SpongeBob SquarePants di WCT Malls sempena raikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri


Kemunculan istimewa SpongeBob SquarePants dan Patrick Star pasti menceriakan lagi suasana Paradigm Mall Petaling Jaya ( Paradigm PJ ), Paradigm Mall Johor Bahru dan gateaway@klia2 dengan bertemakan 'Seronoknya Raya' dimana mereka akan meraikan bulan suci Ramadan dan Hari Raya Aidilifitri di dataran buat kali pertama di WCT Malls bersama peminat mereka di Malaysia.


WCT Malls sangat teruja untuk menjemput SpongeBob SquarePants dan Patrick Star untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aildilfitri  bersama peminat mereka di Malaysia kerana karakter mereka sentiasa optimis dan ceria. Memang tak kering gusi apabila karakter comel ni apabila mereka berada di atas pentas dengan menyertai acara 'Seronoknya Raya' di WCT Malls.  Sekali gus dapat merapatkan lagi silatulrahim antara ahli keluarga, saudara dan sahabat baik.


Acara ini diadakan untuk memberikan sinar harapan dan kegembiraan bagi komuniti yang memerlukan pada bulan suci ini. Dua program amal #SeronoknyaMenolong iaitu 'A Library Of Hope,' sumbangan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan 'Denim Donation Drive' bagi membantu ibu-ibu tunggal telah dianjurkan oleh Paradigm Mall PJ. Inisiatif tanggungjawab sosial korporat WCT Malls telah diteruskan melalui program amal ini demi untuk menyumbang dan memperbaiki kehidupan penduduk setempat.

Program 'A Library of Hope'
Buku-buku terbaru atau terpakai digalakkan untuk dikongsi bersama-sama sama ada buku teks, buku rujukan, buku pendidikan dan sebagainaya sama ada untuk pelajar sekolah menengah atau rendah. Buku-buku tersebut boleh diletakkan dalam kotak sumbangan di Tingkat CC bermula 10 Mei - 9 Jun 2019. Buku-buku tersebut akan diserahkan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sungai Buaya, Banting.

Denim Donation Drive
Pengunjung boleh menyumbangkan apa jua jenis denim baharu mahupun terpakai di kotak sumbagan di tingkat CC bermula 10 Mei sehingga 9 Jun 2019 dalam usaha memperkasakan ibu tunggal dan kurang bernasib baik di Suri Lifestyle dengan menyediakan peluang pendapatan dan kemahiran hidup seperti menjahit, Paradigm Mall menggesa pengunjung menyubang denim baharu atau terpakai yang diubahsuai menjadi produk kraftangan yang unik.



Catat Malaysian Book Of Records bagi Belon Karakter Kartun Terbesar

Sempena Ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke -20, ruang legar WCT Malls akan dihiasi menjadi dunia magis bawah laut yang akan memeriahkan lagi musim cuti peminat setia mereka, selain dapat bersama mereka, peminat, keluarga dan kanak-kanak di seluruh dunia juga dapat beramah mesra dan bersua muka semasa sesi bergambar dengan SpongeBob SquarePanrs dan sahabat baiknya, Patrick Star.

Apa yang memeriahkan lagi 'Seronoknya Raya' adalah WCT Malls akan dihiasi dengan rumah nenas bawah laut yang terkenal, jualan cenderahati unik termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad, barangan antik dan baharu, mainan mewah, belon SpongeBob SquarePants terbesar dan banyak lagi !

Belon SpongeBob SquarePants terbesar dengan ketinggian 11 meter dan selebar 6 meter dapat disaksikan sendiri oleh Pengunjung Paradigm Mall di JB selain terdapat juga 20 patung SpongeBob SquarePants bersaiz sebenar dan para pengunjung dapat bergambar dan dijadikan sebagai kenangan dalam media sosial mereka. Paradigm Mall JB juga turut meraikan kejayaan mencatat Malaysian Book Of Records bagi belon karakter terbesar di Malaysia.



Antara barangan yang anda boleh beli di sini adlah seperti :


Sabun mandian untuk anak-anak..


Keperluaan ke sekolah..


Pakaian T-shirt kanak-kanak lelaki..


Pakaian T-shirt untuk kanak-kanak perempuan..


Comel gila kan Goodies Bag SpongeBob Squarepants ni, dalam tu siap ada badge kawan-kawan SpongeBob SquarePants Juga tau termasuklah sampul duit raya dari WCT Malls dan sampul duit raya SpongeBob Squarepants dan Patrick ! Penebusan boleh dibuat jika anda berbelanja di mana-mana WCT Malls !

1 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com