4 Aktiviti Menarik wajib CUBA di Resorts World Genting


Resorts World Genting sememangnya TERKENAL dengan pelbagai aktiviti menarik seperti hiburan, untuk santai-santai, tempat mengisi waktu lapang dan bersukaria bersama rakan dan keluarga. Satu hari sahaja boleh explore macam-macam di sini.

AKTIVI PERTAMA

Kami memang tidak akan lepaskan peluang untuk cuba sendiri permainan realiti maya di The Void, last time kami main Star Wars Secret Of The Empire - baca di > sini < kali kedua pula kami bermain permainan Nicodemus. Nicodemus ni seram kot haha, tapi paling penting orang lelaki main kalah perempuan kot jeritan mereka ni. Nicodemus ni ada 6 pilihan karakter iaitu 3 lelaki 3 perempuan. Dalam ni ada beberapa task yang perlu diselesaikan. Tapi bagi yang ada 'heart attack' tak payah la ngengada nak masuk, seram tau sebab hantu dalam tu suka serang mengejut. Paling seram siapa yang masuk tak kuat semangat kemungkinan besar korang takkan keluar dari permainan ni. So ada berani ? Haha.

THE VOID

Di dunia Skytropolis, terdapat pengalaman lebih menarik menanti anda selain permainan di karvival. The VOID, permainan hiper realiti yang menggunakan teknologi terkini dan bertaraf dunia yang merangkumi Kawasan seluas 7,000 kaki persegi adalah yang terbesar di luar Amerika Utara dan di Asia. The VOID menggunakan teknologi VR ditempah khas yang mewujudkan pengalaman mencetus naluri eksplorasi dan keterlibatan. Filem Francais terkenal Star Wars: Secrets of the Empire, Ralph Breaks VR, Ghostbusters antara pilihan The VOID dan termasuk satu hasil karya seram mereka sendiri Nicodemus: Demon of Evanishment.

AKTIVITI KEDUA

Skytropolis Funland ni memang seronok sebab terdapat banyak permainan yang akan menanti sesiapa yang akan berada di sini pada masa aka datang. I sempat menaiki beberapa permainan di Funland ni antaranya Disco! , Royal Carousel, Space Cadets, Bumper Boss dan Balloon Race. Yang ni pun rasa macam dah cukup bagi I cuma I tak berani nak naik Spin crazy dan permainan yang tunggang terbalik sebab I rasa macam fobia heheh takut terjatuh ke bawah.. huuu... dekat sini ada permainan mengikut ketinggian, kalau pendek main biasa-biasa je la, kalau tinggi dan berani boleh main yang ekstrem. Apa pun seronok sangat bila berada di sini sebab rasa macam dapat lepas geram melalui jeritan. Bagi I yang Disco! tu pun dah macam minor extreme. Heh. Tapi I suka lagi Royal Carousel sebab rasa macam bring back the childhood memory. 

Skytropolis Funland dibuka di Resort World Genting - A carnival world awaits.. Sebuah dunia karnival menanti..

Genting Highlands, 19 Januari 2018 - Pra pembukaan Skytropolis Funland pada Disember tahun lepas telah memberi satu nafas baharu kepada hiburan di Resort World Genting selepas ia ditutup hampir setahun enam bulan. Sejak ia kembali dibuka, Skytropolis Funland berjaya menarik ribuan pengunjung ke resort itu. Tidak dinafikan taman tema tertutup yang baharu diubahsuai itu merupakan pintu gerbang kepada dimensi baru keseronokan, yang bakal membawa para pengunjung dalam pengembaraan mendebarkan, permainan penuh adrenalin dan dunia serba baru. Daripada pintu masuk dihiasi roda bergigi yang bergerak hingga ke ribuan lampu berwarna-warna, setiap inci taman tema tertutup itu menjanjikan keseronokan paling maksimum.

Taman tema tertutup Skytropolis Funland setinggi empat tingkat terletak dipenuhi dengan warna-warni dan keceriaan. Dilengkapi skrin LED mega pada dinding dan siling (lebih daripada 50 meter Panjang) yang menerangi taman tema itu, Skytropolis serba baharu menjanjikan saat tidak dapat dilupakan buat seisi keluarga. Buat permulaan 13 permainan telah diperkenalkan dan akan disusuli dengan sembilan lagi. Berkeluasan 400,000 kaki persegi, taman tema tertutup itu memiliki pusat hiper realiti The VOID, Imaginatrix permainan realiti maya dan Big Top Games Park.

“Kami sentiasa berusaha mencari jalan untuk membuat para tetamu teruja dan kagum dengan pengalaman baharu di resort ini, dan dengan pembukaan Skytropolis Funland, kami berjaya dalam mewujudkan suasana itu yang membolehkan kanak-kanak, orang dewasa dan seisi keluarga bergembira pada bila-bila masa sepanjang tahun,” kata Brian Machamer, Naib Presiden Kanan Bahagian Taman Tema, Resorts World Genting.

Tambah beliau, “Kami telah melabur lebih daripada RM300 juta untuk mengubahsuai semula taman tema tertutup ini dan kami tahu ia akan membuatkan para pelanggan teruja. Kami juga membawa masuk 15 permainan sedia ada daripada taman tema terbuka dan menaiktarafnya dengan wajah baharu. Ia merupakan permainan yang sebati dengan kebanyakan penduduk negara ini sejak zaman kanak-kanak lagi dan kami bawakannya kembali, lebih besar dan hebat daripada sebelum ini seperti permainan Super Glider yang turut dikenali sebagai roller coaster ‘Superman’. Kami juga memperkenalkan tujuh permainan baharu termasuk Power Surge, Disco!, Sky Towers, Spin Crazy, Bumper Boss, Boo Boo Bump, Tea Cups dan Balloon Race buat pertama kali untuk para pengunjung merasainya. Apabila semua permainan yang dirancang dibuka sepenuhnya, kami menjangkakan lebih 7,000 pengunjung setiap hari hadir dengan perasaan teruja dan pulang bersama senyuman.”

Dikenali sebagai Taman Tema Tertutup First World sebelum itu, ia menerima lebih daripada 20 juta pengunjung dengan lebih 1,000,000 tiket dijual setahun sebelum ia ditutup pada tahun 2017.

Ia merupakan taman tema yang dibina ke hadapan daripada masanya dengan tarikan seperti SkyVenture, mesin simulator terjun udara bebas yang pertama seumpamanya di Asia pada masa itu. Dibawah Pelan Pelancongan Bersepadu Genting (GITP) untuk membangunkan semula Resorts World Genting, Taman Tema Tertutup terkandung dalam rancangan untuk menjadi sebahagian daripada pelan naiktaraf memberi wajah dan nafas baharu yang dibangunkan oleh pihak resort.Perubahan itu membolehkan pihak resort menawarkan ‘Taman Keriangan’ baharu buat semua peringkat umur untuk bergembira.

Nikmati lonjakan adrenalin atau bergembira bersama keluarga dengan pemainan menarik Dibahagikan kepada kategori Kanak-kanak, Keluarga dan Keseronokan, setiap permainan telah direka khas dengan gabungan suasana penuh warna-warni. Buat kanak-kanak mereka boleh bermula dengan Ride ‘Em Round, merupakan satu permainan klasik menampilkan patung-patung gajah, singa dan kuda berpusing. Mereka kemudian boleh mencuba permainan seterusnya iaitu Whirly Bugs, dimana kanak-kanak akan duduk di dalam sebuah pod menyerupai haiwan dan berputar mengelilinginya. Boo Boo Bump pula merupakan permainan klasik bumper car manakala Loop De Loop merupakan permainan berputar yang pasti akan memberi keriangan. Permainan Jumping Spurs yang mesra kanak-kanak dijangka dipasang tidak lama lagi.

Orang dewasa turut tidak dilupakan dengan pelbagai permainan yang sesuai menanti seisi keluarga. Pertama, mulakan dengan Copper Express keretapi vintaj yang lengkap dengan enjin stim, kepulan asap dan lampu kepala melalui trek sepanjang 61 meter yang akan memberikan pemandangan sekitar Skytropolis Funland. Terdapat juga permainan Space Cadets yang membawa anda sekitar alam semesta dan mengelilingi sistem solar. Antara lain termasuk permainan Royal Carousel dan sertai Phileas Fogg dalam pengembaraan beliau dalam Around the World in 80 Days dalam perlumbaan belon. Akan datang tidak lama lagi adalah permainan Tea Cups yang akan membawa anda mengelilingi taman tema dengan permandangan dari atas sesuai untuk seisi keluarga, Chariot Cruise yang membawa pelawat mengelilingi taman tema dan Soaring Ships yang menawarkan permandangan yang boleh dinikmati dengan seisi keluarga.

Buat mereka yang mempunyai jiwa kental, boleh mencuba permainan Thrill, yang pasti akan membuatkan adrenalin melonjak. Bermula dengan mencuba permainaan bumper car bersaiz besar di dalam Bumper Boss. Sky Tower pula akan membawa pengunjung naik hingga ke puncak Menara Art Deco dengan santai dan kemudian turun pada kelajuan tinggi. Disco! pula pasti akan membuatkan anda berpusing-pusing di dalam bola disko di atas trek rollercoaster manakala Spin Crazy akan memberi perspektif berbeza menggunakan pergerakan atas, bawah, kiri dan kanan dalam sudut 360 darjah di udara sekitar paksi. Lebih banyak permainan dijangka ditambah tidak lama lagi termasuk Stormy Voyage.

Bagi melengkap tema sarkas yang dibawa, Skytropolis turut akan memperkenalkan Highlands Heroes pada 2019 termasuk Joe the Orangutan, Tabby the Tiger, Allie the Elephant , Geno the Dinosaur, Bennie the Sun Bear dan Callie the Dragon yang akan menyambut pengunjung di pintu masuk. Maskot itu semua akan menjadi wajah-wajah dikenali di Skytropolis Funland. Mereka juga akan terlibat untuk membuatkan pengunjung gembira untuk tahun ini.

Lebih Banyak Penggembaraan Menanti anda di sini !



AKTIVITI KETIGA

Kali ni kami sempat menonton GLASS di Gold Class D-Box Bona Cinemas, cerita yang penuh tanda tanya ni sebenarnya adalah sambungan dari cerita UNBREAKABLE dan SPLIT kalau tak mesti you all rasa cerita ni GLASS ni weird. Hee. Bila tonton dengan D-Box rasa macam okay sebab setiap scenes akan ada movement mengikut jalan cerita.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda ingin merasai pengalaman berada di atas aras laut 6,000 kaki untuk menonton sendiri karya sinematik yang boleh merangsang 'adrenaline junkie' anda ? Lebih-lebih lagi filem aksi gitu. Filem yang yang diberi sentuhan dengan imaginasi dan kreativiti telah menjadikan ruangan panggung di Bona Cinemas menjadi lebih selesa dan semestinya rasa lebih enjoy ketika menonton filem tersebut. Sila baca di > sini < untuk maklumat lanjut.


AKTIVITI KEEMPAT

I sebenarnya tak pasti sama ada I takut pada ketinggian atau tidak. Sebenarnya I memang tak suka nak lepaskan peluang yang 'a bit extreme' macam ni sebab ianya suatu pengalaman yang mahal dan bukan selalu dapat naik benda ni. So inilah dia Adventureland Eagle Landing Zipline. Bagi yang takut tak mau naik ya, so far the safety under control. Staff kat situ dah pesan dekat I jangan takut safety dia amat ketat. hee.. nasib baik masa nak 'slide' tu dua-dua turun so tak adalah rasa gementar tau.

EAGLE LANDING ZIPLINE

Mereka yang tidak takut pada ketinggian atau gayat boleh menuju ke Eagle Landing Zipline, permainan sejauh 200 meter merentasi taman tema tertutup pada ketinggian empat tingkat. Ia menawarkan satu-satunya pemandangan unik di dalam taman tema tertutup khas buat mereka sukakan adrenalin. Tiket dijual pada harga RM31 untuk seorang, RM25 untuk dua orang dan RM19 untuk empat orang. Setiap peserta tertakluk kepada syarat had berat dan ketinggian.



Harga tiket

Tiket perpermainan berharga RM10 dari Isnin hingga Jumaat serta RM15 pada Sabtu dan Ahad, Cuti Umum, Petang menjelan Cuti Umum dan Cuti Persekolahan. Buat mereka yang mahukan pengalaman tanpa had, Pas Previu Skytropolis Funland boleh dibeli pada harga RM60. Tiket-tiket boleh dibeli di kaunter tiket yang disediakan atau ke kios mesin layan diri. Pas Previu turut boleh dibeli secara online di www.rwgenting.com . Masa operasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Nikmati tawaran hebat luar biasa dengan diskaun sehingga 24% untuk pakej Kombo :



Tambah tenaga anda dengan snek di kios F&B

Pada ketika ini terdapat lapan kios F&B beroperasi sekitar Aras 1, Skytropolis.
Menghidangkan pelbagai jenis hidangan yang pasti akan memenuhi citarasa, para tetamu
boleh membuat pilihan terdiri sama ada wafel panas Hong Kong dihidang bersama aiskrim
atau hiasan manis dan savuri di WOWfils. Pelbagai juadah berasaskan durian turut
disediakan sama ada aiskrim, donut, krim paf, puding dan kek di kios Durian Delights.

Rasai keenakan nasi lemak, karipap dan sate di kios Malaysian Delights atau bersiar
bersama-sama tart telur, kuih nyonya, bun serunding ayam, sosej gulung atau ais kacang
daripada kios Local Pastries.

Para pengunjung yang gemarkan aiskrim pasti akan teruja dengan pelbagai pilihan yang
lazat disediakan di Ice Cream &amp; Gelato, manakala kios The Pink tidak kurang hebatnya
dengan hidangan seperti kek cawan, gula-gula, coklat dan konfeksioneri dengan semuanya
berwarna merah jambu.

Lawatan anda ke karnival tidak akan lengkap tanpa sebekas bertih jagung. Ikut deria bau
anda bagi menghidu aroma mentega, karamel dan gula untuk sampai ke kios Popcorn dan
Fairy Floss. Jika masih tidak cukup, anda masih boleh memuaskan keinginan merasai snek
lazat manis dan savuri di kios Circus Snacks.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi + 603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com