WHAT IF suami tak sayang pada I lagi..

Saje je terbaca topik ni di The Asian Parent.. ( https://my.theasianparent.com/tanda-suami-tidak-sayang-isteri )
Am I the only feel the same.. ada laki tapi rasa macam tak ada laki..
mesti ramai tak percaya kan.. dah lama bersama..
tapi kalau dah tak serasi tak ada jodoh..
nak buat macam manakan..

Or maybe itu hanya perasaan I je..
so far husband buat je tugas yang dia termampu je..
cuma I je..

I terlampau over-thinking kalau boleh semuanya nak perfect..
mungkin sedikit sebanyak buat husband rasa menyampah dengan I..
I bukan nak burukkan suami sendiri...
tapi tu la I rasa mungkin dia tak nak tengok I lagi..
sebab dia hanya menatap ipad dari balik kerja sampailah dia tidur..
I minta tolong layan anak pun dia macam malas nak layan..
bukan dia tak layan langsung tapi sekejap sekejap je..
bukan apa.. I sebagai seorang isteri dan ibu sangat risau..
sebab orang kata.. ayah kena jadi role model..
terutamanya untuk anak perempuan... i sebagai perempuan bukan tak pernah mendapat kasih sayang dari ayah.. tapi faham-faham je la bila ayah tiada sebab jarang jarang kat rumah.. susah nak jadikan ayah sebagai role-model.. jadi cari lelaki lain untuk luahkan perasaan...jadi kat situ memang jadi cerita lain dah..

So thats why dari situ i taknak sebab suami i layan ipad lebih daripada anak-anak.. anak-anak nanti akan cari kawan kawan atau anak perempuan cari kawan lelaki luahkan perasaan... bagi I bila orang luar mereka cari.. lebih banyak benda yang tak baik instead yang baik... kita yang tua pun boleh salah cari kawan inikan yang anak-anak kecil yang masih belum tahu baik dan buruknya dunia ni..

Entahlah..
Bukan I boleh nak sayang dia..
tapi hati makin tawar...
kami dah mula tidur asing-asing..
I pun dah tak ada mood tengok muka suami sendiri..
I dah cuba tapi entahlah makin lama makin menyampah...
I cuba juga kuatkan hati lembutkan hati..
berdoa supaya masih ada kesabaran, tak marah marah, tak membebel...

Dulu-dulu hampir tiap tiap hari I vacuum rumah mop rumah kalau boleh nak rumah cantik sentiasa tapi bila anak suka buat sepah.. I kemas hampir non stop tiada masa untuk diri sendiri.. I jadi stress.. I sakit mata bila tengok semua benda tak stay on a place... i jadi panas... tengok husband boleh baring menghadap handphone tanpa rasa bersalah tengok rumah bersepah... I was like.. apa dalam kepala otak dia ni.. rumah bersepah he is still cool... I macam biasa tak boleh tengok dia selesa... I jadi harimau marah marah dan cakar dia huhuhu.. ganas tak I.. sekali dia pun sekali bertukar jadi naga.. jadi dua dualah merasa lebam sama sendiri kan.. I macam biasa will ended up with crying...
benda tu terjadi sampai sekarang... mungkin sebab I terlampau stress tengok benda benda bersepah kan.. dan tengok husband menghadap handphone macam tak ada perasaaann.. of course lah hati mana tak panas... sampai ada satu masa tu i minta dia ceraikan i suruh dia kahwin dengan bibik... and bibik will kill him sebab menyampah tengok dia dook baring main handphone heavenly.. tahu duit banyak boleh je upah maid tapi still buat isteri macam bibik siapa tahan kan ? But actually kadang-kadang I kena cakap juga... kadang-kadang sedikit sebanyak dia bantu lah juga.. isi air.. basuh berak anak mandikan anak pagi pagi pergi sekolah and lipatkan baju... itu kalau dia punya mood okay lah ... tapi mood dia yang okay tu macam sebulan sekali la... yer la dia busy kat ofis.. bini dia ada kat rumah... I kan supermom semua benda boleh buatkan.. cari duit berblogging dari rumah pun boleh... hmmph !

From here I sebenarnya I noticed I yang over... I nak perfection rumah nak nampak bersih all the times tak nak sepah sepah... tapi benda tu asyik keep repetitive.. satu hari tu anak I mesti sepahkan rumah banyak kali.. maknanya memang I tak de masa berehat.. nak tidur siang pun payah sebab anak dara I sebuk mama nak tu nak ni la.. rasa macam I NEED MY SPACE.... bila I dah stress semestinya husband akan jadi mangsa... dia balik kerja memang I expected dia akan layan anak-anak sebab I satu hari dah layan kerenah anak-anak sampai I penat sangat....Anak anak i pun sama macam anjing dan kucing lagilah I STRESS... bila anak berak lagi stress... I suruh husband I cucikan sebab satu hari dah layan semua perangai mandikan and so on... ( ramai nanti kecam I .. mak mak zaman dulu pun buat macam ni tak de bising pun, HELLO boo sikit mak mak zaman dulu lah paling banyak membebel kalau tak mungkin tak wujud mak mak mulut panjang kan... ye la jenis dok hormat suami jadi bibik.. kalau tengok laki melayu zaman dulu dulu mostly goyang kaki je bila dok rumah)......

hmmph panjang pula entri ni kan.. tapi tu la yang I rasa.. husband i dah tak sayangkan I lagi... so dalam kepala hotak ni dok fikir benda ni je.. I rasa macam dah redha kalau dia tak sayangkan I lagi.. I pun penat dah nak bodek dia, layan dia untuk sayangkan I lagi.. I rasa I dah penat nak jadi sempurna.. sekarang ni pun seminggu 2x je I sapu rumah, I biarkan je la rumah bersepah.. baju pun I lipat bila gunung dah meninggi seperti gunung kinabalu.. mainan anak-anak.. I beli bakul kedai RM2 sumbat je semua dalam tu... malas dah I nak organized.. lantak pergi la... yang I tahu I nak space I... kalau boleh I nak ada rumah sendiri... tak nak dah tinggal dengan suami I tu... I tak rasa dah dia perlukan I... lagi pun I tak rasa I dihargai lagi... now I dont care anymore.. cuma sekarang I tak tahu nak mula dari mana....

I sebolehnya nak keluar dari rumah dia ni... walaupun rumah ni I jumpa dulu... tapi dia yang bayarkan jadi rumah dia lah kan.. jadi I tak rasa nak tinggal dah kat rumah dia ni.. yang I tahu mak I ada kasi tanah untuk I usahakan .. I am thinking like I nak buat rumah kat situ.. tapi tu la padan muka I kahwin awal sangat kerja pun 2-3 bulan je experience...( unless kalau I masukkan blogging experience tu is it acceptable ?) I kerja juga lah dengan brand brand besar macam shopee ngan lazada... dapat juga lah payment kan walaupun kerja dari rumah je kan... so I nak letak juga experience I dalam CV I nanti...

Tapi buat permulaan untuk kehidupan menjanda.. I might thinking jadi cleaner kat sekolah dekat rumah mak I... mak I cakap RM900 je gaji... huhuhu.. so bayar rumah sewa... kemungkinan besar I cari area rumah mak I je BILIK SEWA... rasanya RM200 je tapi nak cari dekat-dekat dengan train ke lrt ke... at least nak pergi kerja naik public transportation.. ( nak beli kereta dengan gaji RM900) kena kumpul dekat RM10K juga lah nak beli kereta 2nd hand kan ) ..

hmmph lepas tu dia juga bayarkan takaful I, if husband I dah ceraikan I.. maknanya I still akan teruskan bayar tiap tiap bulan kalau mampulah.. anak anak punya biar dia bayarkan dah tu kan anak anak dia... buat anak pandai tapi tak nak jaga memang tak layak betul jadi bapak kan... huuhuhuhu...

So far I masih tak ada keinginan nak tinggal kat rumah emak I.. dah la suami dah tak sayang I dah kena cerai lepas tu nak suruh mak kita pula jaga anak anak dan tumpang rumah dia.. apa tak tahu malu ke... mak pula nak tanggung janda kat rumah dia... bapak aku confirm minta bayar sewa....

Let's say if I kerja jadi cleaner RM900 sebulan... ( bilik sewa RM200, Takaful I RM200(komitmen tinggi mungkin discard je), anak anak lagi RM200(sekolah anak , baju), Makan minum lagi mungkin I masak nasi ikan bilis sayur kobis hari-hari) hmmph transportation lagi (naik lrt mungkin rm10 satu hari kalau cuti je jimat sikit) agak agak dah lebih RM900.. hmmph kena struggle lah juga.. yela dari stay at home mom terus jadi cleaner... temporary... walaupun ada diploma tapi i tak rasa nak handle tasks yang guna otak.. i tak nak dah jadi graphic designer.. i dah tak kreatif any longer.. sebab ramai orang tak minat I punya design jadi I pasrah.... bazir betul duit bayar RM24K belajar diploma ni... kalau tahu redha je SPM bodoh jadi instafamos macam ieka tajudin tu tapi muka pula muke pesek hidung terumbang ambing tak leh berangan lah jadi macam mereka kan....

hmmph susah gak life menjanda ni... bukan kau kena struggle untuk diri kau tapi anak anak pun kena juga... kalau hak penjagaan of course la i nak jaga anak i.. dah i yang masakkan makan minum scheduled sekolah i tolong susun... i yang susukan anak i sampai pinggang nak patah takkan laki i pula dapat hak penjagaan tapi kalau bahagian kewangan tu of course lah dia boleh... lagi sedih kalau dia yang menang gak hak penjagaan sebab kewangan dia lebih stabil... sedih lah bukan dia yang bagi susu tetek pun selama 8 tahun... entahlah tapi kalau dia dapat juga.. lantaklah.. malas dah I nak fikir.. tak kisah lah kalau anak-anak I pun tak sayang dekat I.. dorang boleh dah hidup tanpa I... tssk tssk tsskk... I pun boleh enjoy life tanpa anak anak dan suami.. mungkin I akan travel alone ala-ala backpackers tengok dunia orang lain...

Kalau menjanda.. usually kan orang mesti expect janda ni jahat... suami tinggalkan sebab buruk busuk hodoh and tak reti jaga laki and so on kan.. ( benda ni lah i dok fikir ) kalau jadi janda je mesti suami ceraikan sebab tak reti jaga laki baik baik... lepas tu orang yang ada suami pula rasa takut dengan janda.. yerlah takut janda rampas laki mereka tu kan... entahlah tapi kalau I jadi janda.. I tak rasa pun nak cari lelaki lain... RIMAS dah... nanti kena jadi kuli tak berbayar lagi nak layan suami baru.. ewww Tak HINGIN ! buat apa susahkan diri kita untuk batang kan.. hmpph..( extreme pula my thought kali ni )

Haip tajuk lain cerita lain dah ni... tapi seriouslah I rasa nak ada rumah sendiri kecil pun tak apa... janji I dah tak perlu melayan dah.. perangai budak-budak... penat tau letih.. kalau 24 jam.. 24 jam lah nak melayan...

Entahlah..
I cuma rasa I perlukan SPACE.. bukan sehari bukan seminggu kalau boleh biarlah lebih lama..
tapi tu la ada sesiapa tak yang dah menjanda...
how do u survive afterwards ya ? Lebih lebih lagi yang jadi stay-at-home mom selama 8 tahun lebih.. betullah orang kata .. zaman sekarang wanita pun perlu bekerja.. sebab if anything happen at least masih boleh survive kalau suami tiba tiba buat perngai.. ( so far suami I tak ada buat benda cringey lagi la) cuma dia lebih lama spend masa dengan gajet...i pun dah terjebak..hmmph !

macam dah nampak tanda tanda... #sisredha kalau perpisahan adalah jalan terbaik.. malas nak makan hati dan asyik nak marah marah je lepas tu sama sama bercakar sama sendiri dan kena pukul tak larat tau... tapi mana nak pergi if happening.. I dah start fikir nak kena tukar anak sekolah lagi cari rumah sendiri.. nak kerja lagi.. banyak benda juga nak buat.. nak support anak anak... kalau tak ada anak anak mungkin lebih senang... tapi dah anak anak kena fikir masa depan mereka... but I tak nak menghadap dah.. buat apa ada laki kalau rasa macam tak ada laki kan.. dia lebih suka hadap handphone dia... harap bila dah mati nanti biar phone dia je yang tanam dia.... i pun suka main handphone juga dua dua sama gak.. macam mana acuan macam tu la bentuknya kan...tapi ni kita busy bersihkan itu ini... anak berak minta tolong dia cuci kita bebel sambil cuci pinggan terus dia pukul kita.. i redha kalau dia cakap cerai je... waktu tu patut dah I tinggalkan dia.. cuma sekarang I cuma nak cari cara survive je.. tak nak dah jadi stay at home mom..


PS : Cerita ni hanyalah fiksyen WHAT IF sahaja... belum terjadi pun.. hanya OVER THINKING je... sila abaikan ya... tiada kaitan antara mati dan hidup... 

Post a Comment

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com