Hotel Review : citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang, Bukit Bintang, Malaysia‎

Sementara tunggu Cappucino I siap jap

Baru-baru ni I ambil masa sekejap nak singgah Hotel yang baru buka lebih kurang sebulan lebih dah di tengah kota raya yang sibuk sepanjang hari iaitu citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang, Bukit Bintang, Malaysia‎. citizenM ni mengetengahkan konsep 'kemewahan yang berpatutan' khusus untuk warga pengembara yang bijak, mengambil berat tentang keselesaan dan paling mengujakan warga teknologi masa kini.

Pada pendapat I, warga masa kini sememangnya memang tak boleh berpisah dengan gaya rekaan 'hipster, kontemporari, moden, minimalist, berteknologi, ringkas, selesa, bersih, ruang yang kecil tapi nampak luas dan sedap mata memandang.. oleh itu I rasa citizenM mengambil berat semua faktor yang senaraikan ni.. jadi bila masuk je hotel ni, perkataan yang keluar dari mulut I ialah Wow je...

Definisi kemewahan sudah berubah, selalunya kena ada kereta limo panjang-panjang tu, lampu-lampu lilin yang berkristal sambil orang-orang tolong bawakan beg kita tapi sekarang tidak lagi, semuanya kena PANTAS semuanya berkaitan dengan MASA dan sebolehnya kita nak buat semuanya sendiri.. macam rasa berada di rumah sendiri je.. yang penting dapat mandi di waktu pagi, Wi-Fi percuma dan laju sambil minum cappucino gitu...

Gaya ni selalunya penggembara yang suka buat.. dorang nak cepat.. sebab banyak tempat dorang nak jelajah lagi so memang tak ada masa dah nak stay lelama buang masa.. kalau boleh tidur tu je yang penting.. dan spent quality time pada buku-buku berkaitan places, geography, map gitu huhhuhu...

Santai dan relax-relax jap

STRESS Relieved dibuatnya - rasa nak tidur je di setiap ruangan.. sambil baca buku 'fiksyen or romance' dan minum kopi 'less sugar and warm still prefer fresh milk instead of sweetened milk' haha... rasa macam kerja engineer yang dah penat balik kerja and cari ketenangan before start balik kerja yang memenatkan..  sebab I bukan seorang drilling engineer just a domestic engineer pun still ada level (stress) tu tau. haha..

Bila masuk citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang, you all mesti tertanya-tanya mana lobi ? Haha.. memang tak ada lobi pun, you all akan noticed semua ruangan seperti ruang tamu.. lengkap dengan tempat duduk, tempat baca buku, tempat makan, susunan sofa menghadap TV... ( TV boleh tukar channel sesuka hati ).. serious talk memang macam berada dalam rumah sendiri.. rekaan minimalist macam ni la yang I atau husband I suka... sebab kemas, susun dan terletak..

Acah-acah student baru balik dari Univerisiti baca buku jap

Meja besar sikit untuk buat kerja, kerja apa menjahit ke ? haha..

Ruangan santai sambil tonton TV ( Boleh tukar channel sesuka hati mu la..)

Cara nak check in
Satu lagi nak check in di citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang sangat mudah you all, boleh buat sendiri je, bayar sendiri... kad pun sendiri print huhuh... pasal security info ( boleh tanya lanjut ) so far Insha Allah informasi maklumat diri you all akan dilindungi.. kalau ter'expose' bolehlah usulkan apa yang patut ye.. boleh bayar secara debit atau paywave.. kalau tak faham nanti staff dekat situ tolong no worries ye..


Lepas dah setel urusan check in - kad tu boleh guna sepanjang duduk di situ.. boleh dijadikan sebagai luggage tag dan kenangan bila dah keluar dari citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang nanti... huu..


Staff introduced dekat tetamu cara nak gunakan benda moden-moden ni.. huuu kalau you all bawa nenek atok baik korang stay sekali la.. risau kang dah masuk bilik ni tak mo keluar haha.. semuanya di hujung jari boleh kawal lampu, langsir, TV, tema bilik, Alarm and macam macam lagilah you all boleh explore dalam ipad tu..


Paling best bilik yang menhadap 'scenery' Kuala Lumpur, waktu malam tengok cahaya mengerlip-ngerlip gitu... setiap bilik juga ada patung tau... patung tu ada lelaki ada perempuan... ikut nasib lah yang mana akan menemani korang setiap malam... huhu...


Packaging, wrapping untuk syampu, sabun, berus gigi termasuklah 'hair dryer' pun sangat BOLD gitu kemas dan ringkas.. eh I suka la tersangatlah organized ! :) Warna hitam dan merah ni kan buat kita jadi Wow je bila tengok semua tools ni ada bold fonts wrapped gitu..


Bilik ni pula tak silap I bilik untuk orang OKU. Menghadap balkoni. Sedikit luas dari bilik yang biasannya..  selesa juga la.. tahniah citizenM sedikit sebanyak ada juga inisiatif untuk wujudkan tempat tinggal sementara bagi mereka yang OKU..


Bilik bincang-bincang.. ( meeting room ) kalau ada yang nak buat filem ala-ala lelaki Korea berbisnes cam orang kaya-kaya tu haha boleh lah sewa satu tempat disini nak buat discussion job ke, projek besar-besar ke.. huhu...


Kalau nak tahu satu dinding dari I sampai ke hujung tu... boleh tulis macam-macam tau.. umpama black/white board gitu...


Pandangan ruangan lobi ala-ala living room dari tingkat 2... Huuu memang sejuk je mata memandang kan..


Tiba-tiba I rasa nak ada rumah saru macam ni dalam bandar.. can I just buy this hotel ahhaha... dah la sebelah ada 7-Eleven hell ya memang heaven orang bandar betul tinggal kat sini.. semuanya serba serbi akses mudah ke sana ke sini...


Sebelum I melangkah keluar dari citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang, makanan atas meja ni semua sedap sedap belaka... nasi lemak, satay and kari ayam...

One suggestion kalau ada-ada yang nak singgah citizenM Kuala Lumpur Bukit Bintang jangan lupa minum mochachino ya... memang best sambil layan baca buku kat sini..


Neway, untuk maklumat lanjut, sila layari : https://www.citizenm.com/
Jangan lupa follow Facebook dan Instagram CitizenM Hotels tau...

Post a Comment

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com