🌸Pengikut Blog🌸

Kempen Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte 2019



Systema Lancar Kempen Kesedaran Pemeriksaan Kesihatan Gusi untuk Bantu Menambah Baik Kesihatan Oral Rakyat Malaysia, Kolaborasi dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia

Petaling Jaya, 15 Mac 2019 – Adakah anda tergolong dalam 94% orang dewasa di Malaysia yang mengalami masalah gusi 1 ? Jika anda tidak pasti, layari laman web gumhealthcheck.com untuk membuat penilaian dalam talian secara percuma yang dapat membantu anda mendapatkan gusi dan gigi sihat sepanjang hayat.



Laman web pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma ini adalah sebahagian daripada kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema (Gumbatte Towards 1 Million Gum Health Checks) 2019, satu kerjasama dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.

Kempen ini bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik dengan matlamat utamanya memberi motivasi kepada lebih ramai orang supaya mengekalkan 20 batang gigi asal mereka apabila berusia 60 tahun dan ke atas 2 . Jadi, mereka boleh menikmati kesihatan sepanjang hayat, selari dengan matlamat Kementerian Kesihatan.

Kempen Gumbatte mengambil semangat daripada perkataan Jepun ‘Ganbatte’ yang bermaksud ‘anda boleh melakukannya’. Sekali gus menyeru rakyat Malaysia supaya menjaga kesihatan gusi mereka dan mencapai 1 juta pemeriksaan gusi.

Kempen ini dilancarkan oleh Dr. Norliza bt Mohamed, bertanggungjawab sebagai menanggung tugas Pengarah Kanan Kesihatan Pergigian, sempena Hari Kesihatan Oral Kebangsaan di pusat membeli-belah 1 Utama di Bandar Utama, hari ini.

Menurut Dr Norliza, kesihatan oral sering dilihat sebagai kurang penting berbanding kesihatan umum yang lain. Namun, sikap ini perlu diubah kerana ia merupakan isu yang serius. Beliau menyatakan bahawa tahap kesihatan oral yang rendah sering dikaitkan dengan masalah-masalah kesihatan yang lain.

“Kajian penyelidikan menunjukkan korelasi di antara penyakit gusi dengan serangan jantung, diabetes dan terbaharu, Alzheimer. Ini merupakan penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Sekiranya pengesanan dan rawatan awal penyakit gusi boleh merendahkan korelasi ini, kita wajar menerokanya.”

Beliau mengakui bahawa kempen Gumbatte Systema yang memberi penekanan terhadap kesihatan gusi secara dalam talian dilihat cukup tepat kerana majoriti rakyat Malaysia, termasuklah di kawasan pedalaman memperoleh maklumat dari dalam talian.

“Kempen Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte boleh membantu Bahagian Penjagaan Oral Kementerian Kesihatan mendidik lebih ramai orang mengenai perlunya menjaga kesihatan gusi dan oral dengan lebih cepat, menerusi keputusan yang dapat diperoleh secara serta-merta.”

Pengurus Besar Southern Lion Sdn. Bhd., Carmen Foo menyatakan usaha meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan oral ini dibuat kerana gigi yang kuat bermula dengan gusi yang sihat. Systema ialah jenama teras Lion Corporation, Jepun dan memiliki warisan penjagaan oral selama lebih120 tahun hasil kolaborasi dengan pakar-pakar pergigian, pihak berkuasa kesihatan, saintis dan penyelidik.

“Sistem Anti-Plak Systema menggabungkan ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque untuk menyingkirkan plak dan membunuh bakteria berbahaya walaupun di dalam poket gusi.

Manakala bulu berus gigi tirus 0.02mm Systema membantu menyingkirkan plak biarpun di kawasan yang sukar dicapai di antara gigi, sepanjang garisan gusi dan di dalam poket gusi.

“Kini kita sudah ada penyelesaiannya. Justeru, inilah masanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit gusi kerana ia adalah asas kepada gusi dan gigi yang sihat sepanjang hayat. Sebab itulah kami memperkenalkan kempen Ke Arah Pemeriksaan

Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte – bagi membina kesedaran diri tentang perlunya perubahan yang positif,” kata Foo.

“Rakyat Malaysia memperoleh banyak maklumat daripada media sosial. Sebab itulah kami bekerjasama dengan pasangan artis dan media sosial terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk menyemarakkan lagi kempen ini. Kami percaya dengan strategi ini, kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan kesihatan gusi dapat menarik perhatian lebih ramai orang. Seterusnya menggalakkan mereka mengambil langkah demi mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik,” katanya.



Pelakon Aeril Zafrel nyata terkejut dengan kadar penyakit gusi yang dihidapi oleh rakyat Malaysia. “Berada dalam industri hiburan atau mana-mana industri yang perlu berdepan dengan pelanggan, anda mesti memiliki tahap kebersihan diri, termasuklah oral yang baik.

Saya tidak sedar betapa seriusnya masalah gusi di kalangan kita. Justeru, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi maklumat ini kerana ia mampu memberi perubahan, terutamanya kerana penyakit gusi mempunyai kaitan dengan serangan jantung, diabetes dan Alzheimer. Kita semua perlu melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai tahap kesihatan gusi kita.”



Systema turut mengagihkan 10,000 Ubat Gigi Systema Advance Anti-Plaque dan 10,000 berus gigi dengan bulu berus tirus 0.02mm bagi menyokong program jangkauan di seluruh negara ini.

Pelakon dan usahawan Wawa Zainal juga bersemangat untuk menjadi pencetus kesedaran kesihatan oral. “Penyakit gusi adalah masalah kesihatan yang penting. Jika kita boleh menggalakkan lebih ramai orang untuk menjaga kesihatan gusi dengan menggunakan ubat gigi anti-plak dan berus gigi yang boleh membantu menambah baik kualiti hidup, ia sememangnya hala tuju yang betul buat negara kita.”

Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia, Dr Leong Kei Joe menyatakan usaha mengurangkan penyakit gusi di Malaysia perlu dimulakan dengan mengubah persepsi tentang penyakit gusi sepenuhnya. Beliau memuji kempen menangani masalah penyakit gusi ini.

“Kesedaran terhadap penyakit gusi memang serius dan ia berpotensi memberi impak kepada kualiti hidup, selain mempunyai kaitan dengan penyakit-penyakit berbahaya. Terlalu ramai di antara kita yang melihat tanda-tanda penyakit gusi seperti berdarah ketika memberus sebagai sesuatu yang normal. Rakyat Malaysia perlu mengenal pasti tanda-tanda dan simptom penyakit gusi. Jadi mereka tahu apabila ada yang tidak kena, mereka boleh mendapatkan bantuan. Pantau kesihatan oral anda dengan melayari laman web gumhealthcheck.com untuk menilai status kesihatan gusi anda. Jika perlu, jumpa doktor gigi anda untuk mendapatkan rawatan.”

Beliau memberitahu, ahli-ahli Persatuan Doktor Pergigian Malaysia akan menawarkan pemeriksaan kesihatan gusi secara percuma sebagai sokongan kepada Bulan Kesihatan Oral Kebangsaan. Selain mencadangkan setiap orang perlu berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Siri jelajah Ke Arah Pemeriksaan Kesihatan Gusi 1 Juta Gumbatte Systema akan diadakan di pusat membeli-belah 1 Utama sehingga Ahad, 17 Mac 2019. Ia turut menawarkan pemeriksaan gigi secara percuma, permainan, hadiah dan pelbagai aktiviti lain.

Jadilah antara yang terawal daripada 1 juta orang yang memeriksa kesihatan gusi secara dalam talian di laman web gumhealthcheck.com untuk gigi dan gusi yang sihat sepanjang hayat.

Harga dan Kebolehdapatan Produk-produk Systema boleh didapati di seluruh negara menerusi pasar raya hiper utama, pasaraya dan farmasi pada harga RM12.55 untuk ubat gigi Systema Advance Anti-Plaque, manakala berus gigi pula berharga RM7.80 hingga RM12.55.


Mengenai Southern Lion Sdn Bhd

Southern Lion Sdn Bhd ialah sebuah syarikat kerjasama di antara Lam Soon (M) Bhd dan LION CORPORATION, Jepun. Ia memulakan operasi pada April 1987 dan berkembang menjadi pengeluar bahan pencuci No. 1 di Malaysia menerusi jenama-jenama popular seperti TOP dan Bio Zip, jenama penjagaan oral seperti Systema, Kodomo, Fresh & White and ZACT, serta jenama penjagaan diri seperti Shokubutsu. Southern Lion akan terus berusaha untuk menambah baik kualiti kehidupan pengguna dengan menawarkan produk-produk yang inovatif pada harga mampu milik.

Post a Comment

www.syafierayamin.com