GUARDIAN MALAYSIA RAIKAN 4 WANITA SEBAGAI  ’THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’


Tahniah kepada 4 wanita yang telah memenangi 'The Face Of Healthy Beauty' dalam pencarian selama dua bulan di seluruh negara yang menyaksikan lebih 1,100 penyertaan termasuk berjaya melepasi 400 calon terpilih dan 100 peserta separuh akhir dari 4 wilayah berbeza di Malaysia.

Empat wanita tersebut adalah:
  1. ⦁ Karyll Chee Kar Yee, 23
  2. ⦁ Nur Aimi Binti Abdul Ghani, 31
  3. ⦁ Nurul Ezzaty Binti Hasbullah, 23 dan
  4. ⦁ Yasmin Binti Khalid, 23


Setelah I menyaksikan sendiri pencarian ini lebih 1,100 penyertaan termasuk berjaya melepasi 400 calon terpilih dan 100 peserta separuh akhir dari 4 wilayah berbeza di Malaysia maka keempat-empat wanita ini telah dinobatkan selepas pencarian selama dua bulan di seluruh negara.

Bagi keempat-empat wanita ini, hidup mereka bakal berubah.

Setiap pemenang akan menandatangani kontrak satu tahun sebagai Duta Jenama Guardian beserta wang tunai bernilai RM10,000 dan baucar Guardian bernilai RM10,000, serta RM5,000 setiap seorang untuk disumbangkan kepada organisasi amal pilihan mereka. Mereka bakal menghiasi muka depan Katalog Jenama Guardian dan beberapa kolateral lain dan akan menerima produk-produk sumbangan penaja.

Dikenali sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian ‘The Face of Healthy Beauty’ ini terbuka kepada semua wanita Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.


Selain empat pemenang utama, terdapat lapan pemenang kategori dan mereka adalah;
  • Paling Sihat (diilhamkan oleh Blackmores) – Cruzellyn Alex
  • Paling Elegan (diilhamkan oleh Bio-essence) – Palvinder Kaur A/P Savinder Singh
  • Paling Kelihatan Muda (diilhamkan oleh Garnier) – Nur Aimi Binti Abdul Ghani
  • Paling Ekspresif (diilhamkan oleh L’oreal) – Karyll Chee Kar Yee
  • Paling Bersemangat (diilhamkan oleh Maybelline) – Nurul Ezzaty Binti Hasbullah
  • Paling Berkeyakinan (diilhamkan oleh Nivea) – Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal
  • Paling Ceria (diilhamkan oleh Safi) – Vanessa Yoong Foong Woon
  • Paling Menawan (diilhamkan oleh TRESemmé) – Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman
Setiap pemenang kategori membawa pulang hamper produk bernilai RM500.


Persembahan Zumba sebagai pembuka majlis 'Grand Finale - The Face Of Healthy Beauty'


Antara juri yang menentukan peserta mana yang layak menjadi wajah-wajah ’THE FACE OF HEALTHY BEAUTY.’ Juri yang hadir antaranya ialah selebriti terkenal Saharul Ridzwan dan Mawar Rashid manakala 'instafamous' pun ado.. So I am Jenn..


Berucap di pertandingan akhir tersebut, DY Cho, Pengarah Pemasaran, Asia Tenggara, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata;

“Pencarian Duta Jenama Guardian baru ini merupakan pengalaman yang sangat bermakna buat kami kerana kami menemui begitu ramai wanita yang memberi inspirasi dan menepati kriteria pencarian iaitu Healthy Beauty.

Keempat-empat orang pemenang ‘Face of Healthy Beauty’ ini merupakan bukti falsafah jenama Guardian iaitu kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar dan mereka akan membantu kami menyebarkan mesej ini kepada para pelanggan kami. Mereka adalah wanita yang menjalani kehidupan sepenuhnya dengan cara yang sihat dan memiliki stail tersendiri serta personaliti yang menarik. Mereka juga mempunyai sikap yang positif, mengutamakan kesihatan dan turut mementingkan penampilan diri,” tambah Cho.


Peserta ’THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ telah diuji dengan 3 cabaran iaitu :

  1. Mengenalkan diri dan pakaian yang mereka pakai ( #ootd )
  2. Memberi 'review' mengenai produk yang dipilih mereka antaranya Produk Safi, Garnier, Blackmores
  3. Buat Terarrium menggunakan makanan 'super food' boleh di dapati di Guardian.
Proses membuat Terarrium

Terarrium oleh Kaye Lim

16 Peserta yang turut berada dalam Finalis Pencarian ’THE FACE OF HEALTHY BEAUTY’ ialah :

  1. Teoh Evian ( Student Remedial Education for Primary Education ) 22 tahun
  2. Afeefa Anaqien Binti Mohd Azri Ooi ( Student | Physiotherapy) 20 tahun 
  3. Yeoh Yen Nee ( Physiotherapy ) 28 tahun
  4. Wienda Hidayu Binti Harun ( Retail Executive ) 23 Tahun
  5. Yasmin Binti Khalid ( Student Law ) 23 tahun
  6. Karyll Chee Kar Yee ( Preschool Teacher ) 23 tahun
  7. Nur Aimi Binti Abdul Ghani ( Economist | Part Time Indoor Cycling Instructor ) 31 Tahun
  8. Jojo Sim Yun Jiew ( Freelance Actress and Event MC ) 23 tahun
  9. Nor Marissa Alia Binti Ahmad Lokman ( Student A Levels ) 20 tahun
  10. Cruzellyn Alex ( Fitness Trainer ) 42 Tahun
  11. Vanessa Yoong Foong Woon ( Home Baker ) 44 Tahun
  12. Palvinder Kaur A/P Savinder Singh ( Pharmacist ) 28 Tahun
  13. Alwizah Al Yafii Binti Ahmad Kamal ( Entrepreneur ) 45 tahun
  14. Nurul Ezzaty Binti Hasbullah ( Student Global Health and Anthropology ) 23 Tahun
  15. Elaine Audrey Lee ( Actress ) 27 Tahun
  16. Kaye Lim Ying Pheay ( Medical Sales Executive ) 24 Tahun
Bagi pelanggan Guardian yang telah mengundi finalis kegemaran mereka untuk menang dalam Pusingan Akhir, teruskan mengikuti laman Facebook Guardian untuk mengetahui siapakah pengundi bertuah yang dipilih oleh para pemenang untuk memenangi baucar Guardian bernilai RM500.
Maklumat lanjut tentang pencarian dan finalis pertandingan akhir serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my#guardianmy #faceofguardianmy

Tentang Guardian Malaysia
Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 50 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 440 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 30 juta pelanggan di seluruh Negara.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com