The Butterfly Project Sudah 6 tahun !


Sebenarnya I sendiri tak percaya masa sangat pantas berlalu meninggalkan kita... dan yang paling I terharu selama bersama The Butterfly Project sekian lamanya... rupanya sudah 6 tahun I bersama komuniti rama-rama ni. Dalam 6 tahun ni banyak koloborasi dan pengenalan produk yang bagus-bagus dapat I joined dan shared with my readers dalam blog I. Terima kasih pada Tammy the founder sebab mewujudkan komuniti macam ni. Dari sini I dapat berkenalan dengan ramai beauty blogger sama ada yang lama dan yang baru..


6 tahun dah berlalu ni banyak benda yang I belajar macam mana nak jadi seorang blogger yang mempunyai idea dan personaliti tersendiri.. macam mana nak jadikan content menarik untuk dibaca.. bagaimana nak kongsikan ilmu dengan readers I... paling penting jangan curi idea dan content orang.. sebenarnya dari Tammy juga I banyak belajar...

Psst.. cantik tak cupcake atas tu.. cupcake ni sponsored by #macaronsbymadeleine


Butterfly Birthday Party kali ni memang tak sah kalau tak ada makanan sedap-sedap... cuba tengok makanan dia very colorful, delicious hmmph memang comel-comel belaka... makanan pula dapat harga berpatutan oleh Lydia big bos Jom Party.


Selain dari Hari Jadi The Butterfly Project, Yves Rocher juga turns 60 too ! Kami dapat hadiah pula dari Yves Rocher, trust me I dah guna produk ni.. Ya Allah sangat jimat betul dia punya shower gel... 1 pam je bubbles banyak gila... bau dia pun menenangkan ! I suka sangat-sangat. Syampu rambut dia pun detox kotoran dan minyak yang berlebihan pada rambut.. rambut memang sangat-sangat bersih tau. Apa pun terima kasih sangat-sangat Yves Rocher for the lovely present for us the butterflies ! :)


Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelawak wanita Malaysia iaitu Joanne Kam.. oh ya btw kalau tengok dia buat kelakar memang non-stop gelak... dia banyak buat humor mengenai diri sendiri.. hahah a bit sexy touch dalam lawak dia... thanks Joanne Kam meriahkan mahlis The Butterfly Project kali ni.


Bagi yang sangat sukakan bunga-bungaan... time ni kami semua buat flower band tau... ditaja oleh AvantGrande Blooms... mula-mula ingat susah nak buat benda ni... tapi bila dah belajar sikit-sikit baru rasa okey.. Thanks Emi Goto ajar kami buat flower band..


Tadaa dah siap pun flower band I, cantik tak ?


Rasa happy sebab Flower Band I terletak je di atas kepala I...


Sebagai peminat tea, I rasa sangat bersyukur T-Sticks pun ada sebagai penaja minuman... Banyak gila perasa yang ada disediakan tapi Sangat berkenan dengan Rockin' Rooibos Tea.. bagi I Rooibos ni memang banyak benefits untuk kesihatan..


T-Sticks ni best sebab you all dah tak perlukan sudu untuk kacau tau... guna peket dia je untuk stir-well.. rasa dia pun sedap tanpa perlu gula tambahan pun...


Sesungguhnya sesebuah parti tidak akan MERIAH tanpa belon.... oleh itu kami semua sangatlah berterima kasih pada Blossom Ballons kerana telah menghiaskan belon-belon yang cantik ni dalam parti kali ini...


Last Not least.. terima kasih pada The Butterfly Project sebab anjurkan parti untuk beauty bloggers..
Ada 100 bloggers cantik-cantik.... tapi I tak sempat tangkap gambar dengan semua orang sebab terlebih fokus bercakap sampai tak sempat tangkap gambar hehehe.... Apa pun I love you all..

Saksikan Video I yang sweet-sweet di bawah ya..


Once again Thank you Yves Rocher, T-Sticks Malaysia, Avantgarde Blooms, The Blossom Balloons, Jom Party, Joanne Kam, the Butterfly Project Community.. and Tammy... :)..

xoxo,
syafiera

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com