Resepi Mudah : Ragam Kentang U.S di pagi raya


Hari raya sememangnya sinonim dengan kemeriahan. Sudah tentu yang menyambutnya dari kalangan mereka yang merayainya. Jadi kali ni I cuba buat sesuatu yang boleh dimakan dan digemari oleh pelbagai peringkat usia. Paling penting bahan yang mudah, sedap, enak dan berkhasiat boleh digunakan dalam resepi Ragam Kentang U.S di pagi raya tahun ini.

Tahukah anda Kentang U.S :

Secara semulajadi mengandungi nutrien-padat. Satu bersaiz sederhana (148gram) kentang mempunyai :
• Hanya 110 kalori
• Tiada lemak, tiada natrium, tiada kolesterol
• 30% daripada nilai harian vitamin C anda
• Lebih banyak kalium daripada pisang (15% daripada nilai harian)

Ianya adalah salah faham bahawa kentang itu adalah makanan yang menggemukkan. Kentang boleh menjadi sebahagian daripada rejimen pengurusan berat badan: Kentang mengenyangkan anda, bukan sebaliknya. Beberapa penyelidikan mencadangkan ...

1. Kentang adalah salah satu makanan yang paling mengeyangkan boleh mengurangkan rasa lapar dengan lebih baik dari makanan rutin harian yang lain..

2. Anda boleh memasukkan kentang sebagai sebahagian daripada program penurunan berat badan kerana Ia adalah kalori yang dikira, tidak menghapuskan nutrisi makanan tertentu.


Adakah anda tahu nama-nama yang berbeza jenis kentang beku U.S. yang boleh didapati di Malaysia? Antara kentang yang I pos dalam gambar diatas membolehkan anda untuk mencari mereka di pasar raya dan pasar raya besar dengan mudah.

Pemproses kentang U.S menggunakan teknologi state-of-the-art untuk memenuhi industri tinggi berpiawaian. Produk telah siap disejuk bekukan untuk mengunci rasa, kesegaran dan nutrien kentang.

Antara menu yang biasa dihidangkan adalah seperti pulut kuning, ketupat, rendang ayam, kari ayam, daging kambing dan pelbagai lagi. Jadi dengan sedikit pengolahan.. kentang kali ni I buat ala-ala hash brown tapi dengan wajah pelbagai emosi.


Bahan-bahan untuk 'kentang pelbagai emosi' :

  • Kentang U.S 2 biji
  • Tepung jagung
  • Garam bukit secukup rasa
  • Serbuk roti ( optional )
Cara nak buat 'Kentang pelbagai emosi' :
  • Rebus kentang sehingga lembut
  • Tos dan lecekkan.
  • Serbuk roti tu boleh bakar roti yang sedia ada lepas tu kisar sehingga halus.
  • Sebatikan dengan tepung jagung, serbuk roti dan garam bukit sehingga menjadi doh.
  • Bentukkan wajah menggunakan acuan, mata gunakan straw dan mulut boleh guna sudu.
  • Panaskan minyak dan goreng 'kentang pelbagai emosi' sehingga kuning keemas-emasan.


Bahan untuk Kari Ayam berkentang U.S :

  • Ayam
  • Kentang U.S
  • Lengkuas
  • Halia Bentong
  • Bawang merah
  • Serbuk Kari
  • Santan
  • Daun limau purut
  • Kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih bunga lawang ( 1 sahaja )
  • Garam bukit
  • Gula merah
  • Minyak kelapa
Cara nak buat Kari Ayam berkentang U.S :
  • Rebus Ayam dan Kentang U.S sehingga empuk dalam sebuah periuk dan biarkan.
  • Kisar sehingga halus Halia Bentong, lengkuas, bawang merah.
  • Tumis bahan yang dikisar dengan serbuk kari termasuklah daun limau purut, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang dengan minyak kelapa.
  • Masukkan bahan yang ditumis tadi ke dalam periuk yang berisi rebusan ayam dan kentang U.S
  • Panaskan api secara perlahan dan masukkan santan secara berkala.
  • Kacau secara perlahan-lahan sehingga bahan pecah minyak tau.
  • Masukkan gula merah dan garam bukit secukup rasa.
Hidangkan mengikut kreativiti masing-masing. I gunakan kulit buah naga untuk masukkan pulut kuning dan kari ayam. Yang kentang pelbagai emosi tu i letakkan atas hiasan daun-daun.

Selamat menjamu selera !

Oh ya sebelum I lupa sebenarnya kentang U.S ni sangat mudah didapati di pasaraya besar berdekatan anda tau.  Dah ada jual siap-siap dalam bentuk wedges, hash brown dan french fries which is you goreng je. Tapi kalau nak buat mashed potatoes atau letak dalam kari ke, gulai ke beli yang jenis belum kupas lagi tau. Banyak sangat khasiat dalam kentang dari U.S ni rasa dia pun enak dan sedap. hee.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com