Dua Tiga Kali Naik Cameron Highlands tak pernah rasa jemu

BOH Sungai Palas Tea Centre, Brinchang, Pahang. (naik masa 30 Jun 2019)
Cameron Highlands antara salah satu tempat sejuk yang boleh dilawati untuk Rakyat Malaysia yang tak begitu mampu nak ke oversea negara sejuk selain daripada Kundangsang dan Genting Highlands. Sebenarnya sebelum I kahwin parents I pun selalu bawa kitaorang masa kecil-kecil naik Cameron ni tapi biasalah memori lama tak begitu nak ingat. Lepas I kahwin dalam tempoh2 tahun dan I pregnant the 1st one masa 3 bulan tu naik juga Cameron Highlands. Husband bawa jalan-jalan sempena wife dia pregnant haha. Time tu tahun 2012. Sekarang naik 2 kali tahun 2018- 2019. Memang seronok tak terkira bila dapat naik lagi sekali Cameron Higlands. But I suggested better naik dari Simpang Pulai instead of Tapah tu, tapi ikut keselesaan masing-masing la. Sebab area Tanah Rata kalau time puncak mesti nak jem memanjang hehehe..

Cameron Highland Boh Teh View Point ( Naik masa 2012 )
Teringat naik Cameron masa tahun 2012 time cuti sekolah, Jem teruk you all, sampai kitaorang tak ada mood dah hanya duduk dalam hotel De La Ferns je, itu pun booking waktu tu juga habis RM300 lebih untuk tinggal dalam hotel je. huhu. Makan pun kitaorang makan sebelah dia steambot. Tapi tu la kemain orang wei.. jadi since dari jem teruk gila tu terus tak ada mood dah naik Cameron sebab mengenang kesesakan tu. Habis masa dalam jem je. Tak sempat melawat banyak tempat :(

Pintu masuk Hotel De'La Ferns
Time pregnant 3 bulan anak sulung.. dalam Hotel De' La Ferns ni je kitaorang banyak habis kan masa, esok pagi-pagi tu dalam pukul 7 cepat-cepat bangun sebab nak explore Cameron sebab ingat orang-orang tak bangun lagi so dapatlah pergi ke sana sini. hehe


Antara yang sempat singgah sebab atas tu tak ramai orang di Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands. Tahun 2012 mana ada famous lagi waze kan hee.

Sempena pembukaan Hotel Avillion Cameron Highland 2018
Lepas tu tahun 2018-2019 ni banyak rezeki Alhamdulillah ada pembukaan Hotel baru iaitu Hotel Avillion which is you can read here : 3 hari 2 Malam di Hotel Avillion Cameron Highlands invited kami datang waktu school days tapi I sanggup je nak pergi kali ni I bawa mak abah naik sekali. Huuu tak jem langsung.. time ni la seronok gila dapat explore semua tempat tapi tak sampai ke Lavender Garden this time. Sebab my abah tak mo masuk ke arah Simpang Pulai dia banyak fokus area ke Tanah Rata dan Brinchang je ;(


Tempat ni antara salah satu lokasi yang you all kena tangkap gambar bila berada di Tanah Rata Cameron Highlands baru lah ada proved you all sampai kat sini kan ahahah..alalalalal rindunya.. rasa nak duduk lagi kat sini sambil minum mochachino panas...


Parking lot kat area sini.. you all kena bayar parking dengan mengambil kupon di kedai-kedai area sini... nampak tak kedai warna hijau tu haaa beli dekat situ tau.. tak mahal la tak silap 80 sen je sekeping... huhuhu... dekat sini bila parking kalau berjalan sikit lagi nanti ada la sungai sungai kat sini...


Jeruk strawberry di Cameron Highlands ni.. memang banyak kalau dari Brinchang ke Tanah Rata korang akan nampak jeruk ni... boleh tawar harga.. ada kedai jual murah ada kedai jual mahal.. heee... jangan risau banyak je huhuhuhu..


YZ Agro Farm
Waktu kami pergi time weekdays.. tak silap kedai ni tak open for strawberry picks katanya buka on weekend je...

I <3 Cameron Highlands Photo loc..

Sekarang Cameron dah banyak tempat ambil gambar macam ni rasanya macam setiap perjalanan ada.. boleh stop by and tangkap gambar di sini buat kenangan..

Kasimanis Strawberry Farm
Kasimanis Strawberry Farm buka dari 8.30 pagi hingga 6.30 petang..


Kasimanis ni ada aiskrim strawberi.. lepas sekejap kat sini.. kalau view biasa je cuma dalam ni boleh petik strawberry.. 2 x pergi tak pernah berkesempatan petik strawberi tak silap jawapannya bukan musim bukan musim.. haha..


Dalam Kasimanis ni juga ada jual pokok-pokok dan kaktus... tapi tu la... pokok pokok dari Cameron ni kalau bawa turun lebih lebih lagi negeri panas konpem tak mampu survive kecuali yang kaktus la... heee...

Avant Chocolate & Ice Cream



Dalam avant Chocolate & Ice Cream ada taman kecil lavender, prop rumah warna warni..  taman kura-kura, taman strawberry, haih macam macam ada la dalam ni.. lengkap... sini better ikut melalui dari simpang pulai sebab dia dekat-dekat area tu...


macam macam jenis perisa ais krim.. memang sedap terasa buahnya.. haritu i makan ais krim lavender, sedap gila harga dia pun tak silap RM8 huuhuhu...


Prop dalam Avant Chocolate ala-ala di London..


Pokok lavender.. ( Classic English Lavender )


Next stop is Lavender Garden.. yang ni I tak sempat pergi masa Avillion trip tu... but then after my adik setel majlis pertunangan dia di Kuala Kangsar.. We decided to singgah Cameron Highlands lagi sekali sebab dah alang-alang before balik KL.. ramai juga lah yang nak singgah Lavender Garden ni walaupun masuk berbayar..


Harga masuk ke Lavender Garden... Dewasa RM10, kanak-kanak dari 5-12 RM7..


Tadaaa ni la pokok lavender..... nama dia Mona Lavender... cantik kan tapi part sini je lavender bebanyak..tak penuh sangat pun...




Yang ni tingkat atas Taman Lavender tu ada rumah api..


Antara pokok-pokok yang ditanam dalam Lavender Garden nirosemary.. pokok pine ke tu huhuh..


Kat sini ada heart keychain yang boleh digantung di pokok.. kononya untuk semadikan nama nama you all kat sini..


Antara pokok pokok yang korang boleh duduk dibelakang dan feeling macam ala-ala hindustan punya movie..


Daisy kat sini memang colorful hidup subur subur belaka... :( kalau sampai kat rumah i sekejap je Kiok huhuh..


Feeling ala-ala bidadari sekejap..


Jadi rerama berkepak biru jap..


Dalam Lavender Garden ada strawberry farm juga... boleh petik..


Lavender Garden ni okey lah puas hati gak dan berbaloi masuk untuk satu famili.. tangkap gambar cantik lah especially untuk instagrammer...


Minum Teh Tarik di BOH Sungai Palas Tea Centre, Brinchang, Pahang tak silap around RM3 lebih secawan.. serious memang kaw gila teh tarik dia... erkk rindunya rasanya.. :( ni rasa nak pergi lagi..



Teh Tarik anyone ?

More photos untuk scenery bila berada di BOH Sungai Palas Tea Centre, Brinchang, Pahang.

Cantiknya.. :((


Rasa menyesal tak bawa balik pokok bunga leloceng ni...


Family photo jap..


BOH Sungai Palas Tea Centre, Brinchang, Pahang ada kilang proses teh.. make sure korang datang sebelum pukul 6 pm kalau nak tengok teh diproses... I 2x pergi sini - dua dua lambat tak sempat masuk haha..

Never mind lah janji dapat bawa balik teh Boh balik rumah... rasa nak cerita macam macam lagi tapi tu la.. kepala dah mengantuk sangat.. anak pun dok menganggu je bila kita menaip... huhuhuh tak ada la kita nak berjaga sampai lewat malam.. mengantuk habiss....

Apa pun I ada update more photos in my facebook with captions.. nanti singgah ooh...


Thanks for baca guys, if I got more time I nak share macam-macam with you all...

21 comments :

  1. Lama saya tak naik Cameron Highlands

    ReplyDelete
  2. dah lama tak pergi cameron, next month dah plan dah trip dengan kawan nak pergi sana. even dah banyak kali pergi pun tak pernah jemu kann

    ReplyDelete
  3. Prefer naik ikut simpang pulai jugak. Jalan kurang pening. Lagipon lagi dekat sebab marina duk ipoh. Walaupon dekat tak pernah lagi nak ke taman lavender tu. Lagi satu sungai palas tu pon blom jejak lg. Haritu nak pegi taktau plak hari isnin tutup. Haha

    ReplyDelete
  4. Kalau pergi Cameron masa bukan musim persekolahan tak apa, tidak jem sangat dan tak sesak dengan orang ramai. Kalau bercuti kena rancang betul2.

    ReplyDelete
  5. Dulu selalu gila prgi sbb otw blk kg kan.. now tgk rmi pegi dan makin byk tmpt cantik je compare dulu.. tp cameron better pergi waktu biasa.

    Btw gambar u cantik.. pandai photographer tu ye heheh

    ReplyDelete
  6. BBL sendiri dah lama amat tak pergi cameron highland tu, first & last tahun 2016 kot masa lawatan sekolah. sampai sekarang tak jejak lagi. nak repeat lagi tapi cuti weekend confirm ramai orang kan

    ReplyDelete
  7. Memang best naik cameron. Family in law cx pon suka lepak sana. Tiap setahun dua mesti naik cameron highland. Tp last naik, cx muntah sebab pening sgt dgn jalan dia hahaha

    ReplyDelete
  8. Memang best naik cameron. Family in law cx pon suka lepak sana. Tiap setahun dua mesti naik cameron highland. Tp last naik, cx muntah sebab pening sgt dgn jalan dia hahaha

    ReplyDelete
  9. rindunya nak datang ke Cameron. lama sangat dah tak singgah sana. mesti banyak tempat baru dan banyak perubahan. sejuk dia takleh bawak bincang yer bila malam

    ReplyDelete
  10. Kundasang kak ejaan yang sebenarnya..hehe..nak mai KK or kundasang inform la kat kita..nanti kita bawa akak sekeluarga jenjalan kat sini...Baru juga balik dari CH 2 minggu lepas selepas event Zurich dengan kawan2..dah 2 kali juga ke sini...

    ReplyDelete
  11. Kak liez mmg suka gila CH.. even tiap2 tahun pergi banyak kali pun xjemu. Tahun ni je tak sempat pergi lagi but in planning. Parents in law pun dah lama tak g tengok apartment diaorg dekat sana so alang2 boleh overnight

    ReplyDelete
  12. Betul.. beberapa kali naik Cameron pun tetap tak jemu. Suka keadaan kat sana, sejuk-sejuk je. Kalau naik kereta, off terus aircond hehe. Tempat menarik dan cantik pun banyak. Tak rugi pergi berkali-kali

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Setujuuu . Sama kita. Naik berapa banyak kali pon tetap tak jemu. Mungkin jiwa kita dekat dengan nature.

    ReplyDelete
  14. Rawlins dah lama tak naik ke CH. Sebenarnya teringin nak ke CH dan staycation kat sini sebab nak release tension dan spand time untuk diri sendiri.

    ReplyDelete
  15. caya atau tak sis x prnh sampai lg.. hahahhaa... walau x jauh mana dh tu.. ntah rasa cm nervous je naik bukit tinggi2 dh nk kena drive sndiri plak.. inshaAllah ada keyakinan nk try gak la.. lagipun entry ni dh buat sis teruja dh

    ReplyDelete
  16. Sama!
    Serius takkan bosan gi cameron.
    I baru lagi naik sana bulan mei sebelum puasa aritu. Masa tu cuaca tengah sejuk gila! Taknak balik rasa!

    ReplyDelete
  17. Hye Syafiera, i love your blog :) and thanks for all the activity suggestions, dh lama dh i x singgah kt cameron highlands, and the kasimanis strawberry farm looks exciting!

    ReplyDelete
  18. One of the fav place kalau nak hilangkan rasa stress. Terutama kalau nak dapatkan teh yang best dan sayuran segar. Jarang naik sebab x suka jalan kat sana yang bengkang bengkok

    ReplyDelete
  19. Untunglah dapat naik Cameron Highland setiap masa hehehe kita nak naik pun entah bila tapi sini kita rindu jagung manis dan strawberry kat sini hehehe kata orang kalau bawa turun buah ni semua dah tak sesedap kat atas ni....

    ReplyDelete
  20. Cameron Highland ni ala-ala Kundasang kalau dekat Sabah, memang tempat-tempat sejuk best sangat kalau nak lepak atau relaxkan minda

    ReplyDelete
  21. Bila baca u punya update ni kan terus I rasa nak gi Cameron HIghland sekarang jugak. Memang tak jemu pergi sana sebab tak bosan & ada je benda nak buat. Paling suka strawberi.

    ReplyDelete

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com