Jadi Zombie untuk kecilkan liang pori dan awet muda ?


Tolong I dah jadi Zombie, so yang mana sudi jadi volunteer mangsa 'brain-sucker' I, hee. Haha !


Sekarang ni tak perlu pakai kesan solekan khas dah untuk dapatkan wajah ala-ala zombie tau, bukan sahaja buat muka nampak macam zombie malahan pada masa yang sama pek ini boleh mencantikkan kulit wajah terutamanya bagi yang menderita masalah liang pori yang besar dan kulit dah nampak lebih tua dari sebelum usia.

Let me introduced to you guys satu produk yang baru I cuba dan produk ni agak impressive juga for the first timer iaitu SKIN1004 Zombie Pack & Activator Kit.


Dalam pek ni ada 8 pek Zombie Pack powder dan 8 zombie pack activator. Penggunaan dalam 2x seminggu atau ikut masalah kulit yang di alami.


Zombie Pack Powder ini ialah sejenis topeng wajah yang mempunyai kandungan seperti albumin dimana ianya membantu untuk menganjalkan kulit wajah dan mengecilkan kembali masalah liang pori besar. Terdapat juga bahan semulajadi yang membantu merawat 9 masalah kulit seperti menyingkirkan sel kulit mati, mencerahkan kulit, menganjal, melembab, seimbangkan kulit, menegang dan mencantikkan kulit. Disyorkan untuk yang tak ada masalah lemah hati sahaja.

Bahan dalam pek Zombie :
Albumen, Zea Mays (corn) starch, silica, allatoin, aloe barbadensis leaf extract, panthenol, lavandula angustifolia (Lavender) Oil, Propolis extract, fragrance


SKIN1004 Zombie Pack ( Activator- Liquid Type ) ialah sejenis ekstrak untuk memperbaiki keanjalan kulit. Cara nak guna ialah buka Zombie Pack Powder dan Activator, campur kedua-dua bahan dengan berus kemudian sapukan pada keseluruhan wajah kecuali bahagian mata, bibir dan rambut. Biarkan selama 10-15 minit kemudian bilas dengan air suam jangan lupakan gunakan penyegar pada wajah.

Bahan dalam  SKIN1004 Zombie Pack ( Activator- Liquid Type ) :
Water, Butylene Glycol, 1,2-Hexanediol, Niacinamide, Centella Asiactica Extract, Aloe Barbadensis Leaf Extract, Hippophae Rhamnoides Extract, Betula Alba Juice, Anastatica Hierochuntica Extract, Adenosine, Allantoin, Phanthenol, Copper Tripeptide-1, Glycerin, Sodium PCA, Disodium EDTA, Arnica Montana Flower Extract, Echinacea Angustifolia Extract, Commiphora Mukul Resin Extract.


Seperti I, I secara asasnya memang mempunyai masalah liang pori besar sebab I ialah bekas pesakit severe acne once upon a time ago.. So I think product ni so far not bad it helps a bit. Usia I pun tak lama lagi nak masuk 30 tahun masalah kulit wajah saggy pun merupakan a big fear juga untuk I. I found that SKIN1004 Zombie Pack & Activator Kit ni sedikit sebanyak  membantu juga untuk merawat masalah kulit yang I alami. Powder tu juga ada kandungan serbuk telur. So bau produk ni macam telur pun ada. Masa I sapu produk ni pada wajah I rasa sejuk-sejuk.. lepas tu dalam masa 5-10 minit produk ni dah mula membentuk wajah I jadi zombie tau sambil menegang dan tarik tarik kulit I. Muka jadi keras and nampak berkedut memang dah tak macam muka orang dah time tu. Lepas dah sekitar 10-15 minit tu I cuci pakai I suam. Impressive bila cucui wajah tak susah senang je produk ni cair dari wajah bila kena air. Walaaaaohheh.. lepas dah bersih kulit wajah I jadi sangat bersih dan segar. Lepas tu I teruskan pemakaian skincare yang lain.

I noticed kulit wajah I nampak lebih glowing dan berseri selepas. So far I impressed I bagi 4.5/5 bintang. Lepas ni waktu Halloween pakai je Zombie Pack ni jimat masa nak cuci pun senang ! :) Boleh diamalkan selalu dan boleh dilakukan di rumah sahaja, so no worries ! :) Lagipun Zombie Pack bagi instant effect, mesti you all suka punya.

Jenama SKIN1004 boleh didapati di WAKO dan jangan lupa dapatkan sekotak Zombie Pack 1 (4EA) pada RM 40 (promosi sah dari 11-13 Mac)

SKIN1004 di One Pharmacy dan jika anda membeli sekurang-kurangnya RM 30, anda boleh dapatkan 1x Free SKIN1004 Mask dengan menunjukkan blogpost (Jadi penebus 50 yang Pertama) dan anda juga boleh nikmati diskaun 10% untuk produk SKIN1004 I ni tau..

↦4 packs: http://bit.ly/syazombie4
↦8 packs: http://bit.ly/Sya_zombiepack
Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Beli di sini : http://bit.ly/syazombie4
Instagram : @skin1004malaysia
Hashtag : #skin1004 #zombiepack

16 ulasan :

  1. Melekit tak or ada rasa mcm tingling x bila tgh pakai?

    BalasPadam
  2. aduimak macam kejung muka tuh kak lily tengok tapi kalau kesannya bagus apa salahnyer kan. terbaek ni. i likeee

    BalasPadam
  3. Catchy la nama dia zombie. Kalau boleh membuatkan kulit kita cantik best la kan pakai ni. Harga pun masih mampu milik. Ada bau telur? Mesti ada bau hanyir sikit kan?

    BalasPadam
  4. wow lepas ni lebih glowing lah kulit wajah. teringin juga nak cuba sebab banyak juga bintik hitam di muka. suka bab-bab nak mencantikkan kulit muka, almaklumlah umur dah meningkat remaja haha.

    BalasPadam
  5. woww macam best jee zombie pack ni! Harga pon boleh kata murah jugak tuu, Rm40 je per set cmni, nicee! Suka tengok instant effect glowing dia tu, tu semua laa yg buat rasa nk pakai everyday jee tu kan haha! mmg nmpk fresh & berseri tau after you guna zombie pack ni, besttt. nnt i nk try jugak laa mmg favourite i jenis2 mask and face kit mcm nii 😍

    BalasPadam
  6. This mask sounds so cool! Nak try juga plus what attracts me is the pricing, super affordable and I can see that it really works.

    BalasPadam
  7. bunyi macam scary je zombie tu tapi bila dah paaki mesti rasa lega dapat rest muka. wah dah lama tak sapu masker kat muka..boleh la try pack zombie ni

    BalasPadam
  8. Hehehe macam-macam nama le pulak kan...tapi sesuai le nama tu lepas masker tu kering..:D. Sis tengok rasa nak tarik2 pulak mask tu..dia punya menarik tu lain macam je. Kalau bagus dan memang tutup pori2 memang sis nak cuba lah..pori2 kat muka sis ni memang besar

    BalasPadam
  9. Bila dah kering tu dia mengeras mesti kejung je rasa muka tu kan. Hahahaha. Dia boleh melembapkan k ? Sbb biasanya mask sebegini akan mengeringkan kulit muka. Tp nampak u pakai mcm okay saja. So it should be fine kot

    BalasPadam
  10. Samaaaa i got big pores, since u pun pernah having an acne problem, i think i can trust this to try utk kecikkan my pores. mcm best pulak nengok berkedut bila kering gitu.

    BalasPadam
  11. Kalau untuk jadi cantik jadi zombir pun i sanggup. Bila umur dah makin meningkat memang macam macam masalah kat muka ni timbulkan .Kadang kadang geram je tau .Nanti i nak try nugak lah produk ni. Nak jugak jadi zombie

    BalasPadam
  12. Terkejut lak baca bila sebut zombie hahahahaha . Rupa²nya mask muka zombie. Bagus juga ni sebab cx pon sejenis liang pori besar. Bila ntah nak mengecil. Hahaha. Boleh cuba beli ni, kot² elok kulit muka cx ni. Almaklum dah 3series. Kedutan mula muncullah tu. Hehehe

    BalasPadam
  13. wa the SKIN1004 Zombie Pack & Activator Kit tu nampak best. I like how complete the kit is. Tips to more beautiful skin kan hehehe

    BalasPadam
  14. Menarik idea untuk guna semasa Halloween nie. Rawlins nak try la kelak. Harga dia pun berpatutan so boleh la simpan buat stok kat rumah. TQ sharing info nie.

    BalasPadam
  15. ni macam zombie lawooo jer hahahah..tapi menarik jugaklah produk terbaru di pasaran...boleh cuba sbb nampak keberkesanannya agak ketara...

    BalasPadam
  16. Oh yes I tried this also and i was shocked juga la when i see my zombie face. The effect bagus sebab memang nampak the pores are tightened.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com