Spa di rumah untuk kulit kering dan sensitif


Sebagai seorang wanita yang berumur 29 tahun, pada awalnya I sangkakan kulit I ianya berminyak sebab penghasilan jerawat yang non-stop tapi lepas buat skin analysis bersama Fiona Chai iaitu seorang 'freelance beauty consultant' mengatakan bahawa kulit I mempunyai masalah kulit kering dan sensitif. Mungkin disebabkan apabila kulit kering ianya telah menghasilkan sebum yang berlebihan dan mengakibatkan liang pori tersumbat. Tu sebab senang jadi jerawat. Selain daripada kulit kering I juga dapati kulit I juga adalah sensitif dan selalu terjadinya kemerahan.

Paling BEST untuk wanita yang sibuk seharian tiada masa nak ke SPA, jangan risau sebab Fiona Chai ialah AMWAY independent beauty consultant, dia akan pergi rumah ke rumah untuk rawat masalah kulit anda. Jadi anda tak perlukan 'nanny' untuk jaga anak-anak anda. hee. Harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan.

 
Kulit harus dianalisis terlebih dahulu supaya dapat memilih pemakaian produk yang sesuai untuk masalah kulit yang dialami. Dengan menggunakan Amway Artistry Skin Analyzer - technology ianya dapat menganalisis masalah kulit dimana ianya adalah 8 jenis pengukuran dengan teknologi 3 dalam 1. Filter polarisasi mampu mengesan masalah seperti kerutan, pori-pori, pigmentasi dan sensitiviti. Lampu UV pula untuk mengesan porhyrin manakala sensor hidrasi pula khas untuk mengesan tahap hidrasi dan juga keanjalan kulit. Fiona telah analisis kulit I dan memang I tengah alami keradangan kulit. Jom tengok I punya keputusan di bawah.


Keputusan hidrasi/ hydration results kulit I :

Kering dan I mempunyai masalah kulit terlampau kering dari kulit biasa.


Yang ni merupakan Artistry sebum oil indicator dimana ianya akan mengukur tahap sebum yang dilepaskan dari kulit wajah I.


Artistry sebum oil indicator akan ditekap pada wajah I terutamanya di bahagian T-zone dan U zone.



Keputusan Sebum/ Sebum Results.

Jenis kulit I adalah kering tapi sebum berlebihan manakala lembapan tidak seimbang kerana penurunan kelenjar sebaceous dan kelenjar peluh tidak berfunsgi dengan baik.



Seperti I katakan I memang mempunyai masalah liang pori besar akibat daripada severe acne I pernah alami sejak I umur 15 tahun.



Nampak tak perbezaan kulit I dengan yang sepatutnya. Huhu memang scary habis :(


Liang pori bersaiz besar orang panggil bahasa kasar ialah muka berlubang-lubang dan kulit macam I ni memerlukan penjagaan yang terbaik sebab tekstur kulit I tidak rata dan pori sangat besar.


Paling sedih I belum umur 30 tahun pun dah ada melanin :( dan I perlukan penjagaan rapu sebab pigmen yang merah bertukar menjadi gelap pada atas kulit.


I pun alami masalah kekurangan keanjalan kulit sebab tu tekstur kulit I nampak saggy dan pori nampak besar habis. Analisis mengatakan I tak ada masalah kedutan masih dalam kondisi yang baik. Trouble I tak teruk sangat so far kulit I considered seimbang juga dari segi sebum dan lembapan. Kulit sensitif tu ada sedikit tapi still kena jaga sebab ada juga kemerah-merahan tu. hee.


Lepas dah selesai analisis kulit I, next Fiona Chai telah menggunakan alatan khusus dan produk yang sesuai untuk merawat masalah kulit yang I alami.

 
Kulit I sebelum rawatan.Omg how i wish semua benda ni hilang dari wajah I. I nak baby face please.


Mula-mula wajah dibersihkan dengan pencuci wajah.


Lepas tu wajah dibersihkan dengan facial sponge.

 
Electronic beauty device digunakan untuk extra skincare intensive.


Dah selesai menggunakan device tu terus disapukan mask pada wajah ku.


Mask ni boleh bawa tidur tau sebab dia bantu perbaiki masalah kulit yang dialami.


Wajah setelah rawatan. Kulit nampak lebih berseri dan glowing. Kena buat hari-hari untuk kulit nampak lebih cantik dan lawa.

Apapun thanks to Fiona Chai sebab tawarkan servis SPA ke rumah khas untuk yang tiada masa untuk ke spa. Waktu malam pun boleh tau.

Nak gunakan servis kecantikan ni ?
Sila email : Total Beauty by fionachai@gmail.com
atau dail : +6012-3351788


Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com