Bufet Cahaya Ramadan di Bangi Resort Hotel


Semarakkan semangat bulan Ramadan keluarga, sahabat handai dan kawan sekerja di restoran Funtasia yang mesra keluarga. Bangi Golf Resort menyambut kedatangan Ramadan 2019 dengan kepelbagaian adat dan tradisi hidangan Malaysia bersama beberapa hidangan kegemaran antarabangsa di Restoran Funtasia. Daripada hidangan pembuka selera seperti rojak pasermur ke pemanis mulut sesejuk gelato dan banyak lagi antaranya, semestinya ada sesuatu yang menarik untuk semua menjamu selera.

Terletak di perbadaran Bandar Baru Bangi yang kian pesat membangun, Bangi Resort Hotel terletak hanya 30 minit dari pusat Bandar Kuala Lumpur dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur melalui jaluran lebuhraya utama. Perbandaran Putrajaya, Cyberjaya, Cheras dan Kajang hanya 15 ke 20 minit jarak pemanduan. Parkir adalah percuma untuk semua pengunjung dan kemudahan surau juga disediakan di tingkat 1 dan 2.


Funtasia ialah sebuah restoran berkonsepkan bufet yang menyediakan hidangan tempatan, barat dan bermacam lagi gerai di mana chef-chef hebat beraksi di depan mata para pelanggan menyediakan hidangan yang menyelerakan sekaligus menjanjikan pengalaman luarbiasa di alam 'wonderland' kulinari.


Bubur Lambuk Ayam semestinya menu yang perlu dinikmati terutamanya ketika bulan Ramadan.


Siapa sangka pizza juga adalah menu yang agak meyelerakan apabila tiba waktu Ramadan ni kan.


Makanan ala- ala Jepun pun turut berada di Funtasia, Bangi Resort Hotel.


Pelbagai aneka kuih-muih Tradisional Melayu sebagai manisan mulut.


Pemanis mulut seperti ais kacang dan cendol juga bakal menghilangkan dahaga dan penat setelah seharian berpuasa.


Stesyen makanan untuk kanak-kanak antaranya popcorn, nuget, wedges dan gula-gula.


Serawa durian antara menu kegemaran Rakyat Malaysia.


Buah-buahan tempatan turut disediakan di Bangi Resort Hotel.


Antara menu istimewa di Bangi Resort Hotel ialah aneka bahagian daging lembu.


Roti John juga antara kegemaran Rakyat Malaysia.


Roti Canai.


Kari kepala ikan.


Nasi Kerabu dengan ayam goreng berempah.


Pau pelbagai jenis perisa.

 
Kuew Teow.


Kambing bakar.


Satay Daging dan Kambing.


Dim Sum.


Tahun ini Chef di Bangi Resort Hotel menyediakan lebih dari dua ratus pilihan hidangan Malaysia dan antarabangsa. Daripada hidangan pembuka selera yang dipamerkan di atas 'Ferris Wheel' setinggi 12 kaki hingga kambing golek bakar, satay Malaysia dan BBQ ala-ala Mongolia. Di antara hidangan kegemaran di restoran Funtasia ialah Gyoza Hepung, nasi georeng robo-wok, hidangan ekslusif sup tulang dan sup kambing, kari kepala ikan dan serawa durian. Tidak lupa juga pemanis mulut seperti ais kacang dan cendol, kuih ketayap yang dimasak secara langsung dan gelato berlainan perisa setiap hari.


Tarikan istimewa buat bufet tahun ini ialah kehadiran robot barista bernama 'Robbie' yang boleh meyediakan aiskrim dan minuman berasaskan kopi. Semua ini dan banyak lagi untuk memenuhi kepuasan pengunjung yang hadir di Bangi Resort Hotel. Dapur Funtasia, Harmoni, pastry dan bankuet adalah disahkan halal oleh JAKIM.


Persembahan lagu-lagu menjelang Hari Raya turut didendangkan di Bangi Resort Hotel.


Harga promosi dalam talian bermula dari 15 Mac hingga 15 April 2019 untuk 100 tempat terawal ialah RM75+ (dewasa) dan RM37.50+ (kanak-kanak). Selepas tempoh itu, harga talian ialah RM85+ (dewasa) dan RM42.50+ (kanak-kanak). Tempahan melalui telefon dengan pra-bayar minimum 24 jam ialah RM90+ (dewasa) dan RM45+ (kanak-kanak). Harga biasa bufet ialah RM120+ (dewasa) dan RM60+ (kanak-kanak). Bagi setiap pelanggan dewasa untuk promosi Buffet cahaya Ramadan, RM3.50 akan disalurkan ke tabung Islamic Relief Malaysia.

Untuk tempahan, hubungi 03-8210 2222 atau e-mail fb.reservations@hotelbangi-putrajaya.com. Lawati www.bangiresorthotel.com untuk maklumat lanjut dan promosi terkini.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com