ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK | REVIEW |


Semakin meningkat usia tak pasti kenapalah makin Kembang Kembung pipi muka ku... Nampak berisi.. punyalah jaga pemakanan tapi tu la pipi ni tetap nak naik.. I tak suka sangat bila pipi nampak gemuk sebab nampak macam lebih berusia dari umur asal. Maaf hentikanlah kata-kata ala dah kembang tu sebab bahagia suami sayang... heee memanglah sayang tapi tugas kita untuk diri sendiri adalah pastikan diri sihat... bagi I pipi berisi ni adalah disebabkan lemak berlebihan dan pasti orang yang sihat dah boleh agak pemakanan apa yang kita ambil... mesti makan makanan yang berminyak... heee...

Satu je nak cantik nak wajah V shape tirus ala-ala Barbie Doll memang wajib jaga pemakanan dan berpuasa pun bagus.. hee tapi I suka bila dah ada produk sedikit sebanyak bolehlah membantu untuk Vshape kan kulit wajah iaitu ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack - I design, small face A to Z..


ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ni adalah sejenis krim malam dimana sapu pada wajah setelah cuci, segar, serum, lembabkan wajah.. ianya merupakan langkah terakhir dalam rutin kecantikan... then lepas tu tidur terus.. selama beberapa hari I cuba produk ni so far I sukalah sebab pagi-pagi bangun pipi wajah I tetap rasa hidrat dan lembab tanpa rasa melekit..


 ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack bertekstur pekat dan berwarna putih bila sapu ke atas kulit dia cepat meresap setelah buat urutan wajah.. tapi serious memang tak rasa belengas tau bila pakai.. muka rasa lembut.. bila bangun pagi, garisan halus macam visible-less.. I suka gila tengok kulit I waktu pagi-pagi bangun tidur lepas sapu  ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack sebelum I tidur..

Packaging pun menarik nampak sangat ekslusif.. kalau you all nak tahu..  ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack  pun I pakai waktu siang juga dalam amaun yang sedikit haha sebab krim dia amat berkesan untuk bentukkan v-shape pada kulit I so far I like it I like it ! I tak tahu orang lain tapi untuk kulit I.. tiada masalah gatal-gatal bila pakai produk ni. Paling best ianya sesuai untuk kulit sensitif macam I...




Tadaa cuba tengok I punya garisan halus bawah mata nampak lebih improved, parut nampak lebih pudar dari sebelum, liang pori nampak lebih kecil.. cuba tengok jawline I nampak lebih slim sikit..  Ni muka lepas I bangun pagi tak basuh lagi, heee.. Nampak tak glow glow tu I suka gila krim ni, memang tak skip sebagai rutin kecantikan harian I..

Bagi yang masih belum tahu, jenama ID.AZ ialah jenama TOP dalam klinik dermatologi di Korea dimana produk yang dihasilkan ialah sebagai rawatan profesional tapi boleh dilakukan di rumah,  ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning Sleeping Pack ni fungsinya adalah untuk menegang, mengetat dan mengecilkan wajah agar nampak lebih muda dan kekal nampak macam 18 tahun.

Harapan I, I nak nampak muda sepanjang masa so you all akan perhati produk yang I pakai recently mostly kaya dengan 'anti-aging properties.'



Bahan yang ada dalam ID.AZ Face Fit CU-V Tensioning SLEEPING PACK :

Water, Butylene Glycol, Squalene, Alcohol Denat., Butyrospermum Parkii (Shea) Butter, Glycerin, Hydrogenated Poly (C6-14 Olefin), Chondrus Crispus Extract, Saccharum Officinarum (Sugarcane) Extract, Glyceryl Stearate, Caprylic/Capric Triglyceride, Caprylic/Capric/Myristic/Stearic Triglyceride, Macadamia Integrifolia Seed Oil, Niacinamide, PEG-40 Stearate, Cetearyl Alcohol, Cyclopentasiloxane, Argania Spinosa Kernel (Argan) Extract, Anemarrhena Asphodeloides Root Extract, Curcuma Longa (Turmeric) Root Extract, Prunella Vulgaris Flower/Leaf/Stem Extract, Tagetes Erecta (Marigold Flower) Flower Extract, Dioscorea Japonica (Yam) Root Extract, Morus Alba (White Mulberry) Root Extract, Salvia Officinalis (Sage) Extract, Pentylene Glycol, Synthetic Beeswax, Cyclohexasiloxane, PEG-100 Stearate Polyacrylate-13 Polyisobutene, Palmitic Acid, Caprylyl Glycol, Stearic Acid, Tocopheryl Acetate, Adenosine, Polysorbate 20, Sorbitan Isostearate, Sodium Deoxycholate, Myristic Acid, Arachidic Acid, Lauric Acid, 1,2-Hexanediol, Sorbitan Laurate, Oleic Acid, Sodium Cocoyl Glutamate, Hydroxyethylcellulose, Acetyl Dipeptide-1, Cetyl Ester Alcohol, Carbomer, Disodium EDTA, Phenoxyethanol, Fragrance


Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Instagram account : idplacosmetics_my
#idaz #butterflymsia #facefitsleepingmask
Watsons online : https://bit.ly/2AXRkmZ
Normal price : RM199

Harga Promosi : Terjah Watsons outlets OR Watsons online store.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com