🌸Pengikut Blog🌸

Jadikan Impian anak-anak anda menjadi realiti bersama Chewies.


AJ Research & Pharma Sdn. Bhd ( AJRP ) telah melancarkan peraduan pada 23 Julai 2019 untuk kanak-kanak koloborasi bersama Watson Malaysia sebagai kempen tanggungjawab sosial korporat tahunan Chewies dalam membantu kanak-kanak memenuhi impian mereka menjadi realiti.

Setiap kanak-kanak mempunyai impian. Kanak-kanak perlulah mempunyai stamina yang kuat dan sihat secara mental dan fizikal untuk mengapai impian mereka. Badan yang sihat akan menjadikan kanak-kanak sentiasa gembira. Ianya sangat penting untuk menggalakkan sistem imun anak-anak anda dan memastikan mereka mampu berjuang demi impian mereka tanpa risau mengenai kesihatan mereka.

Kanak-kanak yang berani mengemukakan impian mereka pada para hadirin yang hadir.

Kempen CSR ini menyatakan bahawa kanak-kanak berhak untuk mengapai impian mereka tidak kira siapa atau dari mana mereka berada. Peraduan ini hanya memerlukan kanak-kanak untuk melukis atau menulis impian mereka untuk penyertaan. Penyertaan yang tidak perlu melakukan pembeliaan walau bagaimanapun setiap pembeliaan produk Chewies di Watsons akan disumbangkan kepada sekolah 'Top Winner' sebanyak RM1/unit. Langkah ini akan menggalakkan lagi kanak-kanak untuk mengemukakan impian mereka supaya mereka boleh melakukan sumbagan untuk sekolah mereka.

Jom sertai peraduan 'I Have A Big Dream' !

Maklumat lanjut mengenai peraduan ini :

Tajuk : 'I Have A Big Dream'

2 Kategori :

  • Kategori Melukis : Umur 4 tahun - 6 tahun
  • Kategori Menulis : Umur 7 tahun - 12 tahun ( mana-mana bahasa; terhad 100 patah perkataan )
Syarat dan terma :
  1. Semua penyertaan boleh dihantar ke : contesthealth@watsons.com.my
  2. Penilaian bedasarkan faktor kualiti gambar, kreativiti, nilai keaslian dan menepati tema.
  3. Semua penyertaan perlulah dihantar pada sebelum 11.59pm 4 September 2019.
Hadiah :
  • 3 x Impian pemenang akan direalisasikan dan 3x RM150 Hamper Chewies untuk setiap kategori.
  • 5 x RM150 Hamper Chewies sebagai hadiah saguhati untuk setiap kategori.
  • Semua pemenang akan menerima 1,000 mata ganjaran untuk Ahli Watsons dan akan dikreditkan ke dalam akaun ibubapa masing-masing.
Qaseh dan Harraz menari bersama-sama Chewies

Chewies ialah produk makanan tambahan kanak-kanak yang telah ditubuhkan di Malaysia sejak dari tahun 1960. Produk rangkaian Chewies termasuklah Multivitamins, lysine, taurine, vitamin C dan Immunolicious. Makanan tambahan ini diperlukan untuk memberi sokongan pada pembesaran dan pembinaan sel dan otot kanak-kanak.

Immunolicious adalah rangkaian produk paling popular dalam Chewies. Bahan utama dalam Immunolicious ialah Wellmune yang telah dipatenkan serta telah memenangi anugerah untuk bahan yang digunakan di USA. Wellmune ialah sejenis beta glucan semulajadi terbukti secara klinikal untuk menguatkan sistem imun.

Wellmune ialah Beta 1,3/1,6 ekstrak glucan dari ragi roti. Sistem Imun yang mampu memberi sokongan melawan pathogens yang berbahaya.

Adelia nak jadi SuperHero juga
Bagaimana Wellmune menyokong sistem imun ?

Wellmune akan memasuki ke dalam badan khusus  melalui tisu sistem imun di dalam usus. Sel imun menyerap wellmune dan menjadikan ianya kecil sehingga serpih-serpihan yang terikat dengan neutrophils iaitu sel imun yang paling banyak dalam badan. Dipenuhi dengan wellmune, neutrophils bergerak dengan laju untuk membunuh sel yang tidak dikenali. Sehinggalah sistem imun kanak-kanak ini berfungsi secara optimum ketika muda remaja, kanak-kanak perlu meningkatkan pertahanan badan secara semulajadi dengan makanan tambahan seperti pengambilan harian Wellmune.

Chewies Immunolicious hadir dalam3 perasa : Mangga, Strawberi dan Oren
Kajian klinikal membuktikan bahawa 67% kanak-kanak yang mengambil Wellmune kurang mengalami simptom jangkitan saluran pernafasan (URTI) dan lebih cepat sembuh ( 68% lebih kurang dari plasebo ).

Chewies boleh didapati di Watsons
Hadir dalam bentuk gummy ? Gummy adalah bentuk yang kebanyakan budak-budak akan menyukainya terutamanya kanak-kanak yang cerewet memilih makanan selalunya mempunyai sistem imun yang lemah dan gummy juga adalah sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah mengunyah jenis tablet.

Makan 2 biji sehari untuk pertahanan sistem imun yang kuat
Immunolicious hadir dalam 3 perasa iaitu strawberi, oren dan mangga (30's dan 60's). Terdapat juga dalam bentuk saiz travel (10's) untuk memberikan perlindungan ketika kanak-kanak sedang mengikuti trip mereka. 2 gummies setiap hari.

Boleh didapati di Watson, Caring, Guardian dan farmasi yang berdekatan anda. 97% ibu-ibu di Malaysia setuju bahawa Chewies mampu untuk menguatkan sistem imun anak-anak mereka. Dan saya juga adalah salah seorang ibu dalam 97% tu.

Untuk maklumat lanjut, sila layari : www.chewies.com


19 comments :

  1. bagus betol Watson ni kan. banyak betul aktiviti dan event yang diorang anjurkan sepanjang tahun.

    ReplyDelete
  2. such a lovely event with chewies..... nice nice nice... great brand for the kiddos..

    ReplyDelete
  3. Babe, lama dah rasanya tak jumpa you kat mana-mana event. Tengok dalam gambar ni Adelia dah besar dah pun. Last jumpa dulu rasanya dia asyik duk atas dukung you je, hehe.

    ReplyDelete
  4. chewies event always best. dulu i ingat lagi buat kat aquaria. best. anak i pon suka makan chewies sebab fruity. jumpa lagi lain kali ya yang!

    ReplyDelete
  5. Kadang teringin juga nak bawa anak-anak ke event begini..boleh biasakan anak dengan dunia luar..terbaik jika Watson boleh buat acara begini kat daerah2 kecil macam Beaufort tempat saya ni :)

    ReplyDelete
  6. chewies ni pernah jadik makanan tambahan anak2 aida masa kekecik dulu.
    kalerful.
    sedap. menarik.
    harap maklum la kan, kanak2 mana nak makan kalau tau ia nya ubat :) ha ha ha ha...
    bila diberikan gula2, kalerful, baru la diorang nak :)

    ReplyDelete
  7. Nampak Chewies ni teringat dari zaman I kecil lagi haa then hari tu masa anak tak lalu makan pun pergi farmasi cari vitC ni bagi dia.. dah try dia buat macam gula-gula pula.. aiyoooo..

    Btw event ni nampak menarik sungguh untuk anak2

    ReplyDelete
  8. wahh menarik. bagusnya watson sebab banyak mengajurkan event menarik. teringin pulak saya nk try chewies tu haha :) terima kasih share ya

    ReplyDelete
  9. Pendedahn seperti ini membuat kanak-kanak lebih berani bersama-sama orang dewasa. :). Apapun terima kasih berkongsi event sebegini. Moga Watson di tempat lain akan adakan seperti ini

    ReplyDelete
  10. Dengar nama chewies, teringat zaman kanak2. Dulu susah nak pergi event macam ni. Sekarang nk try la anak pergi event mcm ni. Anyway, nice packaging chewies ni. Anak2 mesti suka ada kartoon2 tu. Nak join la contest tu. September tak jauh da

    ReplyDelete
  11. Dah macam-macam aktiviti Watson buat sekarang ya. Best betul bila dapat join event camgini, kanak2 sure happy dapat sertai peraduan buat mereka. Next time leh pinjam sorg anak tak utk ke event cam gini..hehehe

    ReplyDelete
  12. Bagusnya Watson ada kan program sebegini. Seronok nak bawak anak-anak join the event nanti. Jenama chewies ni dah lama kannn, mak mak sure kenal. Sedap lak tu...

    ReplyDelete
  13. sapa tak kenal watson ni kan.. bagus kot... ada pulak produk yg mcm gini utk anak2... senang nnti... boleh beli produk mak sekali ngan produk anak.. good job Watson

    ReplyDelete
  14. wah suplement baru untuk anak-anak..chewies ni macam gula-gula la ye..siap ade contest..tengok macam snenag je..ehhe.hadiah pun best

    ReplyDelete
  15. Menarik! Ingat
    Naknsuruh anak2 join. Mana tahu ada rezeki. Kebetulan anak perempuan suka menulis haruslah suruh dia menyertai sekali

    ReplyDelete
  16. comel jer ingat superhero sama...memang masa anak kecik2 akak bagi diorang chewies , sampai kena sorok sebab diorang buat macam makan nasi jer...kadang makpak pun join kunyah sama

    ReplyDelete
  17. menariknya! memang biasa beli vitamin untuk anak-anak. chewies ni baru lagi ya sebab tak pernah nampak. hehe.

    ReplyDelete
  18. Kita pun suka bg anak kita chewie ni... Seronok la diorg duk mngunyah ja kejanya... Sebab sedap kan...
    N bagus jugak diorang buat csr program mcm ni.. Seronok la Budak2 nk join

    ReplyDelete
  19. Bagusnya bila chewies buat program macamni.. Bukan shj dapat kenal mereka tapi dapat join aktiviti2 kanak2 secara santai camni... Btw xpernah dengar lagi pasal chewies ni.. Nnti nk usyar2 lagi la nk tahu lbh lanjut lagi

    ReplyDelete

www.syafierayamin.com