Belgishé Chocolatier untuk Pencinta Coklat dan Kopi

Tengah minum Kopi yang pahit tapi puas hati

Berita baik buat pencinta coklat yang mencari pencuci mulut dengan harga yang berpatutan tapi rasa yang sedap dan berkualiti menggunakan coklat gelap, coklat putih dan susu yang tidak berwarna di 163 Mont Kiara (dalam pusat beli belah berhadapan Plaza Mont Kiara) Mont Kiara, KL. Bagi yang tidak mempunyai kenderaan. Anda boleh naik MRT turun di Pusat Bandar Utama. Nanti akan ada bas setiap 15 minit untuk ke 163 Mont Kiara. Mudah je nak cari Belgische Chocolatier sebab bukan dalam kawasan tertutup.

Orang Kuat Belgishé Chocolatier
Belgishé Chocolatier adalah idea asal oleh Ramon dan Devan yang dikenali sebagai 'Chocolate Brothers,' visi yang telah tecipta ketika mereka memandu bersama-sama dengan Geng BMW pada ketika lalu. Kafe ini wujud adalah untuk pencinta coklat. 'The Chocolate Brothers' bertekad untuk memperkenalkan coklat terbaikseperti coklat gelap, sisi dan coklat putih yang tidak bersadur kepada mereka yang datang ke kafe ni. Kafe ini menyediakan 'chocolate shots' untuk memberi kepuasan pada pencinta coklat. Rekaan yang menarik dan unik pada 'chocolate shots' dihidangkan dengan kemas dan bersedia dengan hanya satu suapan.

Buah-buahan dan air terjun coklat

Belgishé Chocolatier menyediakan pelbagai hidangan yang menarik dan enak antara yang asasnya ialah penkek, crepes dan wafel segar yang dicelup di dalam coklat mengikut citarasa pelanggan. Mereka yang suka rasa GULA boleh memilih churros yang ditaburkan dengan gula dan dihiasi dengan coklat. Pencinta coklat yang menitik berat soal kesihatan boleh nikmati buah-buahan dengan air terjun coklat ( chocolate fountain ).


Selain daripada coklat, Belgishé Chocolatier juga menyediakan pelbagai jenis minuman termasuklah  kopi aromatik yang diperbuat dari kacang Ethiopia yang diimport dari Melbourne. Kopi yang dicipta oleh Justin Metcalf, juri 'World Barista' menjanjikan kepuasan untuk penagih kafein. Rasa yang kaya dengan aroma kopi menjadikan kopi ini berbeza dengan yang lain. Kena cuba 1 cawan di Belgishé Chocolatier tau. Kombinasi kopi dan coklat adalah yang terbaik !


Dalam menu Belgishé Chocolatier memang banyak pilihan.. harga berpatutan tak silap harga paling maksima pun lebih kurang RM50. Best bila dapat tahu ada tawaran menarik untuk mereka yang masih bergelar 'pelajar' atau nak buat parti di kafe ni.


Cuba teka yang mana I makan dulu.. hee.. Rasa coklat yang segar baru keluar dari periuk panas memang enak oh.. dicelup pula dengan churros, buah-buahan, brownies... waffle.. penkek memang boleh buat kenyang sepanjang sehari..


Antara menu coklat berseni pilihan I, Syamin, Sarah dan Iza... Syamin suka yang 'rice chocolate' tu paling kelakar bila dia minum 'chocolate shots' hanya satu kali telan tanpa rasa serba salah...

Chocolate Shots - Three Musketeers ada coklat putih, coklat gelap dan coklat susu dalam tu..
Celup French Fries Churros dalam coklat gelap.. 
Designer Chocolate Crepe


Designer Chocolate Crepe

Buah-buahan siap sedia dilumurkan dengan air terjun coklat

Fettucini Crepe dihidangkan bersama sos coklat dan perasa ais krim pilihan pelanggan


Krispy Bowl - dipenuhi dengan biskut beras dan coklat. Yang ni kegemaran Syamin mungkin sebab bila makan rasa krup-krap tu yang buat hidangan enak

Designer Chocolate Crepe

Triple Heart Doughnut - Donat berbentuk hati yang disadur dengan coklat susu, coklat gelap dan coklat putih pasti akan menarik perhatiaan sesiapa yang memandangnya.. dari mata turun ke hati.

Square Root Brownies - Brownies bersaiz gigitan ni ialah hidangan utama yang dihiasi dengan sos coklat bervelvet.

Street Waffle- disalut dengan pelbagai jenis coklat, ala-ala sate gitu fefeeling macam makan di sepanjang jalanan
Chocolate Sushi Crepe - crepe membaluti strawberi, beras krup krap dan sos coklat. Lepas tu dipotong ala-ala sushi.


Sizzling Brownies ni hidangan wajib korang cuba.. Brownie dihidangkan atas kuali leper yang panas.. lepas tu tuangkan coklat di atasnya memang meletup-letup berasap dibuatnya... ni sedap sebab coklat dihidangkan rasa suam suam gitu.. I LIKE !
Volcanic Lava Cake, kek coklat yang lembut dalam berinti coklat... rasa dan tekstur yang enak lepas tu kena makan dengan ais krim vanilla memang ngam habis... eh sedap gila...
Kopi kena minum bersama coklat memang kena habis dengan citarasa I.. kopi ni rasa dia pahit tapi SEDAP...
Chocolate Lovers, take a look here !

Guys do visit @belgischechocolatier.. tasty, delicious, tempting and affordable prices... for those yang nak buat party graduation, birthday, anniversary ke.... do come here !! I heard you can get 30% off.. 🙀🙀🙀 dah la affordable dapat lagi diskaun !! sizzling chocolate.. chocolate fountain.. waffle.. fruits chocolate.. pasta fettuccine chocolate.. sushi chocolate and many more... just visit and tantalising your bud..... @butterflyproject.my #belgischechocolatier #ButterflyMsia #chocolate #deadthbychocolate #chocolatelover #beautyblogger #foodie #foodlover

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari : http://belgischechocolatier.com/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com