Minum untuk kesihatan dengan The Miracle LIVEN Tumbler ACERA

Pernah tak anda terfikir untuk menikmati minuman panas dengan Tumbler yang cantik dan sangat bagus untuk kesihatan ? I tak pernah terfikir yang perkakas seperti cawan sangat berguna untuk kesihatan dalaman setelah menggunakan sendiri Miracle LIVEN Tumbler. Ianya bukan tumbler biasa-biasa tapi terdapat sejenis ion positif yang boleh memberi kesan yang baik pada yang meminum menggunakan tumbler ni. So far bagi I.. I rasa I asyik berfikir secara positif je bila minum minuman panas seperti teh o, kopi dan air bersih suam dalam tumbler ni mungkin disebabkan oleh rekaan tumbler ni sendiri sebab ianya sangat elegan, minimalis, ringkas dan cantik. Bagi I ianya akan FIT THE PERSPECTIVE walaupun ianya berada di atas meja kerja I. Bila I bawa kemana-mana tumbler ni I nampak macam seorang yang lebih berpesonaliti dan yakin dengan diri sendiri. Like I said tumbler ni beri kesan yang sangat positif pada penampilan I.

Lagi satu dengan adanya The Miracle LIVEN Tumbler ianya akan memberikan semangat pada setiap individu untuk meminum air yang mencukupi dalam sehari. Paling best tumbler ni tidak terhad apa pun jenis minuman sama ada sejuk, panas, manis seperti madu atau pahit seperti kopi. Ianya tetap menjadikan semuanya terasa lebih istimewa tau.


Tengok wayang pun I bawa air panas suam dalam The Miracle LIVEN Tumbler ni sebab ianya boleh mengekalkan kepanasan air tu dalam tempoh masa yang lama at least more than 2-3hours. Kalau letak air panas pun rasa macam selamat juga sebab dia macam ada 'doublekaca' dalam tu. So tetap rasa selesa bila pegang tumbler ni. Paling best saiz tumbler ni tersangatlah MUAT dalam bag dan cup holder dalam kereta I termasuklah cup holder dalam panggung wayang.


Antara menariknya ciri-ciri The Miracle LIVEN Tumbler :
  • Lid ( penutup tumbler )
    Kedap udara dan bebas daripada kebocoran. Ianya mempunyai penutup silikon gred pemakanan SGS yang membantu untuk mengelak kebocoran dan sangat mudah untuk digunakan dan dikeluarkan.
  • Rim ( bahagian bulatan tempat minum )
    Diperbuat menjadi satu mengikut bentuk tumbler, tiada ruangan, mengikut bentuk bulat dan rekaan yang indah. Mudah untuk dibersihkan dan selesa apabila dipegang.
  • Craft ( Kraf )
    Mutu kerja hasil tangan digabungkan dengan proses tradisional dimana The Miracle LIVEN  Tumbler ni menggunakan suhu yang tinggi 1300° untuk menghasilkan produk ACERA.
  • Design ( Rekaan )
    Bentuk Tumbler direka dengan lengkungan ergonomaik dan lengkungan nisbah emas dimana ianya nampak lebih bergaya dan lebih moden. Ianya di adaptasi dengan warna yang popular, gaya yang ringkas untuk menampakkan gaya yang lebih muda dan dapat mengeksperasikan sebuah kehidupan.







Apa yang istimewanya The Miracle LIVEN Tumbler dari ACERA ni ? Ianya buka calang-calang tumbler tapi ianya mempunyai tourmaline iaitu sejenis mineral yang boleh menukar ion negatif yang boleh mengurangkan klorin dan menambahkan rasa yang lebih menyelerakan dan menjadikan air lebih selesa untuk diminum.

Bagi I The Miracle LIVEN Tumbler dari ACERA ni boleh dijadikan sebagai hadiah khusus untuk sambutan harijadi, perayaan dan hadiah hantaran waktu ada perkahwinan. Kalau anda berminat untuk memiliki The Miracle LIVEN Tumbler ni boleh lah beli di : 
https://www.tian-ishop.com/products/the-miracle

I dah ada satu warna scarlet red. I suka sangat sebab ianya FIT my Personality.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com