BUFFET RAMADHAN 2019 @ VILLA ISTANA MELAKA


Villa Istana Melaka yang terletak di Ayer Keroh menawarkan Jom Berbuka Puasa Ala Istana & Hotel 5 bintang, Tapi Harga Sangat Bepatutan! First time I tengok buffet di Villa. Cantik betul rekaan bangunan terasa seperti ala-ala orang kaya makan kat sini. Villa Istana Melaka ni kalau 'you all' nak tahu pernah dijadikan lokasi set penggambaran dalam drama 'Jodoh-Jodoh Annisa' yang kini ditayangkan di Astro Prima.

Sepanjang Bulan Ramadan 2019 ini, sajian Menu Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka menyajikan pelbagai sajian tradisional dan moden yang digabungkan dengan aneka juadah yang menjadi 'Menu Wajib' pada bulan Ramadan ini. Antaranya ialah Kambing Grill, Nasi Beriani dan Nasi Serai yang dihidangkan dengan Ayam Masak Merah, Ayam Goreng Rempah, Daging Bakar Masak Lemak Cili Padi, Daging Dendeng, Daging Rendang dan banyak lagi yang pasti akan memberikan 1001 pengalaman berbuka puasa yang tidak akan dilupakan dengan perkhidmatan layanan yang cemerlang bertaraf 5 bintang bakal memenuhi citarasa ramai.

Villa Istana Melaka ini sentiasa menjadi tempat untuk berbuka puasa bersama ahli keluarga, rakan sepejabat dan majlis meraikan anak-anak yatim diamana kemudahan yang disediakan ialah seperti suasana dewan makan yang selesa serta dilengkapi dengan penghawa dingin dan mampu memuatkan 500 tetamu dalam satu masa serta wifi percuma.

Selain daripada itu juga,, bilik penginapan ekslusif juga disediakan untuk pengunjung musafir yang ada urusan lanjut di Negeri Melaka Bandar Bersejarah.  Villa Istana Melaka turut menyediakan ruang parking kereta yang luas, tandas awam, bilik solat khas yang dilengkapi dengan sejadah, selipar serta tempat wuduk agar para pelanggan dapat menunaikan solat Maghrib & Isyak dengan selesa selepas berbuka puasa. 

Buffet Ramadhan 2019 @ Villa Istana Melaka akan berlangsung pada 10 Mei hingga 1 Jun 2019. 
Para tetamu juga akan didendangkan dengan persembahan hiburan islami dari Kumpulan Nasyid Unggul SaffOne yang akan menghiburkan para tetamu sepanjang bulan ramadhan ini. 

















HARGA Harga Nilai Hebat yang ditawarkan adalah RM45.00 untuk dewasa dan RM29.90 untuk kanak-kanak. Anda digalakkan membuat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan! Tempahan untuk keluarga, korporat dan berkumpulan juga di sediakan dengan tawaran pakej yang sangat menarik. Tempahan awal juga digalakkan untuk majlis korporat bagi memastikan majlis berbuka tersebut berjalan dengan lancar dan selesa. 

Ni rasa nak singgah Melaka time bulan Ramadan ni. Teringin nak nikmati hidangan dan servis yang mewah tapi dengan harga yang berpatutan. Memang tak rugi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
VILLA ISTANA MELAKA 
Lot 11319 PM1313 Jalan TU1, 
Taman Tasik Utama Ayer Keroh, 
Melaka. 
06 - 233 0205 / 017 - 340 8715 / 016 - 790 0804 / 010 - 794 0115 / 017 - 335 7466 

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com