You Netflix - Warning ! Obses dengan seseorang sehingga boleh bunuh orang


Masa time Disember 2018 I try to relax biasalah Malaysia tak ada winter pun time ni tapi time cuti sekolah jadi I decided nak tengok Netflix je haha. Tiba-tiba masa ON Netflix ada short trailer timbul seorang lelaki handsome di kaca TV tu. Tiba-tiba dia pandang I semacam of course lah I teruja kenapa tiba-tiba dia cakap You. Haha pandai ya pengarah dia.. nampak macam tengah interact dengan audience macam I. Muka pun ala-ala macam Mr Grey ahhaha. Sebab I curious then I pun tengoklah sinopsis.. tapi rate cerita 16+ sex, substances and violence. Jadi sebagai seorang mak of course lah nak tengok waktu anak-anak tidur ke waktu dorang pergi sekolah ke.. huhuh tapi dalam 1 hari tu I covered 8 episodes kot.. gila ke tak gila ? Time 8 malam sampai ke 5-6 pagi tengok season You ni... sambil layan dengan husband sekali haha..



Cerita dia secara asasnya biasalah pertemuaan pertama mata ke mata di sebuah kedai buku milik Mr Mooney tapi yang jaga kedai tu ialah seorang lelaki handsome iaitu watak utama sebagai Joe Goldberg yang dilakonkan oleh Penn Badgley yang bekerja sebagai pengurus kedai. Masa tengah belek-belek buku ada seorang wanita cantik berambut ikal masuk ke kedai buku untuk mencari sebuah buku anti-depression haha tetiber* so disebabkan perempuan tu muka cantik of course lah mata yang memandang tidak mampu menolak.. jadi Joe ni pun macam teruja tengok perempuan ni. Perempuan ni pula pandai berpuitis jadi apa lagi berahi juga lah Si Joe ni, Joe dengan perempuan tu siap judging seorang lelaki yang tengah cari buku juga time tu, jadi boleh dikatakan dua-dua sejenis yang suka berfikir dan mempunyai sifat curious juga la. Then lepas nak bayar buku tu, dorang pun bercakap lagi bla bla and so on sampai perempuan tu perkenalkan nama dia sebagai Guinevere Beck, tapi dia suruh panggil Beck je. Okay lepas tu dia tinggalkan kedai tu macam biasalah.

Yang Si Joe ni pula disebabkan pertama kali memandang dan jatuh hati dia pun google nama Si Guinevere Beck.. nak pula Beck ni seorang kaki so-sial media.. ada Instagram ada facebook ada blog juga and paling best banyak maklumat pasal diri dia shared di Internet, jadi memang senanglah untuk Si Joe ni stalk dia. Sampai alamt rumah pun dia tahu sabar je la... Tapi boleh dimaafkan sebab Joe ni muka handsome, trololol* 

Basically watak Beck ni pula sebagai watak mangsa keadaan - ada 3 orang kawan baik iaitu Peach, Annika dan sorang lagi apa tah nama dia huhuh. Sorry for my lack noticed of the character. Beck ialah seorang penulis. Dah Si Joe ni pula minat baca buku jadi memang kena dan ngam lah bila tahu si Beck ni seorang penulis.  Waktu malam tu lepas Joe habis kerja dia ambil masa untuk melawat tempat tinggal Beck.

I masih tertanya-tanya kenapalah tingkap tempat tinggal Si Beck ni tak ada langsir sebab orang dari luar pun boleh nampak apa dia buat kat dalam rumah. Dia tanggal baju pun orang boleh nampak kot.. macam tak ada privasi betul si Beck ni.. mana lah Joe tak geram tengok kan ? Joe tu dah lah kaki stalk, so dia boleh nampak apa si Beck buat dalam rumah tu.

Beck time tu macam tengah kecewa muka stress sambil pegang phone.. Joe tengok macam kesian.. tengok-tengok ada seorang lelaki sampai ke rumah Beck then masuk rumah macam arguing on something lepas tu lelaki tu dengan Beck terus buat projek, jadi Joe terkedu rupanya Beck dah ada boyfriend.. lepas dah setel projek tu lelaki tu terus keluar dari tempat tinggal Beck.. Beck pula masih tak puas lagi dia pun layan diri sendiri.. semua aktiviti tu Joe hanya tengok and dia pun sekali buat part tak senonoh sambil membayangkan si Beck macam tengah buat projek dengan dia. Dari scene tu terus Joe non-stop stalking Si Beck ni.. mana-mana Beck pergi update anything dalam media sosial dia keep on tracking. Creepy kan ? Tapi Si Beck ni memang macam attention-seeker pun. Haha.

Beck ni karakter dia macam seorang tak terurus, ada masalah keluarga, ada masalah dengan penulisan, sampai depression dibuatnya.. nak pula rumah pun tunggang terbalik, makan macam tak cukup.. huhuhu katil macam nak patah.. Joe pula sempat curi-curi masuk dalam rumah Beck waktu Beck tiada di rumah.. hmmph macam-macam lah dia selongkar sebab curious pasal Beck ni... Joe ni perempuan macam ni pun dia suka juga ek sebab dia cantik je ke macam mana eh ? Joe bila dah nampak perempuan ni jenis macam terurus dia cakap dalam hati nak tolong Beck ni buat laundry and so on.. I rasa Joe dah mula jatuh hati dengan Beck..Tapi scary sangat sebab dia macam tak suka Beck tu lepak dengan kawan-kawan sebab bagi Joe.. kawan-kawan si Beck ni akan menjadi penghalang untuk Beck kecapi impian sebagai penulis...

Disebabkan semakin Obses Joe memang tak boleh tengok Beck dengan sesiapa pun.. Kalau nak tahu lagi lanjut, korang kena tonton sendiri... warning next episodes memang seram sikit sebab berlaku kes keganasan... hampir semua kawan-kawan Beck jadi mangsa si Joe.. siapa sangka bila dah terlalu obses dengan seseorang dia akan membenci sesiapa je yang dekat dengan orang yang dia suka tu..

Tonton di You di Netflix : https://www.netflix.com/my/title/80211991



Post a Comment

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com