Carousell #MyLocalWira meraikan Hari Keluarga sempena Hari Malaysia dan kejayaan kempen pra-sosial


Baru-baru ni I, suami dan anak-anak berkesempatan untuk menyertai sambutan hari keluarga untuk kejayaan kempen Carousell #MyLocalWira. Bagi yang belum tahu, Carousell ialah salah satu pasaran mudah alih terbesar dan paling pantas berkembang di dunia serta kejayaannya telah diraikan dalam kempen pra-sosial #MyLocalWira dengan parti bertema Hari Keluarga bersempena Hari Malaysia.


Sebuah badan amal yang ditubuhkan untuk membantu ibubapa tunggal yang memerlukan telah menerima sejumlah RM8,000 yang berjaya dikumpulkan untuk benefisiari kempen, 'parents without partners' (PWP) melalui penjualan barangan prasuka di Carousell termasuklah sumbangan dari personaliti Malaysia yang terkemuka. Antaranya :
  • Ratu skuasy negara Datuk Nicol David
  • Atlet seni mempertahankan diri campuran (MMA) 
  • Duta Global Citizen Ann Osman
  • Model antarabangsa dan usahawan fesyen dan kecantikan terkenal Amber Chia
  • Atlet sukan permotoran profesional dan “Drift Queen” Malaysia, Leona Chin
  • Penerjun negara Leong Mun Yee
  • Ratu gimnas kebangsaan Farah Ann
  • Pelumba basikal trek negara dan peserta Olimpik tiga kali Josiah Ng
  • Hero badminton Malaysia, Datuk Wira Lee Chong Wei. Beliau telah menawarkan raket kepunyaannya berautograf untuk kempen ini.
Menurut Tang Siew Wai, ketua serantau, Carousell Malaysia menyatakan bahawa Carousell ialah 'platform' yang ambil peduli dengan berharap agar parti ini dapat mengeratkan lagi hubungan masyarakat dan keluarga. “Carousell percaya akan kepentingan memberi kembali dan bertekad untuk menjadi pemain yang aktif dalam membina komuniti yang menyokong satu sama lain bukan hanya di kalangan ahli Carousell tetapi di kalangan semua rakyat Malaysia.



En Adrian Ong, Pengarah dan Pengurus Operasi Parents Without Partners menjelaskan “Keperluan harian dalam membesarkan keluarga adalah sukar, terutama sekali buat ibu bapa tunggal. Dana ini pasti membantu dalam keperluan harian mereka seperti sewa rumah, barangan runcit dan bekalan sekolah untuk anak-anak mereka.”PWP mengumpul dana terutama sekali melalui jualan barangan prasuka di kedai. Kami sangat menghargai sokongan yang kami terima dari Carousell - platform ini merupakan pasaran mudah alih terbaik buat rakyat Malaysia untuk menjual dan membeli pada harga yang berpatutan terutama sekali buat mereka yang ingin berjimat. Kami juga berterima kasih buat semua yang membantu dalam membida barangan tersebut.”

Koleksi Barbie yang dihiaskan dengan pakaian tradisional dari berbilang bangsa dalam Malaysia
Antara barangan untuk pengumpulan dana adalah patung barbie dalam gambar.*
Rakyat Malaysia yang berminat memiliki patung ni sambil memberi bantuan sumbangan, sila layari Carousell (pwpofficial) Carousell #carousellmalaysia #MyLocalWira

Lawat : https://carousell.com/pwpofficial untuk pembeliaan.


Disamping itu terdapat pelbagai aktiviti menarik untuk meraikan kegembiraan bersama ahli PWP dan anak-anak mereka yang turut hadir untuk Carousell #MyLocalWira Hari Keluarga sempena Hari Malaysia dan kejayaan kempen pra-sosial.

Aktiviti seni mewarna dengan pasir berwarna.



Hidangan ais krim dari Inside Scoop
Rasa minty minty aiskrim ni
Persembahan magis dan patung belon oleh Uncle Charlie

Bakal para jedi
Latihan 'Light Saber' diketuai oleh Kelab Peminat Star Wars Malaysia

Sesi 'story-telling' oleh Shanthini Venugopal dari Kelab Penghargaan Buku KL


PWP mengumpul dana terutama sekali melalui jualan barangan prasuka di kedai simpanan mereka, Jumble Station. Hari ini, rakyat Malaysia juga boleh menyumbang kepada organisasi amal ini melalui pembelian item-item di Carousell (pwpoffical).

Untuk melihat ribuan item yang dijual, layari https://my.carousell.com atau muat turun aplikasi Carousell dari Apple Store dan Google Play Store. Untuk informasi dan perkembangan lanjut, ikuti Carousell di www.facebook.com/carousell.my atau Instagram @carousell.my.

Post a Comment

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com