Tahan Sejuk 3 jam 49 Minit dalam suhu -7 di Snow World Genting Highlands


Dulu-dulu memang sangat trendy dengan ice bucket challenge dalam Instagram, but I tak pernah pun nak cuba cabaran tu sebab memang jenis tak suka sejuk-sejuk memandangkan I duduk di iklim cuaca panas dan lembab.. jadi bila tempat sejuk-sejuk ni memang boleh sengal-sengal badan tapi tak tahu kenapa tetiba rasa macam nak joined pula 'Resorts World Genting’s Snow World turns into Antartica for the Sub-Zero Challenge' pada 22 Jun 2019 Sabtu lalu.

Belum lagi cabaran bermula I believed that I hanya mampu bertahan 10 minit je tak mungkin sampai lama-lama sebab takut jadi ais je dalam tu.. tak pun Hypothermia.. but luckily I am still alive kalau tak mesti I didn't do the write up haha..


Sebelum cabaran bermula, Alhamdulillah Genting sposnored makan dulu di Medan Selera, bila nak masuk tempat sejuk-sejuk kena makan makanan macam ni la, berkarbohidrat, banyak tenaga nak guna bila tahan sejuk, huhuhuh.. I ambil Nasi Kukus dengan Kari Kambing dengan harapan membantu lah untuk heat up kan badan waktu dalam Snow World nanti..


Bila benda mencabar pasti ada hadiah.. hadiah yang ditawarkan boleh dikatakan agak menarik juga lah.. sebab I memang target untuk hadiah kat Langkawi tu.. 29 tahun hidup masih tak pernah lagi ke Langkawi.. tu je alasan I... husband agreed je walaupun dia dah 2-3 kali naik Langkawi sebab urusan kerja dia.. haha.. antara hadiah-hadiahnya ialah :

Hadiah Utama
Gold Media Trophy, 3 hari 2 malam di Genting Grand Hotel, The Void & Skytropolis Fun Day Pass untuk 2 pax

Hadiah Kedua
Silver Medal, 3 hari 2 malam di Resorts World Langkawi & Skytropolis Fun Day Pass untuk 2 pax

Hadiah Ketiga
Bronze Medal, 2 hari 1 malam di Awana Hotel & Skytropolis Fun Day Pass untuk 2 pax

Hadiah Saguhati x 5
2 hari 1 malam di First World Hotel & Skytropolis Fun Day Pass untuk 2 pax

Untuk Semua peserta
Skytropolis Fun Day Pass untuk 2 pax


Sebelum bermulanya cabaran, kami diberi penerangan mengenai 'Rules' bila berada dalam Snow World..
  1. Hanya boleh pakai 1 helai lapisan pakaian sahaja sebab baju sejuk, sarung tangan dan kasut but disediakan.
  2. Kena duduk dalam Snow World selama yang boleh..
  3. Siapa yang duduk paling lama dan orang yang terakhir dikira sebagai pemenang..
  4. Hanya telefon pintar dan power bank je dibenarkan dalam Snow World..
  5. Ambil gambar banyak-banyak dah have fun dalam tu..


Dalam tempoh 45 minit kami diberi pelepasan untuk teroka dulu Snow World di Genting ni.. ada 2 levels.. bawah dan atas... paling best siap ada gelongsor.. yang ni I sempat main.. hehe boleh check I punya IG Post :




Haha tak sampai 45 minit dah berpeluk sakan tapi rupanya peluk peluk tak membantu sangat pun : baca cerita un-censored dekat Dato Kee Hua Chee punya Blog entry

Actually I made it duduk dalam tu selama 45 minit ingatkan 10 minit je bertahan.. sebab dalam Snow World ni tepi-tepi tu boleh rasa hangat-hangat sikit lah.. ada lagi Rules... tak boleh masuk dalam Igloo atau masuk bilik haba atau yang seangkatannya, disqualified nanti.. Jadi kitaorang buat macam-macam lah tak nak rasa sejuk, main berlari panjat naik turun tangga... Ariel siap menari lagi dari masuk sampai lah habis.. pergh banyak gila tenaga dia... kalau I dah kaku teruk haha..

Lepas 45 minit tu, Deena masuk, suruh kitaorang duduk setempat dekat bawah laluan angin dan 'aircond' waktu tu memang tak tahan dah, beku dibuatnya.. haha.. tapi macam biasa kitaorang joget-joget sakan konon boleh keep warm.. rupanya makin I gerak makin terasa sejuk tu huhuh...

Awal-awal rasa nak give up sebab yang lain dah take 5 minutes off... I tak nak ambil sebab I tahu kalau I keluar memang tak nak masuk sebab suhu badan berubah-rubah.. sejuk panas sejuk panas no good.. jadi I stay je tak nak ambil 5 minutes off.. sebab suhu badan I dah calculated nak keluarkan haba tahan sejuk tu..

1 jam dah berlalu.. masih bertahan.. kaki 'cramp' tetiba... ingat nak give up husband cakap tahan je la.. dia siap urut urut kaki I bagi darah berjalan ke bawah.. huhuh... Okey lega sikit tapi tak sampai beberapa saat kaki kejang balik tahan sejuk.. memang terasa pergerakan darah tu macam trying hard nak ke kaki.. haha...

Tetap Bertahan sehinggalah 2 jam..

Tapi rakan-rakan influencers bagi sokongan... pena berkala, roti canai traveller, eddy semua nya cakap tahan tahan... Kak Ellie pula jom lah Syafiera kita surrender sama-sama... hahaha...

Akhirnya nak sampai 3 jam juga dalam tu.. Maha I ingat take 5 lepas tu tengok-tengok dia tak masuk dah.. huhuh.. Dato dan rakannya dah keluar awal-awal.. dia membebel dekat we all aiyaaa buat apa la lelama dalam Snow World ni kan... Kak Shamiera dah keluar juga sebab  tak tahan dah kesejukan tu...

I tengok bila yang lain dah keluar, pena berkala tak keluar lagi.. jadi bersemangat nak tunggu lagi dalam tu..


Tapi paling mencabar bila kena buka Jacket.... time tu suhu badan re-calculated balik cari lemak-lemak mana yang boleh keluarkan haba tu.. I tahu dah lemak kat paha I dah mula membeku... sampai ke tulang buntut terasa sakit tu pergh...rasa mencucuk habis... macam nak patah pinggang.. husband suruh duduk.. langsung lah tak nak, lagi duduk lagi sejuk hahaha... lepas tu dia pergi peluk I lagi I marah sebab makin peluk bukan makin suam tapi bertambah sejuk..... jacket dah tak de... memang crampp woo tak boleh bergerak langsung.. kaku terus.. time tu rasa cam nak mati dah.. takut pengsan je dalam tu...

3 jam lebih dah tu, Deena masuk balik dia suruh buka sarung tangan pula.. time tu dah menggeletar dah tengah terfikir mampu ke tidak bertahan... dah la pakai jeans kan nasib baik ada poket.. haa masuk la tangan dalam poket... baru I ingat bila start cabut sarung tangan time tu Kak Ellie dan Kak Shamiera tinggalkan Snow World... sebab tak ada poket.. depa dah tak tahan time tu.. I ingat nak ikut tapi husband cakap tahan je la ahahha... I tahu la lemak dari kebuncitan kat perut dia sangat membantu .. kalau you all tengok husband I, Pena, Roti Canai Traveller, Eddy semua nya badan besar-besar dari I.. time tu tawakkal je boleh ke tidak... hahah masih lagi bertahan.. gigi dah mula ketap ketap bibir menggigil... uish.. haba dalam badan re-calculating tapi banyak kali lah sistem I jadi tak tentu hala cari lemak yang tinggal nak release haba tu...

Finally lepas 3 jam 40 minit macam tu, Deena masuk balik dia kata Snow World dah nak tutup jadi yang tinggal semuanya adalah Winner.... huhuhuh... tapi time tu agak complicated bila yang tinggal dipilih untuk memilih hadiah...

I memang nak sangat Langkawi... Ariel nak hadiah pertama..hahaha time tu we all okey je kasi Ariel hadiah utama sebab dari awal sampai akhir dia menari non-stop hahah salute...

Then lepas keluar... masing-masing tak setuju pula.. jadi guna lah drawing.... huu Alhamdulillah dapat juga hadiah yang kedua... tapi semuanya tetap pemenang sebab sanggup stay lelama dalam Snow World...

Lepas keluar je... habis badan-badan sengal gila merah frostbite semua ada... rasa cam nak pitam dibuatnya...


Kat Genting ni dalam dah sejuk bila kat luar pun sejuk lagi.. huuu.. balik rumah memang confirmed tidur tak bangun bangun hehee...


Apa pun Tahniah pada semua yang berjaya duduk lelama dalam Snow World boleh lah lepas ni hantar jadi askar kat Antartika.. haha...



View this post on Instagram

Time panas terik macam hari ni la rasa nak berkurung dalam Snow World macam semalam. Believe it or not, kami budak degil yang bertahan dalam tu sehingga 3 jam 50 minit. Sampai organizer terpaksa stop dan pilih winner by lucky draw. We did it guys 😍 Congratulations to all winners! Champion @arielkohthelittlemermaid The Dancing Queen First Runner Up @syafiera_yamin & husband Sweet Couple Second Runner Up @where_is_eddy_rush Toughest Guy (short sleeve shirt?) . I didn't win trophy. However, I'm satisfied with my achievement. I challenged myself to stand still there for about 4 hours. Sometimes, we don't need to fight with others. Just fight with our own mental strength. The best part about the challenge, I got strong support from other competitors as well. That's how we survived together 😜 @resortsworldgenting #ResortsWorldGenting #SnowWorldGenting #PBxGenting #SubZeroChallenge
A post shared by MoKA [nuar] (@penaberkala) on

Congratulations to all winners from Pena Berkala !

Champion
@arielkohthelittlemermaid
The Dancing Queen

First Runner Up
@syafiera_yamin & husband
Sweet Couple

Second Runner Up
@where_is_eddy_rush
Toughest Guy (short sleeve shirt?)


Sebelum kitaorang sahut cabaran, Jumaat sebelum tu media dari TV, News pun ambil cabaran ni, dorang lebih kurang timing we all.. hehehe..


Snow World, Resorts World Genting bertukar menjadi Antartika untuk Cabaran Suhu Bawah Sifar Wartawan & Pempengaruh dijemput hadir untuk menguji keberanian mereka dan menyahut cabaran suhu sejuk.

Genting Highlands – 26 June 2019 - Resorts World Genting baru-baru ini menganjurkan satu pertandingan bagi mencari orang terakhir yang masih berdiri dalam Cabaran Suhu Bawah Sifar dalam kalangan pengamal media. Berbekalkan pakaian yang minimum, 31 wartawan daripada 18 agensi media menyahut cabaran tersebut untuk memenangi beberapa hadiah menarik.

“Hidup ini adalah satu cabaran dan saya berharap rakan-rakan media kami bergembira dengan cabaran unik ini,” kata Katherine Chew, Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World Genting. “Genting Highlands sememangnya terkenal dengan cuaca dingin dan Snow World pula merupakan salah satu tarikan yang disukai pengunjung kerana musim sejuk Eropahnya. Hari ini kami menukarnya menjadi kawasan kutub untuk

Cabaran Suhu Bawah Sifar. Ia adalah salah satu cara bagaimana kami mencipta kelainan untuk tarikan di Resorts World Genting bertukar menjadi satu dunia baharu yang penuh dengan keseronokan serta cabaran. Oleh itu nantikan lebih banyak lagi selepas ini. Snow World dibuka pada tahun 2003 dan ditutup pada tahun 2011 untuk kerja-kerja menaiktaraf secara besar-besaran dengan kos sebanyak RM15 juta meliputi kawasan seluas 22,800 kaki persegi. Ia kembali dibuka pada 31 Ogos 2013 dengan kemampuan memuatkan seramai 250 pengunjung pada satu-satu masa, sekaligus menjadikanya sebagai tarikan salji terbesar di Malaysia. Pada suhu sejuk beku -6 °C, anda boleh merasai keseronokan melungsur dengan tobogan atau “bergaduh” dengan melontar bola salji sesama sendiri.

Bukan sahaja salji, terdapat juga seni helah 3D dan kawasan-kawasan mesra bergambar di dalamnya.

Peraturannya adalah mudah. Sekumpulan rakan-rakan media dibawa ke Resorts World Genting, sebahagian memilih untuk menyahut cabaran diberikan dan selebihnya sekadar ingin memberi liputan pada acara tersebut. Berlangsung di Snow World, kawasan itu bertukar daripada sebuah perkampung kawasan Alpine kepada Artartika dengan suhu -6 °C.

Bagi mereka yang tidak gentar dengan cuaca sejuk, peraturannya amat mudah, duduk dalam Snow World selama yang boleh berbekalkan satu lapisan pakaian bersama jaket, but dan sarung tangan yang disediakan.


“Ia sangat sejuk!!” kata Siti Ampuan binti Azizan & Asriana Binti Ahmad daripada New Sarawak Tribune yang mengalah selepas 53 minit menahan sejuk. “Kebiasaan saya sukakan cuaca sejuk, namun dengan berbekalkan satu lapisan jaket, ia adalah mustahil untuk bertahan. Kami hanya ada telefon pintar dan bank kuasa sebagai teman, dan biar saya beritahu…bateri telefon lebih cepat habis ketika berada pada suhu bawah sifar.

Bagaimanapun ia satu pengalaman yang menyeronokkan.” Sejam kemudian, seorang lagi peserta angkat bedera putih, Athirah daripada Majalah

InTrend berkata “Saya ingatkan saya mampu lakukan tetapi saya gagal”. Baki yang tinggal hanya 12 peserta daripada 10 agensi media. Selepas tiga jam kemudian, kesemua peserta diarah menanggalkan jaket masing-masing. Apa yang tinggal hanyalah sehelai pakaian yang dipakai sebelum itu. Inilah masa dimana ketahanan mental dan fizikal diuji.

Setengah jam kemudian, tujuh peserta terpaksa mengalah dan diberi hadiah saguhati.Lokman Hakiem Abd Samad daripada Ideaktif berkata “Saya ingat saya mampu bertahan paling lama dalam suhu -6 °C, namun saya silap kerana ada yang lebih kuat daripada saya.

Kebanyakan daripada kami mampu bertahan lebih dari 3 jam dan ia melepasi jangkaan masa diharapkan. Tiada siapapun mahu menyerah kalah. Biarpun selepas jaket diambil, kami tidak mahu mengaku kalah sebaliknya menjadi satu pasukan. Kami berehat bersama-sama dan kembali meneruskan perjuangan bersama. Akhirnya, selepas 3 jam 31 minit, saya bersama pasangan memilih untuk melangkah keluar. Bukan kerana kami tidak idamkan kemenangan, namun kami berikan peluang itu untuk orang lain.”

Eddy Ong daripada Xuan Play, Iqram Rosli dan Muzzamil (Bernama News Channel), Zamir Akmal Zambri (Media Prima), Brian Lee (Like Media) serta Nik (Astro Gempak) adalah lima yang terakhir bertahan mengharungi ketahanan mental dan fizikal itu.

Akhirnya, selepas tiga jam empat puluh sembilan minit, suhu sejuk berjaya mengatasi mereka berlima. Kesemua mereka keluar dari Snow World dengan menamatkan cabaran bersama. Mereka mengambil keputusan untuk berkongsi kemenangan dan keluar sebagai juara berlima. “Tangan dan kaki kami mula kebas, wajah sendiri sudah tidak boleh dirasai dan kami perlu mencari satu keputusan. Kesemua kami membuat satu bulatan dan berbincang cara terbaik untuk keluar sebagai pemenang. Oleh itu kami memutuskan untuk berkongsi hadiah kemenangan. Ada yang bersetuju untuk membawa pulang trofi dan mengambil hadiah percutian hotel. Ia adalah situasi menang-menang untuk semua” kata Iqram Rosli.

Maka berakhirlah Cabaran Suhu Bawah Sifar di Snow World! dengan semua orang berjaya pulang bersama hadiah masing-masing. Ia merupakan hadiah yang berbaloi. Brian Lee membawa pulang Hadiah Utama berupa Trofi Emas Media manakala Iqram Rosli dan Muzzamil memilih percutian 3 hari 2 malam di Hotel Genting Grand serta pas The Void dan Skytropolis untuk 2 orang.

Pemenang kedua pula diberikan kepada Eddy Ong yang menerima Trofi Perak manakala hadiah percutian 3 hari 2 malam di Resorts World Langkawi berserta Pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang milik Nik. Tempat ketiga pula milik Zamir yang membawa pulang hadiah berupa Trofi Gangsa, percutian 2 hari 1 malam di Hotel Awana serta pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang. Hadiah saguhati turut diberikan kepada enam peserta yang berupa percutian 2 hari 1 malam di Hotel First World serta Pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang setiap satu. Turut tidak dilupa para media yang hadir sebagai penonton diberikan Pas Fun Day Skytropolis untuk 2 orang.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi + 603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com

1 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com