa letih dan tidak bertenaga, perasaan pesimistik dan mudah putus asa, perasaan bersalah, rasa diri tidak berguna, rasa tidak tenteram dan mudah marah, kurang daya tumpuan dan ingatan, sukar membuat keputusan, simptom fisiologi seperti sakit kepala, sakit-sakit badan dan gangguan penghadaman, kurang nafsu seksual, pergerakan menjadi terhad/ kaku atau menjadi resah gelisah, mudah cemas atau fobia, Gangguan tidur, bangun terlalu awal atau berlebihan tidur, hilang selera makan dan penurunan berat badan, “Rasa lebih baik mati”, kadangkala disertai dengan percubaan bunuh diri.
  3. Schizophrenia
    Schizophrenia adalah penyakit mental yang dicirikan oleh tingkah laku yang tidak normal, ucapan yang aneh, dan kemampuan menurun untuk memahami realiti. Gejala-gejala lain mungkin termasuk kepercayaan palsu, pemikiran tidak jelas atau keliru, mendengar suara yang tidak wujud, mengurangkan penglibatan sosial dan ekspresi emosi, dan kurang motivasi.
  4. Gangguan Schizoafektif
    Ada dua jenis gangguan penyakit mental ini yang masuk ke dalam gejala skizofrenia. Kedua jenis gangguan skizoafektif tersebut adalah tipe bipolar yang meliputi mania dan depresi berat, dan tipe depresi yang hanya mencakup gejala depresi saja. Ianya juga gangguan mental di mana seseorang mengalami gabungan gejala skizofrenia, seperti halusinasi atau delusi, dan gejala gangguan suasana hati seperti depresi atau mania.

Penyakit mental mempunyai banyak kesan kerana ia adalah kecacatan yang merupakan faktor risiko penting untuk penyakit-penyakit lain, serta kecederaan yang tidak disengajakan dan disengajakan, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2017, yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, menunjukkan bahawa 27% daripada populasi masyarakat menderita penyakit mental.

Kesedaran mengenai penyakit mental ini masa di tahap yang rendah lagi pula rawatan untuk penyakit mental adalah mahal kerana penyakit mental bukanlah penyakit yang mudah sembuh.

Apa pun terdapat beberapa rawatan yang sedikit sebanyak kemungkinan membantu untuk mereka yang mengalami masalah mental ni :
  1. Penggunaan ubat ‘Anti-depressant’ 
  2. Terapi elektrokonvulsif (ECT) 
  3. Psikoterapi 
  4. Kaunseling
  5. Perubatan Islam
  6. Paling penting ialah sokongan orang sekeliling
Apabila mengalami masalah kemurungan :
  1. Elakkan membuat keputusan yang besar dan berisiko 
  2. Pecahkan tugasan yang besar kepada yang kecil dan beri keutamaan 
  3. Dekatkan diri kepada tuhan
  4. Berjumpa dengan doktor di Hospital/ Klinik Kesihatan yang terdekat 
  5. Berjumpa dengan kaunselor 
  6. Buat sesuatu yang boleh membuat anda ketawa 
  7. Rehatkan diri dari perkara rutin 
Bagi I pula penyakit mental ni kebanyakan bermula dari dalam rumah, tempat belajar atau di tempat kerja.. baru-baru ni pun kita dikejutkan dengan kanak-kanak UPSR yang mati tali berbelit di leher.. I sebagai ibu juga ada masalah anxiety kebimbangan yang melampau.. perkara belum berlaku lagi pun I dah fikir ke arah tu.. pernah juga satu ketika lalu I tak dapat tidur lepas tu kena serangan sukar bernafas dan terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan..


Breaking the Silence on Mental Illness

'Breaking the Silence on Mental Illness' ialah tajuk forum mini yang menampilkan Datin Diana Danielle, selebriti Malaysia bersama Pengarah Hospital Bahagia, Dr. Norhayati Nordin dan Shahrul Azuan Mohamed, Ketua Pegawai Agensi, Maybank Ageas Holdings Berhad sebagai panel yang diacarakan oleh pelakon dan selebriti TC, Daphne Iking.

Datin Diana Danielle menceritakan pengalamannya yang menderita Anxiety Disorder pada 18 Ogos yang lalu dalam instagramnya. Anxiety ni merangkumi sesuatu kebimbangan, fobia menghadapi sesuatu yang cemas.... simptom paling menakutkan ialah apabila sukar bernafas dengan betul. Diana juga akui beliau sukar untuk tidur, kehilangan berat badan sehingga 10kg..

I dont eat..
I dont sleep...
I dependent on coffee..
The recipe to the disaster..
Nature - human being kita tak boleh tinggalkan..
Sometimes we need to campak gadgets...

Menurut Diana juga setelah melakukan pemeriksaan dengan doktor, paras oksigen tubuhnya normal, cuma hanya degupan jantung sedikit laju.... ianya adalah simptom biasa bagi mereka yang mengalami serangan anxiety...
Pengarah Hospital Bahagia, Dr. Norhayati Nordin

Shahrul Azuan Mohamed, Ketua Pegawai Agensi, Maybank Ageas Holdings Berhad

Y.B Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Ahmad Rizlan Azman, Etiqa’s Chief Operations Officer, Rozima Yahya, Etiqa’s Human Capital Director, Chris Eng, Etiqa’s Chief Strategy Officer, YB Hannah Yeoh, Deputy Minister Women, Family & Community Development, Shahrul Azuan Mohamed, Etiqa’s Chief Agency Officer, Norhayati Nordin, Director of Hospital Bahagia, Datin Diana Danielle, Siti Nita Zuhra Mohd Nazri, Etiqa’s Chief Bancassurance Officer

Etiqa lancar Rider Penyakit Kritikal Pertama di Malaysia Dengan Perlindungan Penyakit Mental

Kuala Lumpur – Y.B Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat telah merasmikan pelancaran rider (atau tambahan kepada pelan insurans asas) penyakit kritikal Etiqa yang pertama di Malaysia dengan mempunyai perlindungan penyakit mental, IL CI Plus (Investment- Linked Critical Illness) hari ini. Rider ini boleh ditambah kepada pelan insurans asas iaitu SecureLink, sebuah pelan insurans berkaitan pelaburan, dan melindungi 68 jenis penyakit kritikal, termasuk penyakit mental.

Y.B Hannah Yeoh, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat berkata, “Saya ingin berterima kasih kepada Etiqa, kerana menjadi syarikat insurans Malaysia yang terulung dalam mengatasi trend industri dengan mengiktiraf penyakit mental sebagai penyakit yang boleh dilindungi dengan insurans. Rawatan untuk penyakit mental adalah mahal, kerana ia bukanlah sebuah penyakit yang mudah sembuh. Dengan perlindungan insurans, beban tersebut dapat dikurangkan. Pihak kementerian berharap melalui langkah yang diambil oleh Etiqa untuk menyediakan perlindungan bagi penyakit mental ini, lebih banyak syarikat insurans di negara ini akan turut mengikut jejak langkah mereka.”

Mengiktiraf akan kebimbangan mengenai penyakit mental yang semakin meningkat di Malaysia, Etiqa dengan berhati-hati telah merangka sebuah rider penyakit kritikal yang melindungi empat jenis penyakit mental iaitu;

1. Gangguan Bipolar Afektif;
2. Gangguan Kemurungan Utama;
3. Schizophrenia; atau
4. Gangguan Schizoafektif



Kelayakan untuk mendapatkan perlindungan adalah sangat mudah. Selagi pelanggan tersebut diterima oleh Etiqa, mereka layak untuk dilindungi, tertakluk kepada proses pengunderaitan biasa. Jenis-jenis perlindungan adalah antara RM1,500, dan sehingga RM30,000 maksimum bergantung kepada jumlah keseluruhan rider yang dipilih. Apa yang menguntungkan pemegang polisi adalah Etiqa tidak menentukan bagaimana jumlah ini bakal digunakan, oleh itu pemegang polisi boleh menggunakannya untuk yuran perundingan, ubat-ubatan, atau kemasukan ke hospital, mengikut kesesuaian masing- masing.
Penyakit mental merupakan sebuah subjek yang sukar untuk diabaikan, memandangkan peningkatan
statistik dalam bilangan kaum lelaki dan wanita di negara ini yang mengalami masalah mental. Kami
berbangga untuk menjadi syarikat insurans pertama di negara ini untuk melancarkan rider insurans sifat ini. IL CI Plus adalah unik di pasaran kerana bukan sahaja mempunyai jumlah yang perlindungan yang tinggi, pemegang polisi boleh menentukan sendiri bagaimana mereka mahu untuk menggunakan pembayaran tersebut, dan menyesuaikannya mengikut keperluan perubatan mereka, kata Shahrul Azuan, Ketua Pegawai Agensi Maybank Ageas Holdings Berhad.

Di Etiqa, kami percaya dengan falsafah untuk menginsankan insurans dan takaful. Kami berhasrat membantu, dan menunaikan janji-janji yang dibuat, dan apakah cara yang lebih baik untuk membuktikannya dengan merangka produk insurans yang melindungi kesejahteraan keseluruhan seseorang secara holistik katanya.

Pelan Insurans Berkaitan Pelaburan SecureLink adalah pelan asas yang dibeli bersama IL CI Plus. Ia
adalah pelan fleksibel dengan perlindungan komprehensif, yang menawarkan faedah utama, seperti
penambahan menyeluruh, perlindungan berterusan, bonus kesetiaan, dan faedah kematian & kecacatan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.etiqa.com.my atau hubungi Etiqa Oneline di 1300-13-8888.
Etiqa adalah pengedar pelbagai saluran untuk produk Insurans dan Takaful melalui 10,000 tenaga agensi, 46 cawangan dan 17 pejabat, lebih daripada 490 rangkaian bancassurance (melalui cawangan Maybank, bank pihak ketiga, serta koperasi dan broker) menerusi kehadiran di Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia

Sumber rujukan :

  • http://www.moh.gov.my/moh/resources/Penerbitan/Rujukan/NCD/Kesihatan%20Mental/Kemurungan_-_Apa_Yang_Anda_Perlu_Tahu.pdf
  • Dr Firdaus Abdul Gani adalah Setiausaha Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bipolar-kecelaruan-emosi-silih-berganti-218083
  • https://en.wikipedia.org/wiki/Schizophrenia
  • https://hellosehat.com/hidup-sehat/psikologi/apa-itu-gangguan-skizoafektif/


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com