SEA LIFE MALAYSIA menyambut kumpulan Ikan Pertama untuk Akuarium Interaktif di LEGOLAND® Malaysia


SEA LIFE Malaysia menyambut kumpulan ikan pertama untuk Akuarium interaktif pertama dengan menggunakan elemen LEGO® di Malaysia yang bakal akan menempatkan 13,000 haiwan laut yang lain.

Pada 23 Februari 2019 yang lalu I berkesempatan untuk menyaksikan sendiri lebih dari 23 spesies ikan termasuk Bala Sharks, Rasboras dan Tinfoil Baarbs iaitu spesis haiwan laut zon habitat ekslusif yang hanya boleh didapati di SEA LIFE Malaysia. Pembinaan yang semakin siap bakal melengkapi LEGOLAND® Malaysia dan SEA LIFE Malaysia bakal dilancarkan pada April 2019.

LEGOLAND® Malaysia Resort telah menjadikan langkah ini sebagai komitmen untuk untuk membawa tarikan menarik untuk para tetamu yang hadir , SEA LIFE Malaysia akan menampilkan 13,000 haiwan  laut dari 11 zon habitat yang berbeza termasuklah Stingrays, Jerung Zebra, Jerung Reef Black Tip dan kuda laut.

Tangki terbesar yang dimuatkan dengan 400,000 liter air iaitu The Ocean Tank mempunyai terowong di mana pelawat boleh merasai sendiri pengalaman hidup seperti ikan jerung,  ikan pari dan haiwan laut lain yang berenang di sekeliling zon habitat terbesar di dalam akuarium. SEA LIFE Malaysia juga akan mempunyai kolam sentuhan interaktif di mana kanak-kanak boleh mendapatkan pengalaman dan berinteraksi dengan haiwan laut secara lebih dekat dan secara peribadi.
"Ketibaan ikan merupakan satu peristiwa penting dalam pembinaan SEA LIFE Malaysia, pembukaan secara besar-besaran akan berlangsung pada April 2019. 'Aquarist' SEA LIFE telah bekerja dengan gigih untuk memastikan air, kesihatan dan keselamatan haiwan laut di SEA LIFE memenuhi piawaian. Kumpulan ikan pertama telah dibiasakan dengan persekitaran baru mereka, 'Aquarist' tersebut turut menyatakan akan membawa ikan yang lebih besar seperti itu seperti ikan pari dan jerung dalam beberapa minggu yang akan datang, "kata Kurt Stocks, Pengurus BesarLEGOLAND® Malaysia Resorts.

"Melalui SEA LIFE Malaysia, anak-anak dapat mengetahui kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hayat laut melalui pengalaman interaktif yang direka di akuarium. Di samping itu, SEA LIFE Malaysia akan menjadi satu-satunya SEA LIFE di rantau ini yang akan menggabungkan konsep akuarium interaktif dengan elemen LEGO® yang unik, "Kurt tambahnya.

Untuk meraikan pelancaran SEA LIFE Malaysia, LEGOLAND Malaysia menawarkan Pemegang yang mempunyai MyKAD sebagai tawaran awal untuk pemegang pas tahunan baru  dalam tempoh masa terhad sahaja. Untuk harga tiket combo sehari hanya RM263 untuk dewasa manakala RM209 untuk kanak-kanak berusia antara 3 - 11 tahun, rakyat Malaysia yang mempunyai pas tahunan akan mempunyai akses tidak terhad sepanjang tahun ke LEGOLAND® Theme Park and Water Park dimana SEA LIFE Malaysia akan dibuka pada April 2019, pemegang pas tahunan juga akan mendapat akses percuma ke akuarium. 

Pas tahunan yang baru kini sudah boleh didapati untuk pembelian sila layari Laman web rasmi LEGOLAND® (https://www.legoland.com.my/). 

Untuk kemas kini terkini mengenai promosi dan aktiviti, sila layari  melalui Facebook dan Instagram LEGOLAND®.


Sebelum memasuki kawasan pembinaan SEA LIFE kami diberi penerangan mengenai keselamatan yang perlu dititikberatkan supaya dapat mengelak perkara yang tidak diingini terutamanya kanak-kanak.


Antara langkah-langkah untuk keselamatan terjamin.


SEA LIFE Rescue Rangers yang terpilih berdasarkan kreativiti masing-masing ketika sesi pemilihan dibuat.


Tangki air di bilik kuarantin.






Sementara menunggu giliran untuk melepaskan ikan ke akuarium kami diberi penerangan mengenai habitat haiwan laut. Kemudia ada sesi kuiz dapat mainan lego. Best tau. Banyak ilmu yang kami dapat ketika sesi beramah mesra ni.


SEA LIFE Rescue Rangers di beri penerangan bagaimana untuk memasukan ikan di dalam tangki akuarium supaya ikan tak melompat keluar mengejut nanti. Hehe.


Kumpulan kedua SEA LIFE Rescue Rangers berhati-hati untuk melepaskan ikan ke dalam tangki Akuarium.


Selamat datang ke rumah baru.


Tak sabar menanti spesis ikan yang baru dalam tangki berbentuk terowong ni.


Jangan lupa tangkap gambar kat sini bila berada di sini nanti ya.


Nantikan SEA LIFE Malaysia pada April 2019.


Hanya di LEGOLAND® Malaysia, jangan lupa dapatkan tiket anda sekarang juga.

6 ulasan :

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com