Tonton Video : SERLAHKAN KECANTIKAN ANDA DENGAN PIXY UV WHITENING 4 BEAUTY BENEFIT SERIES



SERLAHKAN KECANTIKAN ANDA DENGAN PIXY UV WHITENING 4 BEAUTY BENEFIT SERIES

Asas solekan yang diformulasi dengan Agen Pencerahan Semula Jadi dan Vitamin C menggunakan Teknologi Jepun

Dirumuskan dengan menggunakan Teknologi Jepun, PIXY adalah rangkaian kosmetik yang direka untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi wanita Asia. Selaras dengan pesonaliti teras yang feminin, mudah, bergaya dan moden, PIXY percaya bahawa kecantikan adalah tenaga emosi wanita.

Dengan kecantikan, wanita tidak hanya memancarkan tenaga positif tetapi perasaan, mood dan keyakinannya juga akan turut meningkat. Bukan hanya itu, produk PIXY juga diyakini Halal bagi memastikan bahawa ia benar-benar selamat digunakan.

Khususnya diformulasi sesuai untuk wanita muda on-the-go, PIXY memperkenalkan pelbagai rangkaian terbaru UV Whitening Base Makeup, yang dinamakan 4 Beauty Benefits. Terdiri daripada tiga jenis solekan asas iaitu UV Whitening Two Way Cake Perfect Last, UV Whitening BB Cream dan UV Whitening Concealing Base, setiap produk diformulasikan dengan bahan semula jadi seperti
Bengkoang, Minyak Squalane dan Minyak Jojoba. Semua produk berfungsi untuk melembapkan,
mencerahkan, melindungi dan mencantikkan kulit - menyampaikan empat manfaat kecantikan dalam
satu pakej.

Setiap produk di bawah siri ini dipertingkatkan dengan Agen Pencerahan Semula Jadi yang diperoleh
dari Bengkoang dan Derivatif Vitamin C untuk kesan Pencerahan 2 Cara yang menjadikan kulit
tampak lebih cerah dan berseri. Bahan-bahan penting lain termasuk Minyak Squalane dan Minyak

Jojoba yang membantu mengunci kelembapan kulit, dengan itu mencegah kekeringan kulit. Produk ini juga dilengkapi dengan rangkaian SPF 30-35 yang membantu melindungi kulit daripada sinaran
ultraungu yang berbahaya untuk kulit.

Mempunyai formulasi litupan penuh dan tahan lama membolehkan solekan kekal berseri sehingga 12
jam, produk di bawah siri 4 Beauty Benefits juga mudah dioles dan terasa ringan pada kulit, dengan
itu memberikan kesan terbaik dengan keselesaan maksimum.

Disenaraikan di bawah adalah produk solekan asas di bawah siri ini:



1) 4 Beauty Benefit UV Whitening Two Way Cake Perfect Last (9g), RM 21.90/Refill - RM13.90

Memiliki hasil litupan yang tinggi dan hadir di dalam bekas kompak yang mudah dibawa. Bukan itu sahaja, ia juga dirumus khas dengan Fit Blend Powder yang halus dan lembut untuk membantu mengurangkan penampilan liang pori, menjadikan kulit kelihatan licin dan lebih halus. Dengan mencampurkan teknologi Fit Blend Powder dengan Minyak Squalane, produk ini juga dapat dioles dengan sempurna pada kulit membolehkan solekan kekal sempurna sehingga 8 jam serta melembapkan kulit.

UV Whitening Two Way Cake Perfect Last hadir dalam rona 01 Fair Ocher (untuk kulit cerah), 02 Natural Buff (untuk kulit medium) dan 03 Sand Beige (untuk kulit yang lebih gelap).



2) 4 Beauty Benefit UV Whitening BB Cream (30ml), RM19.90 

Mengandungi bahan-bahan yang sama baiknya sebagai Two-Way Perfect Cake, krim BB siri ini ringan dan juga dibuat daripada formula bukan komedogenik, memastikan bahawa liang-liang di wajah masih dapat bernafas walaupun bila produk dipakai . Dengan kuasa ketahanan sehingga 12 jam, kulit kelihatan cerah walaupun seharian di luar. Boleh diaplikasikan dengan menggunakan jari, berus solek atau pengisar kecantikan mengikut keselesaan penggunanya - krim BB ini membantu
seseorang untuk mencapai kulit yang lebih cerah semula jadi dengan kemasan pilihan berbedak atau tidak.

UV Whitening BB Cream hadir dalam rona 01 Ocher (untuk nada kulit kekuningan), 02 Cream (untuk nada kulit yang cerah & medium) dan 03 Beige (untuk nada kulit yang lebih gelap).



3) 4 Beauty Benefit UV Whitening Concealing Base (9g), RM19.90

Dalam bungkusan atau bekas yang memudahkan, 2-in-1 Concealing Base ini berfungsi sebagai bedak asas litupan tebal dan juga penyamar. Dengan tekstur ringan yang mudah dioles, solekan ini memudahkan dan boleh disapu rata menggunakan jari, span atau berus. Bukan sahaja ia mengandungi Minyak Jojoba dan SPF 35 untuk mengekalkan lembapan kulit dan selamat daripada sinar UVA yang
merangsang penuaan kulit, tetapi ia juga bertindak secara serasi dengan teknologi Fit Blend Powder untuk membantu produk tampak sempurna pada kulit – menghasilkan penampilan kulit yang sempurna.

UV Whitening Concealing Base hadir dalam rona 01 Natural Beige (untuk kulit cerah) dan 02 Sand Beige (untuk kulit medium ke lebih gelap).

#PIXYcosmeticsmy #mybeautymyenergy

Rangkaian Pixy UV Whitening 4 Beauty Benefits ini boleh di dapati di pasaraya atau farmasi terpilih
berhampiran anda seperti Guardian.
Tentang Pixy

PIXY adalah jenama kosmetik yang dihasilkan oleh Mandom Malaysia, yang merupakan sebahagian
daripada Mandom Corporation Japan. Produk PIXY dicipta dengan mengunakan Teknologi Jepun dan menggunakan bahan semula jadi untuk kulit yang sihat dan cantik. Semua produk telah dibangunkan untuk memenuhi kulit Asia dengan setiap formulasi yang diuji secara klinikal untuk keselamatan. Pembungkusannya juga direka untuk mencerminkan gaya Tokyo, menggambarkan
bandar untuk inspirasi.

Untuk maklumat lanjut tentang produk, sila lawati mana-mana platform dalam talian PIXY:

2 ulasan :

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com