SAFI MICELLAR NATURAL CLEANSING WATER / PEMBERSIH SOLEKAN MICELLAR


I reviewed Safi Micellar Water REVIEW Neem sebab ianya khas untuk masalah kulit berminyak dan berjerawat.. let's see samada ianya efektif untuk membuang solekan waterproof dekat wajah I okay.. Other than Neem terdapat 2 lagi jenis iaitu Rose(kulit normal dan kombinasi) dan cucumber khas untuk kulit normal dan delicate skin. Heh..

For me Not bad ianya memang bertindak untuk membersihkan solekan wajah tak kisah la makeup waterproof ke tak, memang mudah je. Lagi satu lepas dah cuci produk ni claimed tak payah bilas kan? Kalau macam I, I tak pernah buat lagi. I mesti nak Double Cleansing. Tapi memang Worth lah harga pun affordable. Tengok Video, macam mana I bersihkan wajah I dari solekan tebal dengan SAFI MICELLAR NATURAL CLEANSING WATER / PEMBERSIH SOLEKAN MICELLAR. 


Diperkaya dengan formulasi 100% bahan aktif semulajadi dan tidak memedihkan mata.

Pembersih solekan anda memedihkan mata bagai dihiris bawang? Tidak menanggalkan solekan serta kotoran dengan berkesan dan mengeringkan kulit? Memperkenalkan SAFI Micellar Natural Cleansing Water rangkaian pembersih solekan “mesra kulit” diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi yang lembut dan membersihkan kotoran dengan satu sapuan.


Lebih menarik formula bahan semulajadinya membuatkan Pembersih Solekan SAFI Micellar ini amat sesuai digunakan terutamanya untuk membersihkan solekan di sekitar bahagian mata yang merupakan bahagian kulit yang nipis, sensitif, dan paling terdedah kepada masalah kedutan, jika kita menggunakan pembersih solekan yang tidak sesuai.

Seperti solekan yang mampu menyerlahkan sisi personaliti dan gaya berbeza setiap wanita, SAFI percaya kulit yang cantik adalah kulit yang sihat dan ini dizahirkan dengan penggunaan produk penjagaan kulit muka dan rutin kecantikan yang bersesuaian dengan keperluan khusus kulit anda. Rangkaian inovasi kecantikan terbaharu dari SAFI ini adalah hasil komitmen berterusan di dalam penyelidikan dan pembangunan produk penjagaaan kulit muka oleh SERI | SAFI Excellence in Research and Innovation | Centre, makmal produk kosmetik Halal terbesar di dunia, yang berpusat di Subang Jaya.



SAFI Micellar Natural Cleansing Water hadir dengan tiga variasi rumusan 100% bahan semulajadi aktif setiap satu menepati keperluan khusus kulit anda:

SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Rose
Kulit normal & Kombinasi
Membersih & mengecilkan liang pori

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Ros, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan 1 sapuan serta mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat, hasilnya kulit segar dan berseri. Sesuai untuk kulit normal dan kombinasi

SAFI Micellar Natural Cleansing Water - Neem
Kulit berminyak & Berjerawat
Membersih & mengawal jerawat

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Neem, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan 1 sapuan serta mengawal jerawat, hasilnya kulit berseri tanpa cela. Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat

SAFI Micellar Natural Cleansing Water – Cucumber
Semua jenis kulit
Membersih & melembapkan kulit

Diformulasi dengan 100% bahan aktif semulajadi Mentimun, ia membersihkan solekan dan kotoran dengan 1 sapuan serta melembap dan juga menyihatkan kulit, hasilnya kulit lembut dan bermaya. Sesuai untuk semua jenis kulit.



Rangkaian produk SAFI Micellar Natural Cleansing Water dipasarkan pada harga RM 17.25 bagi botol bersaiz 200 ml dan boleh didapati di semua farmasi dan pasaraya terpilih di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, sila layari laman sesawang rasmi SAFI di www.safi.com.my , laman Facebook rasmi SAFI di www.facebook.com/SAFIMalaysia dan laman instagram rasmi SAFI di www.instagram.com/SAFIMalaysia.

Ayuh kita membina keyakinan diri setiap wanita dengan berkongsi kisah transformasi kulit sihat anda dengan memuat naik foto atau video di profil media sosial berserta tanda pagar #SAFIMICELLARWATER dan #SAFISKINSTORY.

MENGENAI JENAMA SAFI

Sejak tahun 1985, SAFI memberi keyakinan kepada pengguna Islam dengan rangkaian produk penjagaan badan dan kecantikan kulit yang bukan sahaja “Selamat dan Suci” tetapi juga berasaskan sains yang menepati keperluan dan kehendak pengguna.

SAFI berbangga sebagai jenama Malaysia yang mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan produk penjagaan kulit HALAL yang termaju dan terbesar di dunia iaitu SERI | SAFI Excellence in Research and Innovation| Centre yang berpusat di Subang Jaya dan bertanggungjawab dalam setiap inovasi produk SAFI.

Inovasi menjadi teras di dalam setiap produk keluaran SAFI di dalam setiap kategori yang ditawarkan dari segi pemilihan bahan yang berkesan, kombinasi keseluruhan termasuk wangian , sentuhan , penampilan dan reka bentuk luaran.

Produk SAFI merangkumi rangkaian produk penjagaan kulit muka, mandian, deodoran, talkum, ubat gigi, syampu dan produk penata gayaan rambut yang kini dipasarkan bukan hanya di Malaysia malah di Asia Tengah, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com