Pelancaran Produk Ku.Ku Duck Bill dan rumah terbuka di Ampang Glasshouse


Baru-baru ni I berkesempatan untuk hadirkan diri bersama anak-anak ke majlis Pelancaran Produk Ku.ku Duck Bill dan rumah terbuka di Ampang Glasshouse pada 3 Julai 2019. Di sini tetamu yang hadir diperkenalkan dengan rangkaian produk dari Ku.ku Duck Bill sesuai untuk bayi sehinggalah kanak-kanak.


Jenama Ku.ku Duck Bill didaftarkan pada tahun 2000 dimana syarikat induk Jini Baby yang berasal dari Taiwan ini sebenarnya telah ditubuhkan selama 40 tahun yang lalu bermula dengan pembuatan produk tekstil bayi. Pelbagai jenis rangkaian produk di bawah jenama Ku.ku Duck Bill meliputi produk makanan bayi, produk penjagaan kesihatan mulut bayi, produk tekstil kapas dan mainan bayi serta 1200 jenis lagi produk di bawah jenama Ku.ku Duck Bill yang telah melalui proses penyelidikan dan pengembangan dalam barang keperluaan bayi bermula dari bayi baru lahir sehingga kanak-kanak berusia 3 tahun.

Jenama ini telah diasaskan oleh pengurus besar Jini Baby, Guan Lin Li, semasa beliau dalam perjalanan perniagaan ke Australia. Inspirasi dari mamalia Platipus yang telah hidup sejak sejuta tahun yang lalu dan masih wujud pada hari ini. Habitat yang dianggap berharga ini memerlukan persekitaran yang bersih untuk meneruskan hidup maka wujudlah produk ini dimana ianya mempunyai standard tinggi dalam kesihatan dan keselamatan. Dengan adanya rangkaian produk ini bayi boleh membesar menjadi sihat dan kuat dengan Ku.ku Duck Bill.

Ku.ku Duck Bill kini berkoloborasi dengan Butik Tateh yang telah mempunyai 17 cawangan di seluruh Malaysia dan memudahkan pelanggan untuk mendapatkan produk mereka dengan harga yang mampu milik setanding dengan kualiti untuk anak-anak mereka.


Ku.ku Duck.Bill mempunyai produk penjagaan diri seperti sabun mandian, berus gigi, ubat gigi, dan pelbagai lagi dengan rekaan yang unik, menarik dan pastinya akan membuatkan anak-anak suka dengan bentuk yang comel-comel ni.


Ku.ku Duck Bill sangat menitikberatkan pembangunan produknya dimana dari segi pasaran mereka perlu mengambil tahu kesesuaian keperluaan pengguna di Malaysia, iklim dan kemampuan ibubapa untuk mendapatkan produk ini contohnya, pemanas perut biasanya digunakan di Taiwan untuk melindungi perut bayi dan mencegah perut bayi dari masuk angin manakala di Malaysia pula bayi siap dituam dengan tungku dibedung untuk elakkan bayi kerap terjaga. Reka bentuk dan kain juga sangat berbeza dengan Taiwan, sebolehnya kalau boleh kain tu menyerap peluh tak panas tapi dapat elak daripada badan bayi masuk angin dan tidur lebih nyenyak. Oleh itu Ku.ku Duck Bill menyelesaikan masalah itu untuk mendapatkan kepercayaan pelanggan.


Ku.ku Duck Bill telah melancarkan 6 produk yang terbaru iaitu :

  • PPSU Standard Feeding Bottle -240ml diperbuat dari FDA Compliant food- contact grade dan medical grade material. (bahan gred yang berkaitan dengan makanan). PPSU (polyphenylene sulfone) tidak mempunyai kimia berhormon (Bisphenol A), selamat untuk bayi dan PPSU ni boleh tahan panas sehingga 200 darjah selsius untuk pensterilan dan mencegah bau dan penyerapan warna.Plastik yang ringan dan bebas BPA. Puting diperbuat daripada cecair silikon gred makanan yang lembut, tidak berbau, tidak berwarna dan tidak mudah kotor. Pengaliran udara yang unik membantu dari bayi tersedak dan bentuknya sama seakan-akan payudara untuk menggalakkan penyusuaan susu ibu secara semulajadi.
  • The Dream Of You Glass Wide-Nick Feeding Bottle-240ml mempunyai bentuk semulajadi seperti payudara, bahagian atas yang luas dan rekaan badan yang kecil, lebih slim dan ringan berbanding botol lain, 'anti-colic air system' dan ada BS EN 1400: 2013 European Safety Standards.
  • Milk Powder Container ni pula mempunyai rekaan yang menarik dan 'convenient' 3 dalam 1 untuk memudahkan para ibubapa menyimpan susu, makanan atau minuman dalam bekas ni. Bekas ni ada 2 penutup satu besar satu kecil, yang besar bila nak letak susu formula ke then yang penutup yang kecil tu untuk keluarkan isi dalam bekas tu
  • Take-Apart Food Scissors mempunyai penutup bebas habuk, single-blade, menggunakan stainless steel, BPA free dan anti-karat.
  • Swaddle & Sleeping Bag ni berfungsi untuk membalut bayi dengan langkah mudah hanya 3 saat. Mengurangkan bayi dari terkejut dari tidur, 2 cara Zip yang direka khas untuk membantu ibubapa menukar lampin. Boleh bertukar menjadi anti-kicking sleep bag atau wearable blanket mengikut keperluaan.
  • Macaron Orthodontic Baby Pacifier 0 month + direka khas untuk mengurangkan tangisan bayi, bebas phtalate, sangat mudah dibersikan, mempunyai pelindungan yang selamat dan orthodontic untuk mengelakkan gigi bayi jadi jonggang, heh.


Swaddle and Sleeping Bag

Take Apart Food Scissors

Jadi para Ibu Bapa yang berminat untuk mendapatkan produk Ku.Ku Duck Bill ni boleh lah terus ke Butik Tateh ye...

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Facebook : Butik Tateh - Kelengkapan Ibu dan Bayi
Instagram : @butiktateh
Website : www.tateh.com.my

2 comments :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com