Tonton Video : Hada Labo 3-in-1 Micellar Cleansing Water removed my SFX Makeup !





HADA LABO 3-IN-1 MICELLAR CLEANSING WATER BAHARU:

MEMBERSIHKAN SOLEKAN DENGAN SEGERA, MENGUNCI PENGHIDRATAN & MELINDUNGI KULIT DARIPADA PENCEMARAN


Menanggalkan Solekan Kalis Air + Lembapan Berganda + Tiga Kali Anti-pencemaran

Mahukan pembersih solekan yang menanggalkan solekan dengan segera dan meninggalkan kulit yang segar dan terhidrat? Memperkenalkan Hada Labo 3-in-1 Micellar Cleansing Water! Ia datang dengan pam inovatif yang membolehkan anda membersihkan solekan dengan mudah dengan hanya sebelah tangan sahaja. Dengan hanya satu pam, anda kini boleh menanggalkan solekan kalis air dengan sempurna dan mencapai kesan lembapan berganda untuk kulit!

Hada Labo 3-in-1 Micellar Cleansing Water yang baharu ini dirumuskan dengan Teknologi Pembersih Micellar Tinggi yang cepat larut dan menghilangkan solekan kalis air, minyak yang berlebihan dan kotoran pada kulit. Selain itu, ia bergabung dengan Hyaluronic Acid (HA) dan HA penyerap yang berfungsi serentak untuk mengunci molekul air ke sel-sel kulit bagi memastikan kulit sentiasa lembap, lembut dan tidak terasa ketat sepanjang masa. Bukan sahaja kulit berasa bersih tetapi juga lembut dan licin selepas itu.

Berbeza dengan air pembersih biasa yang lain, Hada Labo 3-in-1 Micellar Cleansing Water adalah pembersih wajah berbentuk air untuk setiap wanita kerana ia lebih daripada sekadar pembersihan. Dirumus dengan manfaat tiga kali anti-pencemaran, 3-in-1 Micellar Cleansing Water ini juga membantu menghilangkan dan melindungi kulit daripada pencemaran udara yang berbahaya dan membentuk halangan pelindung terhadap zarah-zarah pencemar PM2.5.

Hada Labo 3-in-1 Micellar Cleansing Water adalah bebas daripada 7 perengsa - wangian, pewarna, alkohol, minyak mineral, paraben, Methylisothiazolinone (MIT) dan silikon. Lembut pada kulit, ia sesuai walaupun untuk kulit sensitif. Dengan kerengsaan yang rendah, ia sesuai digunakan di sekitar kawasan mata dan bibir. Pam jumlah yang sesuai ke pad kapas dan sapu perlahan-lahan untuk menanggalkan kesan solekan hanya dalam beberapa saat. Tidak perlu dibilas.

Hada Labo 3-in-1 Micellar Cleansing Water (380ml) dijual pada harga RM65.90 dan boleh didapati mulai April 2019 di semua farmasi di seluruh negara.

Falsafah Penjagaan Kulit Hada Labo:

“SEMPURNA X RINGKAS”

Untuk kesempurnaan dan kemudahan mutlak

Hada Labo menggunakan bahan lembut, asli dan tinggi keberkesanannya untuk memberikan anda kesudahan hasil kulit yang cantik. Diinspirasikan daripada kebijaksanaan amalan kecantikan tradisional Jepun, Hada Labo mengangkat falsafah “tidak lebih tidak kurang” ke dalam formulasi produknya untuk nisbah bahan yang “sempurna” agar hasil optimum diperoleh. Tiada bahan aditif, pewarna, haruman dan minyak mineral yang merosakkan kulit digunakan. Hanya bahan asli yang memberikan kebaikan kepada kulit sahaja dimanfaatkan untuk memastikan keberkesanan maksimum – Hanya yang terbaik untuk kulit anda dan tiada yang lain...

About The Mentholatum Company

Syarikat Mentholatum, diasaskan pada tahun 1889 sebagai pengilang dan pemasar produk dadah
tanpa-preskripsi dan produk penjagaan kesihatan. Beribu pejabat di Orchard Park, New York,
Amerika Syarikat dan beroperasi di Australia, Afrika Selatan, Kanada, Scotland, Taiwan, Thailand,
Malaysia, Hong Kong, Mexico, Korea Selatan, P.R China, India dan Jepun.

Pengilangannya beroperasi di 26 lokasi di seluruh dunia dan pemasaran/pengedaran di lebih 150
buah negara. Secara dasarnya, syarikat ini sudah pun berusia 99 tahun, dan dimiliki oleh Rohto
Pharmaceutical Company Ltd. di Osaka, Jepun pada 1988. Rohto berperanan penting dalam pasaran
farmaseutikal Jepun dengan mencatatkan penjualan produk terlaris untuk kategori penjagaan mata,
kelegaan perut dan topikal.

Sejak 1889, Syarikat Mentholatum telah membangun dan berkembang daripada hanya sebagai pembekal sabun dan bahan pembersihan diri kecil-kecilan sehinggalah bergelar syarikat bertaraf antarabangsa, yang memasarkan bahan perubatan berkualiti ke seluruh negara. Rangkaian produk Mentholatum mengecapi reputasi tinggi untuk kualiti dan nilai di Amerika Syarikat dan di kebanyakan negara-negara lain seluruh dunia. Setiap produk keluaran Mentholatum dijual dengan jaminan kepuasan tanpa syarat.

Jenama di bawah Mentholatum: LipIce, Oxy, Hada Labo, Selsun, Sunplay, Rohto C Cube, Deep
Heating Rub.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Toh Tee Shien
Rohto-Mentholatum (M) Sdn Bhd
Tel: 03-2241 4889
Ts.toh@mentholatum.com.my

1 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com