Nikmati hidangan istimewa disediakan oleh Resorts World Genting sempena Ramadan pada Mei ini


Raikan bulan suci umat Islam dengan pelbagai hidangan lazat

Meraikan kedatangan bulan suci Ramadan, Resorts World Genting sekali lagi megajak semua rakyat Malaysia dan luar negara menjadi tetamu untuk berbuka puasa di atas puncak gunung bermula bulan Mei ini sehingga sebelum Hari Raya Aidilfitri pada 4 Jun dimana menyambut bulan suci Ramadan adalah salah satu menunaikan Rukun Islam.


Resorts World Genting berbangga dapat menyediakan pelbagai hidangan masakan Melayu terbaik setiap kali Ramadan tiba untuk dinikmati semua pengunjung termasuk yang bukan islam kerana ianya juga bagai satu tradisi buat sesetengah pengunjung sambil menikmati satu percutiaan pendek di Resorts World Genting. Meriakan kedatangan Ramadan dengan berbuka puasa bersama keluarga dan taulan dapat memupuk semangat bersatu hati.


Menawarkan lebih dari 100 hidangan, tahun ini Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House, Resorts World Awana kembali lagi dengan bertemakan Bazaar Malam di Awana dimana pilihan gerai makanan dan minuman untuk dinikmati diatur sama seperti berada di pasar malam.


Gerai Acap Teh Tarik ni adalah 'port beverage' yang wajib setiap pengunjung rasa sebab tek tarik Acap memang kaw-kaw habis.. rasa teh memang kuat tau... rugi tak cuba...


Jangan lupa mencuba sendiri lebih 40 jenis kuih Melayu di Taman Manisan 'Che Re' yang terdiri daripada juadah termasuk kuih lapis, kuih talam, kuih lompang, ondeh-ondeh, kuih dangai, kuih akok, kuih bingka, kuih kole kacang, kuih lompat tikam, badak berendam dan kuih bunga tanjung.

Melengkapkan hidangan bufet adalah seleksi pelbagai sup, tori dan nasi. Janganlupa tinggalkan sedikit ruang untuk menikmati snek seperti Keropok lekor, apam balik, durian goreng, pisang bakar kelapa parut/cempedak goreng dan rojak.


Bagi yang gemarkan benda goreng-goreng haaa dekat sini siap ada pisang goreng, keledek goreng, keropok lekor... memang sedap kalau dicicah sekali dengan sos serta kicap cili api.


Apam balik pun sejenis juadah yang tidak mungkin akan dilepaskan oleh sesiapa yang tengok ni.. mesti nak grab satu dua juga kan.. sanggup beratur lagi untuk tunggu apam ni siap garing... heheh..


 Chocolate fountain ber'mashmallow' ni bukan kanak-kanak je suka ... kita yang tua tua pun suka.. hhehehe..


Buah-buahan pula adalah menu paling wajib bagi yang menjaga kesihatan.. boleh pilih makan sebelum atau selepas berbuffet di Gerai Pondok buah. Terdapat pilihan seperti Tembikai, Nangka, Buah Naga, Rambutan, Pisang dan Betik.


Pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri hidangan nasi beriyani..


Murtabak juga adalah hidangan paling popular ketika bulan Ramadan..


Terdapat juga gerai yang menyediakan Pais Ikan Tempoyak, Nasi Kandar/Beriani di Gerai Gopal, Ram Lee Wow Burger..


Jangan ketinggalan untuk menikmati hidangan istimewa Rajawali iaiti 'Awana Rendang Tok.


Kemeriahan pilihan makanan tidak terhenti disitu sahaja kerana terdapat 15 hingga 20 gerai menyediakan pelbagai hidangan istimewa masakan Melayu sebagai hidangan utama dari seluruh pelusuk negara. Di Gerai Rosnie, sajian utama disediakan adalah Kambing Panggan Australia dengan sos lada hitam dan pudina.


 Setiap gerai turut menyediakan satu sajian istimewa seperti Ayam Percik, Otak-Otak dan Sate.


Otak-otak antara menu snek sihat yang menggunakan ikan bukan otak ya hehehe...


Ayam Percik sememangnya enak sekali jika dinikmati waktu panas-panas kan nak pula kuah yang likat berkacang memang menu tidak boleh ditinggalkan.


Makanan Laut memang enak dinikmati dengan pembuka selera seperti ulam-ulaman zaman Jepun seperti Pegaga, Ulam Raja, Terung pipit, terung bulu, petai, pucuk janggus, pucuk mata itik, umbut kelapa dan jantung pisang.


Terdapat juga gerai Merdeka Kerabu yang menyediakan pelbagai pilihan termasuk Udang, Sotong Ikan dan ketam serta tidak dilupakan seleksi jeruk tradisional seperti Jeruk Nonya Masdor, Jeruk Kelubi, Jeruk Mempelam dan Jeruk Salak.


Sambal udang petai paling kegemaran.. sedap habis..


Sup Meletup 'Abe' Awana pun wajib CUBA guys ! Menu paling sedap jika dimakan dengan mee, meehoon and pelbagai... jangan lupa letak cili kicap sekali..


Durian Goreng ni antara yang paling SEDAP kami pernah cuba.. sedap gila uiiihhhh ni rasa nak singgah lagi Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House.

Bufet Ramadan di Rajawali Coffee House ( 6 petang- 9.30 malam ) berharha RM118/nett untuk orang dewasa manakala kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah serta warga emas ( 60 tahun ke atas ) dikenakan bayaran sebanyak RM59.

Selain pelbagai hidangan yang ditawarkan di Rajawali, terdapat juga pilihan tempat makan lain yang turut menawarkan bufet Ramadan bermula 6 Mei hingga 5 Jun 2019.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi +603 6101 1118 atau layari www.rwgenitng.com. Untuk tempahan di Rajawali Coffee House, sila hubungi 016-3880390/03-64369000 (samb:7605)

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com