Terasa seperti berada dalam 'Cooking Class Show' - Let's Cooking Right Looking Good in 2019 with Alce Nero!


Bukan senang nak ada masa untuk hadiri kelas memasak dan pastinya bukan senang untuk belajar di Kelas kulinari Universiti Berjaya Times Square di bawah bimbingan Chef profesional iaitu Chef Athira. I rasa sangat bertuah sebab dapat mengikuti sesi pembelajaran belajar memasak 'Cooking Right Looking Good in 2019' bersama barisan penaja yang makin dikenali iaitu Alce Nero Malaysia dan juga Berjaya Times Square. Banyak yang I dapat belajar terutamanya dari segi memasak dengan cara yang betul dan menu-menu lazat yang I masih belum pernah cuba lagi buat sepanjang I hidup. 

Bila dah cuba masak sendiri dengan bantuan Chef Athira sebenarnya banyak menu yang sangat mudah untuk disediakan, rasa yang enak dan juga bagus untuk kesihatan. Paling BEST ialah memasak beramai-ramai bersama teman bloggers menjadikan aktiviti ni jauh lebih meriah dan menyeronokkan ! Terdapat 8 kumpulan bersamaan 3 orang setiap pasukan. So my team mate ialah Cindy Tong dan Naomie Licouz ! Kedua-duanya merupakan rakan blogger yang berpengalaman luas juga dalam masakan. Mengambil masa sehingga 4 jam kami akhirnya dapat menghasilkan 3 jenis menu iaitu Tri-color Asian Pasta Salad, Italian Seafood Pasta dan juga Chinese Strawberry Jam Cakes !


Nak tahu betapa meriahnya suasana ketika kami sedang bertungkus-lumus menyiapkan sajian you all boleh tengok video provided di atas. Memang seronok sebab rasa macam diawasi terutamanya dari segi MASA. Kami juga kena pastikan tempat kami buat kerja kena senantiasa bersih sepanjang masa sebab kemungkinan ianya akan masuk dari segi pemerhatiaan juga.


Kami dah seperti duta Alce Nero tau. Kenapa istimewanya produk ni ? I noticed produk ni adalah sumber berasaskan bahan organik so far memang sekarang I dah mula menjinakkan diri untuk mencari makanan yang organik. Well tadaaa tak sangka Alce Nero merupakan penaja utama untuk cooking class kami kali ni.


Alce Nero ialah salah satu jenama yang menyediakan makanan organik di Itali kini telah berada di Malaysia. Kesemua produk dari Alce Nero telah menerima anugerah yang mempunyai sijil organik  mengikut peraturan EU oleh badan pensijilan Itali CCPB. Antara produk yang menjadi pilihan dan kegemaran kami ialah tomato sauce, pasta, extra-virgin olive oil, balsamic vinegar, apple cider vinegar, honey dan jam. Paling pasta Alce Nero juga terdapat dalam bentuk Huruf dan juga bentuk kenderaan supaya dapat menarik minat kanak-kanak untuk menikmati hidangan yang organik !


Sebelum kami memulakan aktiviti memasak. Kami diterangkan mengenai bahan apa yang nak diguna dalam masakan, teknik dan cara-cara mengikut resepi yang disediakan. Bagus semuanya tekun beri perhatiaan untuk menerima ilmu dari Chef Athira.

First menu kami kena fokus ialah dessert sebab nak kena bakar memang take time iaitu Chinese Strawberry Jam Cakes.


Okay lepas dah dengar 'briefing' sekarang kami perlu mengambil dan sediakan bahan untuk menyiapkan menu dessert sebagai 'task' kami. I cannot - sebab tengok rambut Cindy Tong dah macam mermaid nasib baik dia bake sedap tau. hee.


Sementara team-mate I tengah 'busy' menyiapkan Chinese Strawberry Jam Cakes I ambil peluang untuk memotong semua bahan 'for main course' iaitu Italian Seafood Pasta dan Salad - Tri-color Asian Pasta Salad.


I part memotong ni memang favorite sebab kena bermain dengan pisau. I pun tak tahu I boleh craft cili benggala ni tau tetiba je datang idea last minute nak buat ala-ala pagar bergerigi. hehe.


Ambil masa dalam 10 minit untuk potong cili benggala ni sementara my teammate tengah siapkan sekali kuah untuk laksa kami. My face looks a bit serious kan bila tengah fokus doing something. Ha ha ha.


Ta daaa.. our salad course dah siap ! It's named tri-color Asian pasta salad !

Bahan :

  • 2 cawan Alce Nero organic Fusilli tricolore pasta yang masih belum dimasak
  • 2 lobak merah bersaiz besar, potong ikut citarasa
  • 1 cawan snow peas ambil separuh je
  • 2 biji bawang dihiris halus
  • 1/2 cawan sweet red pepper dihiris halus

Untuk hiasan :

  • 1/2 cawan mayonis
  • 1/2 cawan krim masam
  • 1 sudu Alce Nero Apple Cider Vinegar
  • 1 sus sos kicap
  • 1/2 sudu kecil halia 
  • 1/4 sudu kecil lada

Cara nak buat :

  • Rebus Fusilli tricolore pasta dari 8 minit ke 12 minit. Uji pasta terlebih dahulu selepas 4 minit dengan rasa satu dahulu, lepas dah okey tos kan pasta dan masukkan ke dalam air sejuk.
  • Masukkan pasta ke dalam mangkuk besar, masukkan lobak merah, kacang pea, bawang dan lada merah. letak tepi..
  • Dalam mangkuk kecil pula, pukul bahan hiasan sehingga sebati. Letakkan ke atas salad, tutup dan sejukkan dalam 1- 2 jam.
  • Salad kami ni kami letak Ayam brand tuna flakes in water. Kami buang cecair dan ambil isi tuna tu lepas tu campurkan sekali dalam Fusilli tricolore pasta.
  • Lepas dah siap kami masukkan Fusilli tricolore pasta ke dalam cili benggala yang I siap crafted terlebih dahulu. Dan hiaskan dengan daun parsley on the top.



For the main Course : Italian Seafood Laksa

Bahan :
  • 24 ekor udang harimau
  • 500 gram kupang segar dengan kulit ( dalam 6-7 ekor )
  • 110g Alce Nero organic spaghetti
  • 400 ml Santan kelapa ayam brand
  • 50 g kacang tanah
  • 1 sudu kecil minyak sayuran
  • 40g timun dibuang kulit
  • 110g taugeh dibersihkan
  • 1 biji jus limau nipis
  • Saiz kecil bassil segar - dicincang halus
  • Sedikit daun pudina segar - dicincang halus
  • Garam laut untuk penambah perisa
Untuk pes:
  • 3 cili merah sederhana besar dibuang biji benih dan dicincang
  • 1 sudu kecil untuk pes udang kering 
  • 4 biji bawang merah dikupas
  • 2 batang halia, dipotong dan dibuang lapisan luar dan dicincang
  • 1 biji halia bersaiz kecil dikupas dan dicincang
  • 1 sudu kecil kunyit dikisar
Cara-cara :
  • Sediakan makanan laut. Bersihkan udang buang urat belakang udang. Letak tepi. Bersihkan kupang dan buang rambut dalam isi kupang tu... masukkan dalam air panas lepas tu rendam dalam air sejuk... air rendaman udang tu simpan tau sebab nak letak dalam kuah laksa sebagai perasa tambahan heee..
  • Rebus spaghetti dan toskan spaghetti bila dah ready, rendam dalam air sejuk dan letak tepi.
  • Untuk pes, letak semua bahan dan satu sudu air letak dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Letakkan kacang dalam kuali dan goreng tanpa minyak sehingga kuning keemasan, lepas tu letak dalam bekas lain. Masukkan minyak dalam kuali yang sama, bila dah start panas masukkan bahan untuk buat pes dan masak dengan suhu sederhana selama 2 minit. Masukkan santan kelapa dan kacau, tunggu sehingga minyak pecah sehingga 10 minit.
  • Potong timun kepada 4 then potong secara memanjang. letak tepi..
  • Cincang kacang tanah..
  • Bila santan kelapa dah sebati, masukkan spaghetti, timun, taugeh dan jus limau nipis. Letakkan perasa seperti garam dan air rendaman kepala udang... lepas tu kacau sekali lagi..
  • lepas tu hidang dan hiaskan dengan herba dan kacang... 



Untuk pemanis mulut : Chinese Strawberry Jam Cakes

Bahan untuk inti:
  • 1 jar Jem strawberry
Bahan untuk pastri :
  • 250g tepung kek
  • 60g sugar aising
  • 1/4 Susu tepung tanpa lemak
  • 1/4 tepung kastard
  • 180g mentega tanpa garam dan potong saiz yang kecil
  • 2 biji telur kuning
Cara-cara :
  • Untuk buat pastri, masukkan kesemua bahan kecuali telur kuning ke dalam 'food processor' atau gunakan tangan untuk sebatikan semua bahan.. pastikan tiada 'crumble' dan doh nampak lembut... lepas tu masukkan telur kuning dan uli lagi sampai doh jadi mampat..
  • Bentukkan doh menjadi bulat- bulat mengikut saiz tapak tangan..
  • Ambil jem strawberi yang disejukkan di dalam peti ais.. cedok 1 sudu inti dan tekan dengan kedua belah tapak tangan... jem memang sedikit melekit tapi bentukkan je sampai jadi bulat..
  • Ikut bentuk pilihan you all okay..
  • Ambil pembalut plastik dan balut doh yang dibuat bulat-bulat tadi... lepas tu rehatkan doh dalam peti ais dalam 25 minit macam tu..
  • Lepas tu keluarkan doh dan bentukkan mengikut acuan pilihan you all sebolehnya tengah-tengah tu ada ruang sikit untuk inti jem strawberi.. masukkan dalam ketuhar dan bakar dalam 180 darjah selsius... 
  • Keluarkan pastri dari ketuhar lepas dah nampak macam cookies letakkan jem strawberi di atasnya dan masukkan kembali dalam ketuhar dalam suhu yang sama dalam 15 minit..
  • Hidangkan mengikut kreativiti masing-masing..


Tadaaa dah siap pun hidangan kami.. 3 jenis menu iaitu Tri-color Asian Pasta Salad, Italian Seafood Pasta dan juga Chinese Strawberry Jam Cakes selama lebih kurang 4 jam.. heheh..


Judging Moment ni memang a bit nervous sebab time ni Chef Athira dan Sir Nathan Deverre dalam proses tasting dan Q&A bahan apa yang kami gunakan dalam menu ni... Thanks Naomie for being our juru cakap sebab Cindy dah balik.. I pula kalau nak terangkan I takut I tersasul je nanti.. ahahha.... Takut tau sebab untuk salad mereka kata Okay, meanwhile untuk laksa paling sedih nampak macam RM80 tapi Chef Athira kata nak bayar RM20 je haha sebab kacang terlebih dalam kuah paling saddist kami punya udang tak masak habis hahaha... :(


Judging criteria memang menakutkan but we ended up won a Alce Nero teddy bear and organic wild flower honey for our Tri-color Asian Pasta Salad.. heee hilang rasa sedih sebab laksa tak memuaskan heee.. apa pun thanks so much for the gift. I suka sangat.. sebab last time memang nak target madu organik.. i felt lucky sebab dapat satu dah hee...


Apa-pun tahniah pada pemenang yang menang menu terbaik dan best instagrammer.. you guys are awesome ! Thanks 100 Comments sebab anjurkan aktiviti yang menarik macam ni if next year ada lagi jangan lupa jemput I lagi tau.. best bila dapat belajar menu masakan terbaru bersama rakan-rakan bloggers yang lain. Jangan lupa tinggalkan komen bila you all dah habis baca tau !


Goodies bag dari Alce Nero : 
  • Organic Fusilli Tricolore
  • Pasta di semola Vegetable alphabet
  • Pasta sauce basilico
  • Organic wildflower honey 
  • Teddy bear Alce Nero


Oilum juga merupakan salah satu produk yang ada ketika Cooking Right Looking Good 2019 dimana bloggers yang hadir dapat mencuba dan merasai sendiri tekstur produk yang diperbuat dari Minyak zaitun serta kolagen khusus untuk kulit yang kering. Losyen Oilum membantu untuk melindungi kulit dari kerosakan oleh persekitaran yang kering. Oilum juga mempunyai pencuci muka khas untuk mengimbangi keanjalan kulit tanpa menghilangkan lembapan semulajadi kulit. Minyak zaitun dan kolagen telah menjadikan produk ini mempunyai formula yang sangat unik untuk wajah nampak lebih muda berseri menurut Mr Andrew Tan, Director of MD Pharma.


EUBOS Skin care products pula ialah produk dari German dimana telah diformulasikan secara saintifik yang terbukti berkesan secara demortologi untuk membersih, menyubur, melindungi dan menggalakkan kulit yang lenih sihat. Penjagaan kulit EUBOS yang asas mengandungi pembersih dan penjagaan khas untuk semua jenis kuit. Terbukti secara dermatologi bahan aktif didalam produk ini mampu melindungi biosfera kulit  dan memberikan lembapan dan emoliem pada kulit. EUBOS skin care direka khas untuk kulit kering yang sensitif dan terbukti mampu mengembalikan dan melindungi kulit kering secara efektif dengan lembapan secara lebih mendalam dan emolien.


Tingkatkan kesihatan dalaman dan kecantikan dari dalam ! Kami juga berpeluang untuk mengenali beberapa produk yanglain seperti Nutriva® MoriHeal Plus Rejuvenating Botanical Beverage and Nutriva® Nutritional Yeast sejenis produk yang mempunyai 2 jenis produk yang enak dan lazat bertindak sebagai makanan tambahan untuk keperluaan nutrisi setiap hari. Stesyen Nutriva®  ni menyediakan samples untuk kami merasai sendiri tekstur dan rasa produk ini dimana ianya diperbuat dari 100% bahan semulajadi seperti soursop, noni enzyme, enzim manggis, moringa leaf dan blackcurrant untuk memberi sokongan pada kesihatan pencernaan, meningkatkan sistem imun dan general well being. Dalam produk ni tiada tambahan gula atau pengawet yang tidak dingini di dalam minuman nutrisi ini. Semua rasa adalah dari buah-buahan tersebut menurut Mr Wallace Teoh, iaitu General Manager, Nutriva International Sdn Bhd. Somehow I suka gila rasa dari Soursop tu ! memang enak ! :)


OMG, lepas balik dari Cooking Right Looking Good in 2019, time to Reveal what's inside my goodies bag. By the way terima kasih pada Khairl Anuar a.k.a Pena Berkala sebab dia kasi I hadiah yang menang haritu iaitu satu set feminine wash. Thanks tau I suka gila produk ni. Selain tu produk lain yang ada dalam goodie bag I ialah :
  • Night Renewal Cream & Coconut Oil body lotion samples dari Palmer's
  • Alce Nero Che's hat and apron
  • Mary Sharon Lavender Steam Googles
  • Moorlife lunch box and water bottle
  • Mazola Oil
  • Timotei Shampoo 0% Parabens
  • Asepso Fresh Antibacterial Body Wash
  • Abellie Face Scrub
  • Mon Cherie Diary book and exfoliating scrub
  • Eubos hydro repair lotion, foot cream sample, sensitive hand and shower cream.
  • Apple Juice Enzyme
  • V mina feminine prebiocare
  • Oilum 1 set skincare dan Masabalm
  • Carrie Junior Mozzibuster
  • Zeiss lens cleaning wipe and vouchers
Jumlah produk yang dapat ni around RM200 per blogger, siapa rasa tak happy dapat banyak-banyak barang macam ni ? Dah la produk-produk jenama yang terkenal tau.

Thank you so much ! Untuk sesiapa yang nak tahu lebih lanjut mengenai aktiviti akan datang, sila layari www.100comments.com !

Thanks to the participate brands too : #alceneromy #EubosMY #berjayauc #100comments #Oilum #Nutriva_oliferin


24 ulasan :

  1. wahh! mcm masterchef la u guys.. hahaha! looks like so much fun.. barang2 dalam goodie bag pun menarik sangat!!

    BalasPadam
  2. cantiknya awak deco, saya tak mahir dalam kulinari ni..boleh la belajar dari blog awak ni.goodies bag pon best wooo hihihi

    BalasPadam
  3. Last masak-masak ni masa team dengan Kak Limah tahun 2016. Quite happy you know.. First time masak-masak dengan kengkawan time tu.. Seriously memang nervous pasrt judges nak rasa tu..hehe.. Apa-apa pun nice decoration for your food

    BalasPadam
  4. Waaa.. Bestnya dapat join program masak masak.macam ni.
    Best sebab dapat tambah ilmu.
    Dapat belajar resepi baru.
    Tahniah juga buat pemenang semua.

    BalasPadam
  5. wah syok masak2 dgn blogger ..best event camni...kt rumah pn guna produk alce nero...sedap nmpk menu2 tu..tahniah menang

    BalasPadam
  6. seronoknya. produk alce nero ni boleh cari dekat mana ya? nampak range productnya banyak.

    BalasPadam
  7. Wahhh best nyaa. Terasa macam masuk Masterchef la pulak. Hehe. Dapat recipe mcm menarik ni, kena la try nanti. Dah la dpt macam-macan pulak tu te. Rezeki.

    BalasPadam
  8. bestkan dapat belajar memasak dengan orang professional. Lepas ni awak boleh lah masuk MasterChef pulak ye. heheh nampak menarik dan sedap hidangan awak buat.

    BalasPadam
  9. Best dpt join klas masak2 ni....seronok kn dpt join kawan2 lain utk masak sesama...bagusa da program mcm ni...

    BalasPadam
  10. Dah macam masterchef dah gayanya kan..hehehe.
    Syiok kan dapat join event masak2 cam ni..lebih2 lagi dapat group yg sporting..mesti happening

    BalasPadam
  11. Interesting. I love to cook too. But not up to masterchef level..lol

    BalasPadam
  12. Wah bestnya ad event mcm ni. Semua makanan nampak best dan menyelerakan betul. Teringin pulak nk try. Eh kite mcm ad je kt sana tu.hehehe

    BalasPadam
  13. wah, chef syafiera in the house uolls :) ha ha ha ha....
    menarik ni. aida suka cooking show. apatah lagi join kelas gini.
    cuba lom pernah dijemput jer ha ha ha ha...

    BalasPadam
  14. wow! this looks so amazing !! i wanted to be part of this but i was too late. haha ! but glad you had good time.

    BalasPadam
  15. betul la. rasa mcm berada di dalam cooking class. beruntungnya dapat join.. pengalaman best ni.. dpt belajar dengan chef hebat

    BalasPadam
  16. Bestnya tengok korang join program masak masak macam ni. I haritu tak dapat join sebab ada urusan lain nak kena setel.

    BalasPadam
  17. Wah. Tahniah. Kalau Rawlins - boleh tolong potong bawang dan persiapan je la. Nak menghias dan memasak - memang gagal. Haha.

    BalasPadam
  18. Best event ni. Sedih x dapat join sebab Yara sakit. Btw salad tu mmg nampak sedap. Tapi udang mmg kena ada strategi takut x masak takpun over cooked

    BalasPadam
  19. Pergh, tak sangka ramai rupanya blogger kat Malaysia ni yang terer masak. Especially menu yang rare dan tak biasa dimakan macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah semua mesti kena pandai masak gila nak makan luar je hari hari, kalau ada sponsor makan free okey gak hahaha

      Padam
  20. The travel by https://www.imanali.in/ will give you the most beautiful experience of the life. This will make you able to have the joy of the different types of the things. This will mkae you able to tracel allover the world. This will make you able to haave the joy in the different corners of the world.

    BalasPadam
  21. The blog was so engaging and more than that it was the delicious food that kept me scrolling the entire blog. Even though I didn't taste it, https://kullumanali.org/ it seemed so gratifying that the ones who tasted it would have got crazy over the taste.

    BalasPadam
  22. Today's era is full of technology and everyone is taking advantage of it. In this age of internet, you are getting all facilities sitting at home and you don't even have to go anywhere. Hello everyone, we are alexa cabs service provider and offer you taxi service at affordable price. If you also want to book taxi service to go anywhere in Indore or to roam with your family, then we can help you in this. By the way, there are many places in Indore where you can roam, some names are as follows.
    1 Rajwada
    2 Lalbagh Palace
    3 Khajrana Ganesh Temple
    4 Sarafa Market
    5 Central Museum of Indore
    and many more places
    Find us by using these keywords
    Cabs Service in Indore
    Taxi in Indore
    Taxi Service in Indore
    Outstation Cabs Service in Indore
    Local Taxi Service in Indore
    Airport Transfer Cabs in Indore
    Oneway Taxi Service in Indore
    Indore Cabs
    Indore Taxi
    Cabs in Indore

    BalasPadam
  23. Eve Trips is giving you chance to spend your weekend in a different way. It will be change your way of living for some time that feels you like at Manali by https://evetrips.com/ more exciting than ever. You can plan your trip of a special place where you easily get all the adventurous activities with luxurious place for living.

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com