Program Nak Ubah Hidup | RichWorks



Dah hampir sebulan I cuba kuatkan semangat untuk bertahan dari 'feeling down lately' kemungkinan besar sebab terlalu banyak komitmen dan taks kerja yang perlu diselesaikan dalam tempoh segera sehingga rasa macam tak terkejar, letih dan penat dengan usaha yang sedikit ni.



Tapi kali ni Alhamdulillah I dapat peluang untuk mengikuti Program dari RichWorks dengan topik Nak Ubah Hidup. Satu-satunya program yang sedikit sebanyak kemungkinan besar boleh membantu I keluar dari masalah dan cabaran hidup yang sama setiap tahun. Impian I terlalu banyak ada satu ketika I berangan untuk memiliki kedai emas sendiri dan mempunyai produk kecantikan berasaskan emas yang sesuai untuk semua jenis dan masalah kulit tapi masih belum tahu lagi bagaimana nak memulakan impian ni, terasa seperti 1001 penghalang yang ada untuk mencapai cita-cita ni ataupun I masih belum ada 'planning' yang tepat untuk merealisasikan impian I ni.

Semasa berada di Program anjuran RichWorks ni.. Ya Allah penuhnya dewan lebih dari 2000 peserta berada dalam tu. Semuanya sangat bersemangat, siap ada ahli perniagaan yang sudah berjaya, selebriti dan pengasas produk yang turut menyertai program ni. Bagi I program ni sememangnya sangat bagus sebab ianya dapat memotivasikan sesiapa yang masih tiada idea, yang masih belum ada arah tujuan dan mereka yang ingin mendapatkan ilmu dalam perniagaan. I harap dengan adanya sedikit ilmu I sempat grabbed dari program ni dapat memberikan semangat kepada I untuk terus rajin berusaha dan kurangkan rasa 'feeling down' tu. hee.



Kuasai potensi diri, kewangan dan bisnes pada 30 Ogos - 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC), Setia Alam, Shah Alam di mana program 3 hari ini akan menghimpunkan USAHAWAN-USAHAWAN yang serius Nak Ubah Hidup mereka dari keadaan yang teruk, perasaan tak puas hati dan kecewa kerana sentiasa 

gagal dan tak capai apa-apa.

Lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks setelah 11 tahun ditubuhkan. Ramai diantara mereka yang hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga.


Program yang dijalankan oleh Richworks sehingga harini adalah sebagai peluang untuk membantu lebih ramai orang dengan berkongsi ilmu bagaimana mereka boleh Ubah Hidup dengan menguasai potensi diri, kewangan dan bisnes terutamanya untuk mereka yang merasai bahang daripada tekanan ekonomi sama ada yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana. Paling terasa sekali ialah I yang tidak bekerja  ditambah lagi dengan kesan peningkatan harga barang serta kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara kerana nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ni.


Kemajuaan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan telah berjaya dilahirkan dibawah Master Coach Richworks Dr Azizan Osman yang telah bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada sejak dari 2008 menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.



Menurut beliau, sebagai individu mungkin tidak mampu mengubah ekonomi dunia tetapi melalui platform  program ini merupakan salah satu inisiatif beliau dapat membantu lebih ramai orang terutamanya bangsa Melayu untuk memperkasakan diri dan bangsa dengan ilmu dan formula untuk melonjakkan keupayaan diri.

Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan ( IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018 yang lalu kini isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih IMPAK dari Program IMKK sebab program ni dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan beliau untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.




RichWorks International Sdn Bhd
Untuk maklumat lanjut, sila layari :
Email : inquiries@richworks.com.my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com