70 Aktiviti menarik WAJIB diterokai di LEGOLAND® Malaysia

Kingdoms
Bagi yang masih belum terokai LEGOLAND® Malaysia apa kata waktu cuti sekolah nanti jika yang mempunyai masa lapang nanti dan jangan lupa tau bawa anak-anak ke sini. Bukan sahaja kanak-kanak dan ibubapa malahan semua jenis umur dapat alami sendiri keseronokan apabila berada di taman tema LEGO® terbesar dalam Asia ni.


LEGOLAND® Malaysia Resort merupakan gabungan antara Taman Tema LEGOLAND®, Taman Air dan Hotel di satu lokasi yang bertemakan mainan LEGO®. Ia adalah destinasi percutian keluarga yang mempunyai lebih daripada 70 'hands-on rides, slides', persembahan dan tarikan yang direka khas untuk seisi keluarga serta kanak-kanak berusia 2-12 tahun. Ia adalah taman tema pertama di Asia dan menawarkan aktiviti pengembaraan, pendidikan dan keseronokan untuk dilawatan selamaharian  atau destinasi percutian singkat. LEGOLAND® Malaysia Resort telah menerima Anugerah Taman Tema Antarabangsa Inovatif oleh 'Brandlaureate International Awards Singapore 2018.' Resort ini juga dinamakan sebagai salah satu taman hiburan 10 yang terbaik di Asia oleh TripAdvisor. Setelah memperoleh pencapaian ini dan banyak lagi yang tidak dinyatakan, LEGOLAND® Malaysia Resort bertujuan untuk terus memperluas dan membawa tambahan tarikan baru ke Resort, untuk memastikan ia kekal sebagai mahkota permata di Malaysia.

Sejarah LEGO


Bermula dari tahun 1932, seorang tukang kayu berkemahiran tinggi iaitu Ole Kirk Kristansen mula menghasilkan mainan kayu berkualiti tinggi di Billund, Denmark. Tahun 1934, Oleh Kirk memilih nama LEGO® untuk nama syarikatnya iaitu gabungan antara LEg Godt atau (bermain secara baik). Tahun 1949 pula bata plastik pertama telah dilancarkan dibawah nama 'Automatic Binding Bricks' da pada tahun 1952 nama yang telah berubah menjadi LEGOLAND® bricks.  Tahun 1955 Sistem mainan LEGO® diperkenalkan sebagai sistem produk penstrukturan.

Tahun 1958 bata LEGO® telah mengunci prinsip dan dipatenkan pada 28th Januari pukul 1.58pm. Semakin banyak bata semakin banyak yang anda boleh bina. Pada tahun 1962 LEGO® beroda diperkenalkan untuk dimuatkan dalam LEGO® Play sebagai sistem pergerakan. Tahun 1968 pula taman pertama LEGOLAND® dibuka di Billund pada 7 Jun dengan kehadiran pengunjung mencecah sehingga 625,000 pelawat pada tahun pertama pembukaan. Bata DUPLO® khusus untuk pre-sekolah dilancarkan pada tahun 1969 dimaa ianya 2kali ganda lebih besar dari bata LEGO® untuk keseluruhan dimensi. Tahun 1978 pula, minifigura LEGO® bersaiz 1½ telah dilancarkan untuk membawa watak ke dalam LEGO® Play. Produk terbaru seperti istana LEGOLAND® diperkenalkan juga. Tahun 1989 LEGO® bertemakan lanun dilancarkan. Minifigura lanun merupakan yang pertama yang mempunyai eksperesi wajah pelbagai. Tahun 1998 LEGO® MINDSTORMS® memperkenalkan bata LEGO® dengan memuatkan kepintaran dan tingkahlaku dalam LEGO® play.

Tahun 2009 pula LEGO® memperkenalkan sistem permainan. LEGOLAND® Malaysia di buka pada tahun 2012 dan pada tahun 2013 pula LEGOLAND® Taman Air dan Hotel di buka di Malaysia.


Tonton VIDEO kami terokai LEGOLAND® selama 2 hari 1 malam


SEA LIFE Malaysia akan menjadi SEA LIFE pertama akan dibuka di Malaysia yang  terletak berdekatan dengan usaha sedia ada oleh Merlin Entertainments - Taman Tema LEGOLAND® Malaysia, Taman Air LEGOLAND® dan LEGOLAND® Hotel. Terletak di tengah-tengah Iskandar Puteri, akuarium laut yang unik dan penuh interaktif telah disediakan khusus untuk pengunjung yang hadie dengan memberikan pengalaman bawah air yang menyeronokkan dan sebagai pendidikan. Melalui interaksi yang berani dan menarik, SEA LIFE Malaysia menggalakkan pengunjung untuk melibatkan diri dan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk mempelajari tentang dunia lautan dengan 11 zon habitat yang berbeza. Baca di > sini <

MERLIN ENTERTAINMENTS plc sebagai syarikat utama yang menguruskan hiburan melalui lokasi dan hiburan keluarga. Nombor 1 dalam Eropah dan sebagai pengendali utama untuk tarikan pengunjung kedua terbesar di dunia, Merlin kini sudah mengendali lebih daripada 120 tarikan, 18 hotel dan 6 kampung percutian di 23 buah negara dan di 4 buah benua. Syarikat itu memberi fokus untuk memberikan memberikan pengalaman yang bermakna dan memuaskan untuk hampir 66 juta pelawatnya di seluruh dunia menerusi pasaran global dan tempatan secara ikonik serta komitmen dan semangat para pengurus termasuklah 26,000 tenaga pekerja pada (musim puncak).

Merlin kini mempunyai lebih daripada 15 tarikan di Asia termasuk jenama terkenal dunia Pippa Pig, Little Big City, Madame Tussauds, SEA LIFE, LEGOLAND® Discovery Centres dan LEGOLAND® resort yang hebat dengan taman tema, hotel dan taman air. Operasi merangkumi 10 negara dan wilayah. Lawati www.merlinentertainments.biz untuk maklumat lanjut.


Bila sampai ke LEGOLAND® Malaysia jangan lupa hafal atau tengok Peta terlebih dahulu supaya tak tersesat dan boleh terokai taman tema ini dalam 1 hari kalau tak memang kena lebih 2 hari baru boleh terokai satu taman tema ni tau. Keluarga I perlukan 2 hari 1 malam sebab 1 hari memang takkan cukup sebab semua aktiviti sangat MENARIK sampai tak ingat dunia !

Our First STOP : Hotel LEGOLAND®


Masa kami sampai sahaja, LEGOLAND® Hotel ni lah tempat utama yang kami jejaki. Dalam hotel ni terdapat akses nak ke Waterpark dan Drypark. Sampai je di sini kami Check-In terlebih dahulu untuk sesi rehat 10-15 minit setelah penat berada di dalam bas lebih kurang 4-5 jam perjalanan dari Mid Valley.

Dekorasi LOBI LEGOLAND® Hotel


Dalam lobi LEGOLAND® Hotel ada Kapal Lanun dan Istana yang dipenuhi dengan 'Lego Bricks' so masa parents tengah busy check-in check-out budak-budak bolehlah isi masa (busy time) untuk mereka dengan membina karakter dengan Lego, jadi parents tak risau mereka merayap ke tempat lain selain sekitar dalam kawasan lobi.

Lobi utama LEGOLAND® Hotel



Kat lobi LEGOLAND® hotel ni memang kids-friendly jadi parents tak payah risau anak lari sana sini or jerit-jerit tapi rasanya mereka memang tak ada masa nak buat tantrum sebab busy dah main lego bricks cantum-cantum bentuk karakter. So memang seronoklah parents selain dapat berehat dari melayan kerenah anak-anak... parents sendiri pun join sekaki main lego bricks. haha.


Gambar ni boleh jadikan sebagai wallpaper kat rumah buat peminat LEGO® hehe. Dari jauh tengok bahagian receptionist kecil-kecil je tapi bila dekat-dekat semuanya karakter LEGO® yang cute-miut tau. Memang tak puas tengok, I salute gila staff yang susun karakter ni macam ni. Confirmed Harworking habis kalau kerja di LEGOLAND® ni.


Di LEGOLAND® Hotel terdapat 8 Aras dimana Aras 1 ialah Bilik Lanun, Aras 2 Bilik Pengembaraan, Aras 3 Bilik kerajaan, Aras 5 Bilik Lanun + Bilik Ninjago dan Kolam Renam, Aras 6 Bilik Pengembaraan, Aras 7 Bilik Kerajaan. Aras G ialah lobi, Kedai jualan Lego, Restoran Keluarga Bricks, Bar sushi Kai, Tempat permainan kanak-kanak dan Di Mattoni Italian Fun Dining. LG1 pula ialah tempat letak kereta dan bilik mesyuarat. Aras LG2 pula ialah tempat letak kereta, Taman Teman LEGOLAND® dan LEGOLAND® Taman Air.


Frame gambar di lobi LEGOLAND® Hotel semuanya pakai bricks tu kalau tengok dekat-dekat erm I'm quite amazed juga lah. Jealous tengok kegigihan pasang satu-satu bricks ni. Jika anda terokai lagi bahagian lobi memang akan ada ruangan tempat bermain tau dimana bricks lebih besar sesuai untuk budak berumur 3 tahun. Besar dan lembut bricks foam-nya cuma bila nak build up macam a bit harder dari yang jenis solid. heheh.


Nombor bilik kami ialah 307 so bilik we all bersebelahan dengan Huda Halid tau. Sepanjang perjalanan ke bilik kami memang banyak karakter mengikut tema kerajaan. Hee. Kalau memalam keluar memang seram sebab I terpaksa picked my husband dari tempat parkir masa pukul 1 pagi sebab dia baru balik dari ofis di KL and terus ke LEGOLAND® Hotel. Memang semua orang dah tidur bila dah start keluar dari bilik hadaplah semua karakter LEGO® dengan siap berpedang bagai. Memang bersilat nanti. Cepat-cepat I masuk lif. Masuk lif lega sikit sebab ada muzik ala-ala disko jadi memang kena layan hilangkan takut tu. Nasib baik lobi ada orang waktu tengah malam tau so tak ada lah rasa takut. Bila dah sampai dengan husband yay, malam tu konon nak ronda satu hotel, ala bahagian kolam renang tutup. Heh. So tidur je la sampai esok pagi.

Dekorasi BILIK LEGO® 307 Aras 3


Bilik utama adalah tempat I, hahha, I konker.. Rekaan yang elegan rasa macam berada dalam bilik cerita istana orang western. Selesa untuk tidur. heee. I rasa macam ala-ala princess je.


Antara karakter LEGO® berbentuk haiwan dan mahkota I jumpa dalam bilik I.


Kesemua bilik Standard dan Premium boleh memuatkan sehingga 5 Orang ( 3 dewasa ) setiap bilik. Anak-anak I tidur dengan mak I. Bahagian tempat tidur kanak-kanak ada katil 2 tingkat ( double- decker ) dan Tilam lebih bahagian bawah kena tarik. Televisyen disediakan untuk ruangan bilik utama dan juga ruangan tempat tidur budak kecil. Bilik air ada satu sahaja tapi ada dua sinki khas untuk kanak-kanak dan dewasa. Ada TREASURE HUNT BOX dalam tu ada Hadiah dari Lego tapi kena selesaikan teka-teki yang ada di atas meja bilik utama. Cari 'CLUE' dapatkan nombor digit rahsia untuk buka peti tu. Mula-mula I ingat peti keselamatan. Nasib baik husband I buka peti tu kalau tak memang tak bawa balik lah hadiah Lego tau. heee. 


Barangan asas untuk Hygienic  Moment !


Master Bedroom LEGOLAND® Hotel
Kids Corner LEGOLAND®


Yang ini adalah BOX yang bilik kami terima dari Staff yang hantar. So bila ada Box LEGO® ni budak-budak boleh bina macam-macam jadi tak ganggu parent tau. heee. Tapi yang ini tak boleh bawa balik tau. Kena bayar nanti. Heheh.

MAKAN MINUM di Bricks Family Restaurant


Hotel LEGOLAND® menawarkan makan pagi dan malam. So kami decided untuk makan buffet di Bricks Family Restaurant.. memang banyak pilihan makanan buffet yang ditawarkan sampai rambang mata dibuatnya..


Paling best deko meja ada banyak aktiviti budak-budak boleh sertai.. seperti mewarna, selesaikan maze, puzzle dan crosswords.. siap sediakan warna lagi.. bayangkan budak-budak ni bolehlah diam sambil selesaikan masalah atas meja tu kan.. mak ayah konpem banyak masa pergi tengok makanan tau. hehhe..


Yang ni semua pilihan makanan buffet di Bricks Family Restaurant pada waktu malam.. kalau pagi you all tengok dekat dalam video okay..


Our 2ND Stop : MiniLand - Asia in LEGO® Bricks


Dunia jenis miniature di Miniland akan menjadikan kanak-kanak seperti gergasi dan merupakan pusat utama di Taman LEGOLAND®. Negara Asia yang paling terkenal seperti bandar dan mercu tanda dibina semula dengan skala 1:20 dengan menggunakan hampir 30 juta bata LEGO®.


Miniland di LEGO® Malaysia merupakan taman terbaru yang terbesar dimana projek ini telah mengambil masa sehingga 3 tahun untuk disiapkan. Banyak model telah animasikan, supaya pengunjung dapat menyaksikan karakter nampak seperti hidup semasa berada dalam Miniland dengan hanya menekan butang untuk menggerakkan figura, kereta api dan kapal terbang.

LEGOLAND® Taj Mahal Miniature

20 Miniland iaitu kelompok yang sangat terperinci dihasilkan untuk memberi penghormatan di LEGO® kepada 17 buah bandar dan negara seluruh Asia termasuklah Johor Bahru dan Singapura. Pelancong dari Brunei, cambodia, China, India, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina dan Vietnam juga akan dapat melihat mercu tanda ikonik kebangsaan mereka dalam bentuk miniature Taj Mahal dan Angkor Wat merupakan sorotan utama di Miniland ni.

Miniland telah direka dan dibina oleh pasukan yang terdiri lebih daripada 100 orang di seluruh negara. Pasukan dari pereka LEGOLAND® telah mengabil foto binaan dan jalan raya diseluruh Asia untuk membantu mereka membiasakan diri dengan mercu tanfa yang bakal mereka bentuk dan bina. Mengambil masa sehingga 2 tahun dengan rekaan 3D dan pengeluaran sebelum studio latihan ditubuhkan di Malaysia dan semua model dibina. Ada juga binaan dibina di USA, Denmark, England, Jerman dan Republick Czech sebelum dihantar secara berhati-hati ke Malaysia menggunakan kargo ke LEGOLAND® Malaysia untuk pemasangan.


Tahukah anda, Miniland Cluster yang terbaru dipaparkan ialah model Istana Bukit Serene iaitu istana diraja dan kediaman rasmi Sultan Johor terletak di Johor Bahru, Malaysia. Mengambil masa hampir 2,300 jam dan bata LEGO® sebanyak 278,023 untuk disiapkan.

Our 3rd Stop : LEGO® Star Wars™ Miniland


Lepas dah pergi Miniland next stop I pula pergi LEGO® Star Wars™ Miniland sebab ianya memang bersebelahan dengan Miniland.. yang ini I nampak dulu So teruja sebab Darth Vader macam menanti I je. Haha. Handsome pula karakter ni. Haha Hitam yang menawan dengan pedang berlampu. haha. Bagi yang meminati Star Wards tolonglah jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri karakter, tarikan Star Wars dalam bentuk mini bata LEGO® tau. Memang puas hati dapat tengok details bukan main setiap karakter dan figura Star Wars. LEGO® Star Wars™ Miniland ni merupakan tarikan di Asia yang dipentaskan dengan penghawa dingin yang dibina berdekatan dengan Miniland, kan I dah kata tadi. Keseluruhan LEGO® Star Wars™ Miniland telah menggunakan hampir 8,000 jam tenaga pekerja dan hampir 1.5 juta bata LEGO® digunakan untuk membina lebih kurang 1,112 model untuk  paparan 'indoor' model.


Kebanyakan figura berasaskan dari 7 adegan dari 6 filem Star Wars dan juga The Clone Wars LEGO® Star Wars™ Miniland siri animasi dalam bentuk yang penuh butiran.

Secara keseluruhan, ciri-ciri tarikan lebih dari 2,000 model LEGO®  dibina dalam skala 1:20 menggunakan 1.5 juta bata LEGO®. Secara rasminya LEGO® Star Wars™ Miniland telah ditontokan pada orang awam pada 6 September 2014.


Tahukah anda rekaan dan pembangunan The Millenium FalconLEGO® Star Wars™ Miniland dari adegan Episode IV : A New Hope telah mengambil masa hampir 143 jam dan paling mencabar untuk dibina. Diperbuat daripada 15,000 bata LEGO® berat sekitar 37KG dan diukur 1.8m panjang x 1.3m lebar.

Our 4th STOP : Imagination : Imaginasi dengan LEGO® tanpa batasan


Next stop ialah Imagination di mana berimaginasi dengan LEGO® tanpa sempadan batasan. Disini ada tempat tunggangan, persembahan dan tarikan seperti The Build & Test Centre, DUPLO® Express dan Menara tinjau.


Di pusat Build and Test, pencipta LEGO boleh menggunakan imaginasi mereka untuk membina sesuatu secara hidup. Terdapat lebih dari ribuan bata LEGO® disediakan untuk bereksperimen, dicuba dan dibina. Pencipta boleh membina kereta lumba dan mencuba sendiri rekaanya di meja gempa bumi yang disediakan.


Pemandu enjin muda secara khususnya akan jatuh cinta dengan DUPLO® Express, sebab terdapat 5 pengangkutan kereta api yang boleh memuatkan hampir 10 penumpang pada satu masa.

Kanak-kanak boleh terokai bandar dan kuasai tempat berkenaan dengan saiz mereka di DUPLO® Playtown.


Cabaran 'The Kid's Power Tower' dimana 200 pengunjung akan diuji kekuatan mereka dengan menarik 2 tempat duduk naik ke atas dengan 9 meter panjang tali dalam setiap per jam. Siapa yang dapat naik ke atas dapat menikmati pemandangan yang cantik sebagai ganjarannya.


500 orang pada masa yang sama dapat menonton tayangan 4D di Lego Studio dimana penonton dapat merasai angin, asap dan air dimana 3D sudah ke arah dimensi yang lain.


Muka masing-masing tak sempat masuk sebab ada timing.. pukul 6 petang dah tutup masa hari Jumaat. Hehehe :( Next time kids.


Menara Pemerhatiaan atau Observation Tower pula boleh membawa naik hampir 1000 pengunjung setiap jam dengan posisi tontonan 41meter dari bawah ke atas dengan pemandangan yang cantik dan boleh nampak keseluruhan taman tema. Tahukah anda pada ketinggian 60m, Observation Tower ni merupakan titik paling tinggi di taman tema ini.

Our 5th Stop - LEGO® Kingdoms : Apabila lagenda datang ke dunia realiti


Area Kingdoms ni best sebab rasa macam dalam Game of thrones pula kan.. hahah suka gila dengan binaan castle tu kalau tahu dah lama I pakai baju ala-ala western bila ke sini heee.. dekat sini memang banyak aktiviti menarik tapi malangnya ada rides tak sesuai untuk budak bawah 100 cm, menangis-nangis anak dara I tak dapat naik ride dalam area Kingdoms ni.

The Dragon's Apprentice



Antara aktiviti tarikan, persembahan dan tunggangan dalam area Kingdoms ni ialah :
  • The Dragon
  • The Dragon's Apprentice
  • The Forestman's Hideout
  • Merlin's Challenge
  • Royal Joust
  • Castle Stage

The Dragon's roller coaster akan membawa penunggang ke dalam istana diraja ala-ala zaman pertengahan dulu kala dengan naga yang bakal mengeluarkan asap api, 600 pengunjung dapat merasai sendiri pengalaman menaiki naga tersebut setiap 1 jam manakala The Dragon's Apprentice pula menawarkan pengunjung yang muda untuk mengalami sendiri apabila mereka besar kelak untuk menaiki The Dragon. Tapi I rasa tak sempat join sebab rasanya aktiviti dalam castle masih belum siap sepenuhnya maybe in the future. The Forestman's Hideout pula adalah gelongsor dan bahagian bertali yang sesuai untuk semua keluarga di bahagian multi-level playground. Merlin's challenge pula ialah sejenis carousel dan mempunyai kelajuan yang tinggi. Terdapat 24 kereta yang boleh memuatkan 48 pengunjung dalam 1 spin. Tapi I tak dapat naik sebab anak dara I dah melalak nangis sebab dia tak dapat naik. :( Yang The Royal Joust pula ialah sejenis pertandingan klasik dengan menunggang kuda pada zaman pertengahan dimana 20 buah LEGO® kuda akan ditunggangi oleh kanak-kanak. Tapi yang ini anak sulung I je dapat naik, Adelia tak dapat sebab dia bawah 100 cm. Macam biasa dia melalak lagi tak dapat naik di area Kingdoms ni. :( kesian pula maybe in the future ya Adelia.

Our 6th Stop : LEGO® Ninjago World™


LEGO® Ninjago World™ pula I tak dapat join husband and kids. But mereka pergi degan nenek mereka sebab I tengah covered for the Sea Life Malaysia at the time. But husband said anak-anak happy sangat bila berada di dunia ninja ni


Dalam LEGO® Ninjago World™ ni ada The Ride dimana semua orang boleh kawal elemen seperti bebola api, petir, ombak dan ais untuk melawan Great Devourer dan anda layak untuk dapatkan status sebagai ninja sebab dalam The Ride ini adalah latihan yang perlu ambil untuk dapat tittle tu.

LEGO® Ninjago World™ The Ride telah diinspirasikan oleh barisan oermainan LEGO® dan siri TV menjadi dalam bentuk 4D. Pengunjung yang hadir boleh memegang watak dalam siri tersebut untuk mematahkan musuh dengan berlawan dengan ular, hantu dan rangka tulang sehinggalah ke Great Devourer dengan bantuaan dari Master Wu.

Teknologi yang menggunakan tangan serta unik oleh Triotech akan memberikan pengalaman kepada pengunjung mengaktifkan pergerakan tangan dalam projek virtual tersebut.

Bagi yang masih baru dalam dunia 4D, ianya adalah sebuah pengalaman virtual dalam bentuk 3D tapi bahagian persekitaran seperti asap, haba dan angin telah menjadikannya ianya sebagai 4D.

Bagi yang berkesempaatan jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri LEGO® Ninjago Live Show dimana ianya ditempatkan di Pentas Lego City. Merupakan persembahan boneka yang memaparkan Bunraku iaitu sejenis tetapan gaya tradisi Jepun dimana persembahan akan berlangsung selama 20 minit. Terdapat lebih kurang 6 boneka yang bersaiz dalam 1.2 meter dan terdapat 12-15 craftmen yang mengambil masa selama 180 jam untuk menyiapkan sebuah boneka. Diperbuat daripada Eva Foam, Plastik, aluminum, fiber karbon dan juga fabrik. Setiap satu boneka LEGO® Ninjago minifigura diperbuat daripada 32 bahagian yang berbeza. Boneka tersebut dikawal oleh 2 titik dimana salah satunya untuk mengawal kepala dan bahagian badan yang lain. 1 Boneka juga terpaksa menggunakan lebih dari seorang untuk mengawalnya kerana bentuk strukturnya. Keseluruhan produksi akan menggunakan 'video mapping; dan ilustrasi untuk membawakan semua karakter ke dalam realiti dengan penggunakan kesan khas.

LEGO® Ninjago Live Show dibintangi oleh karakter seperti Kai, Nya, Zane, Cole, Jay dan Lloyd dari rancangan siri yang popular. Jika anda tahu seekor naga remaja paling lama untuk disiapkan kerana sangat rumit dan perlu diberikan penuh perhatian yang terperinci.


Our 7th Stop LEGO® City : 
Dunia LEGO® dimana kanak-kanak boleh mengawal segala-galanya


The Shipyard
Dalam LEGO® City terdapat 6 jenis aktiviti yang sangat menarik dimana kanak-kanak boleh mengawal segala-galanya.. I sebagai parent hanya perhati sahaja apa yang mereka lakukan... Antara 6 jenis aktivitinya adalah Sekolah memandu, Sekolah memandu junior, boating school, LEGO® City Airport, LEGOLAND® Express dan The Shipyard.. Kawasan The Shipyard ni ada Kapal besar dimana kanak-kanak boleh mengemudi kapal ni, sesuai sangat untuk anak-anak yang suka memanjat dan melompat... bukan kanak-kanak je boleh jadi selasak-lasaknya malahan ibubapa pun boleh participate juga tau..


Driving School iaitu sejenis sekolah memandu khas untuk kanak-kanak yang berumur 4 tahun ke atas untuk memberikan pengalaman seperti membawa kereta betul-betul atas jalan raya.. dalam kawasan ni tak ubah seperti atas jalan raya betul sebab ada trafik lights, ada tanda amaran dan ada pemandu lain juga.. bila dah pandai memandu so boleh dah ambil lesen ni ahaha..


Driving School Junior... haaa tak adillah kalau si abang je dapat naik.. mau tak melalak si Adelia.. hahah jadi nasib baik ada sekolah memandu untuk junior which is untuk 3 tahun macam tu.. Adelia ni masih belum pandai memandu, boleh pula dia tak pandang depan bila memandu huuu boleh accident tau haha... tapi tak pe masih boleh belajar okey..

Tahukah anda, di Sekolah Memandu LEGOLAND® ni setiap kereta mempunyai satu pedal untuk memberikan pengalaman pada kanak-kanak kecil seperti memandu di dunia realiti..kanak-kanak boleh mencapai kelajuaan 6km/j di sekolah ini dan boleh mengawal sepenuhnya kenderaan yang mereka bawa ni..

Boating School
Boating School pula menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi seorang kapten, dimana mereka boleh Handle sepenuhnya steering boat. Boat ni dikuasakan oleh bateri.. setiap satu bot boleh memuatkan 3 orang. Tapi kitaorang muatkan 1 bot 2 orang sempit kalau dok 3 orang. hehe


I naik dengan Adelia terumbang ambing dibuatnya kalau dia take-control ahaha..


Yusuf pula naik dengan nenek dia.. nenek kata dia nak kawal sepenuhnya tak kasi peluang pada nenek.. heee and trust me he made it ! Hebat bravo dah boleh jadi kapten kapal ni..

LEGOLAND® Express
LEGOLAND® Express pula ialah keretapi LEGO yang boleh bawa 60 orang dalam satu masa dan akan mengelilingi Taman di sekitarnya..  Best juga lah bawa pusing-pusing satu keluarga naik train ni..

LEGO® City Airport
LEGO® City Airport pula beri peluang pada kanak-kanak jadi pilot dan para ibubapa boleh jadi penumpang bila berada dalam kapal terbang ni.. kanak-kanak boleh kawal ketinggian air plane ni dengan tool disediakan..

Our 8th Stop : LEGO® Technic : High Speed Rides & High Tech LEGO®


Terdapat 5 aktiviti di  LEGO® Technic ni iaitu Aquazone Wave Racer, LEGO® Mindstorms, LEGO® Academy, The Great LEGO® Race dan Technic Twister. Rasa macam tak sempat cover semua.. ni rasa tak puas hati tau.. hee... yang kami dapat cover ialah :


The Great Lego Race menggabungkan roller coaster dan teknologi realiti virtual sebagai salah satu pengalaman yang mencabar yang belum pernah ada di taman tema LEGOLAND®. LEGOLAND® Resort Malaysia ialah yang pertama melancarkan perlumbaan LEGO VR Roller Coaster dalam dunia. The Great LEGO Race menggantikan kewujudan Project X Roller Coaster dengan membawakanya sebagai pengalaman realiti yang ditambahkan dengan karakter, jalan penceritaan, aksi dan humor dalam persekitaran LEGO yang unik.


5 pesaing minifigura akan beraksi dalam perlumbaan The Great LEGO® yang terpilih dengan cara budak-budak main permainan LEGO® dengan masa yang berlainan, tema dan tanpa peraturan.

Setiap 15 sudut The Great LEGO® race lebih banyak berputar, berpusing dan laju berbanding dengan aktiviti permainan yang berlainan.

Aquazone Wave Racer
Aquazone Wave Racer Yang ni best sebab anak-anak I dapat kawal sepenuhnya untuk elak dari kena tembak oleh orang keliling .. ada 4 jenis water blasts satu macam meletup satu kena tembak hahah... tapi ada satu je I tak dapat nak elak sebab anak I la nak kawal... tapi dia tak elak dari kena tembakan.. aduihai... trek dia jenis bulatan tau..

LEGO® Mindstorms dan LEGO® Academy
Yang ini I tak sempat masuk.. I hanya tangkap gambar dari luar je sebab pintu tu kunci so I ingat tutup.. LEGO® Mindstorms ialah tempat kerja untuk menggalakkan kanak-kanak jadi pereka robotik dengan menggunakan bata LEGO® manakala LEGO® Academy pula membantu pembina semua peringkat umur untuk menjadikan rekaan mereka ke dalam realiti..

and meanwhile..


Dekat sebelah LEGO® Academy tu ada Mosaic Building Activity.. so I figured out apa menariknya dekat sini rupa-rupanya setiap pengunjung yang datang akan dapat satu plat dan susun satu-satu LEGO® kecil tu mengikut warna ditetapkan..


Tadaaa.. I lah seorang yang membantu untuk menyelesaikan poster LEGO® Movie 2 dengan menggunakan bata kecil LEGO®.. nombor I ialah 208 okey..


Dekat kawasan yang sama terdapat cermin berombak ni.. tak sangka boleh jadi triplet dalam sebuah cermin.. memang memeningkan tengok muka sendiri jadi banyak heee... illusion reflection namanya...

And paling sedih banyak-banyak tema I tak sempat melawat bahagian Land Of Adventure : A Daring Journey into ancient LEGO® Worlds.. Terdapat 4 jenis tarikan dalam bahagian tu iaitu Dino Island, Lost Kingdom, Beetle Bounce dan Paharoah's Revenge.. sebab taman ni macam kat hujung dunia dan ianya aktiviti melibatkan air dan kemungkinan besar boleh basah juga.. kenapa eh tak dekat dengan sebelah water park.. heee... tapi fakta menarik bahagian ni ialah 3 juta liter air digunakan untuk Dino Island dimana taman yang paling basah lah..

Our Last Stop : LEGOLAND® Water Park


Yay finally dalam 2 hari 1 malam berada di LEGOLAND® dapat juga singgah sebentar ke Waterpark.. haih memang tak lengkap dan tak sah kalau tak sempat main kat sini tau..


Operasi bermula dari 10 pagi hingga 6 petang.. dalam tu memang boleh discovered banyak lah.. I dapat main hampir semua lah aktiviti dalam Water Park ni tapi ada bahagian tak nak bawa kamera sebab takut basah kamera.. so sikit je la gambar yang ada dalam water park ni haha..


Yang penting I main dekat waterpark LEGOLAND® ni memang basah habis.. husband I tak mahu naik so I sorang la naik red lush dan splash & swirl..huhu... Nak tahu lebih lanjut korang kena baca kat sini LEGOLAND® Water Park.

MAKAN MINUM di LEGOLAND® Theme Park


Sampai ke LEGOLAND® masa hari Jumaat petang lebih kurang nak masuk 3 pm, masa dah discovered several places, rasa lapar Kami nampak port makan paling awal ialah di Asian Deli yang berdekatan dengan LEGO® Technic, sini banyak jugalah Menu yang menarik dan paling BEST boleh pilih jenis COMBO.. So senang je la nak order kan. hehe.. I pilih FAMILY COMBO B total semua RM70.. Kau ingat portion kecil ? Portion gila BESAR guys.. sampai tak habis makan hehehe bawa balik bilik hotel makan malam-malam.. hehehhe... SEDAP juga especially yang kari ayam tu.. hee..


Makan-makan dalam Taman diteruskan lagi pada Hari Sabtu pula waktu tengahari kami makan di Beach Grill.. sebelum mandi di water park.. I tak ingat lah harga nya tapi bawah RM100 rasanya I bayar time tu, tak silap I ambil COMBO juga .. charchoal burger tu memang SEDAP gila...


Next hari terakhir dah nak balik Kami singgah Market Restaurant..  time tu rasa kenyang lagi, jadi kami bungkus bawa balik heee... malam-malam tu kami pergi tempat lain jadi kami makan apa yang kami bungkus di LEGOLAND®.. Hey tak tipu makanan portion memang GILA BESAR worth of money value tau.. MEMANG tak rugi beli makanan di situ.. 1 portion pun dah kenyang.. total untuk makan dalam Taman Tema ni RM400 untuk 5 orang..

Kalau nak tahu harga dan maklumat lanjut, sila layari : https://www.legoland.com.my/.. dalam tu ada pakej combo untuk family.. dan jenis-jenis aktiviti yang boleh korang sertai tau.. kalau pergi nanti jangan lupa tag #LegolandMalaysia @legolandmalaysia

Till we meet again on my next post and nak pergi lagi Legoland !

18 ulasan :

  1. best nya. tak pernah lagi pergi legoland ni.

    BalasPadam
  2. Phewwww penuh dengan ifo dari atas sampai bawah..
    Kita orang Johor kalau boleh nak gi hari-hari juga hehehehe...

    BalasPadam
  3. Lawanyaaa Legoland ni. Sumpah jujur, tak baca sangat pun blog sebab asyik tengok gambar scroll atas bawah nak tgok tempat2 tu. Hahaha. Dari hari tu mengidam nak pi. Ni i nak pi la kot pegi main boat. macam best.

    BalasPadam
  4. 70 aktiviti atau permainan yang boleh main kat sini hehehehe kita dah lama tak datang Legoland las kita sampai tahu baru prtama kali buka tu jer lepas tu dah nampak banyak peningkatan dan berubahan serta penambah baikan permainan kat situ. Pengsan kalau nak main semua 70 aktiviti hehehehe..

    BalasPadam
  5. Pernah pergi Legoland 5 tahun lepas... Dah lama benar tak pergi Legoland tentunya banyak dah perubahan dan pertambahan aktiviti baru dekat sana. Lepas ni, kena plan cuti panjang utk kesana dan baru puas main
    semua game yang ada, mandi manda dan jalan-jalan explore legoland syoknyeee

    BalasPadam
  6. Lom pernah g legoland. One day in shaa Allah. Sebab before this izzat kecik. Mcm x berbaloi nanti byr tiket dia ha ha ha...
    Menarik sgt legoland ni. Standard international.

    BalasPadam
  7. I dah plan lama dah nak pergi legoland ni tapi tak pergi2 jugak. Haha. Anak2 buah i kemain duk mengajak, bila entah nak ke sana dengan dorang.

    BalasPadam
  8. seriusly tak puas masuk Legoland ni. Mana taknya banyak betul aktivit menarik. tu belum kira bab dekorasi, kalau boleh setiap sudut nak amik gambar.

    BalasPadam
  9. Wow! banyak jugak makanan kat dalam theme park dan jugak water park kat Legoland ni. Suka ada family combo set, senang dan jimat untuk seisi keluarga.

    BalasPadam
  10. Recomemded nih jalan ke Lagoland. Selain menghibur dan membuat tubuh sedikit rileks Lago juga mengedukasi para pengunjungnya.

    BalasPadam
  11. Wow! I have not been to Legoland before but i read many reviews and postings about it. Kind of keen to go during this school holiday.

    BalasPadam
  12. Bestnya dapat gi Legoland, lagi best kalau pergi dengan anak-anak. Diorang sure teruja dan nak pak pun sama tumpang keterujaan anak-anak..hehehe. Sis memang dah lama teringin nak pergi, tengok gambar-gambar kat atas ni lagi lah teringin nak tengok Legoland ni. Harap one day dapat lah gi

    BalasPadam
  13. Selalu baca keseronokkan kawan kawan bawak family holiday di Legoland. Kita ni bila agaknya nak sampai. Kalau nk ke Jb tu tak jauh dah.
    Kena menabung ni. Mana tahu nanti boleh terjejak juga kaki ke sana bawa anak anak.
    Nampak seronok sangat kalau dapat ke legoland tu.
    Macam tak puas kalau pergi seharian je.

    BalasPadam
  14. I baca blog u ni kan I plak rasa teruja dengan semua kartun lego ni. Bila lah dapat merasa pergi sana yer. I selalu jugak turun JB tapi x pernah nak merasa ke Legoland. Harap 1 day dapat merasa lah.

    BalasPadam
  15. Perghhhhhh! Entri yang padat wak! Honestly, dedulu onie ingat Legoland ni sesuai untuk bebudak je, rupanya dewasa pun best dan layan semua game, Legoland memang terbaik dan ramai gak eh yang suka main NinjaGo,hehe... Game dia semua best-best.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com