Dr. Glamogenic Hyaluronic Booster Serum | review |


Liang Pori besar sememangnya dah kawan baik I paling sejati, tetap ada diwaktu suka dan duka I tapi I tak suka liang pori besar dan parut jerawat I sebabkan mereka orang pandang ku hina semacam haha tetiber cerita sedih.. tapi benda ni dah lali.. tapi tetap ku usahakan untuk merawat dan dapatkan kulit yang cantik lagi lembab dan gebu juga. Tapi ada lagi kawan lain yang hadir ke kulitku untuk mencetuskan masalah iaitu penuaan dan jeragat. I baru 28 tahun je pun mula naik jeragat, Alangkah sedihnya.. garisan halus pun sudah tidak malu untuk muncul di kawasan bibir dan bawah mata. Memang la usia semakin meningkat semua ni dah mula naik tapi I masih belum habis untuk menikmati fasa darah muda lagi. I dah jalankan rutin penjagaan kulit dari cleanse, tone, serum dan moisturize and extra another creams pun masih belum mampu mencegah semua masalah kulit. :(


But this time I masih belum putus asa untuk mencuba pelbagai formulasi produk yang I rasa value for money worth to try. Lagi pun dah banyak syarikat kecantikan menghasilkan produk kecantikan yang bebas dari bahan kimia berbahaya malahan efektif untuk kulit tanpa meninggalkan kesan sampingan yang berbahaya.

So far produk dari Korea lah yang I berani nak pakai sampai sekarang sebab formulasi produk mereka sememangnya mempunyai kandungan HA yang sangat tinggi. Kulit wajah I dalam tempoh mencuba nasib dengan Dr.Glamogenic Hyaluronic Booster Serum yang sesuai untuk semua jenis kulit dengan isipadu sebanyak 30ml untuk satu botol.



Fungsinya adalah untuk membersihkan kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata. Serum pelembab ini dikatakan sangat efektif untuk melembabkan kulit, memperbaiki tekstur kulit dan menjadikan kulit lebih sihat. So Apa lagi sampai je produk ni. I terus cuci wajah dan terus sapu several dabs dekat wajah I.


Tekstur cecair putih jernih seperti air yang likat. Bau dia tak kuat bau macam berada dalam lab dan klinik. Cecair yang bila sapu dan urut pada kulit cepat meresap ke dalam kulit, liquid dia macam 'bursting/'spreading' tanpa meninggalkan kesan berminyak dan tidak melekit tanpa sisa baki. So far memang rasa selesa lepas pakai tak rasa macam pakai apa-apa pada kulit.


I sangat impressed bila serum ni meresap ke dalam kulit tapi boleh rasa liang pori macam mula mengetat, kulit rasa macam lebih tegang dan nampak lebih 'glowing' berseri macam pakai highlighter gitu. Malam I pakai terus bawa masuk tidur.


Esok pagi bila I bangun tidur I perasan liang poti kulit I jadi macam mengecil dan warna tona kulit I nampak lebih cerah dan berseri. So far baru 2 x penggunaan I guna Dr. Glamogenic Hyaluronic Booster Serum ni. Rasa macam seronok bila tengok liang pori macam terawat dan nampak lebih hydrate. Nak pula muka I tak ada rasa pedih atau gatal-gatal pakai serum ni.. rasa liang pori jauh lebih segar dari sebelum ni. Tapi sekarang I target kalau pakai hari-hari nak sangat jeragat hilang ! Mudah-mudahan !

I rekomen sesiapa yang nak kulit wajah jadi lebih lembab dan lembut boleh try out this product. I akan beli lagi kalau dah habis satu botol ni. So far I love it !

Dr. Glamogenic Hyaluronic Booster Serum ni sangat sesuai untuk yang nak cegah penuaan sebab tiada siapa pun boleh kawal proses peningkatan usia tapi thanks to this serum sebab ianya sedikit sebanyak membantu untuk menegang, menganjak dan mengetatkan kembali liang pori kulit. Ianya mengandungi bahan yang selamat untuk digunakan dan sejenis cecair yang pekat dan amaun yang besar jadi kesan boleh nampak secepat mungkin berbanding dengan serum biasa.

Kunci utama ialah :

  1. Camellia Sinensis extract
    Dikenali sebagai ekstrak teh hijau, kaya dengan antioksida dimana ialah mempunyai fungsi perlindungan sel serta melindungi kulit dari kerosakan akibat dari radikal bebas dan menggalakkan peredaran mikro untuk kulit nampak lebih awet muda. Kulit juga menjadi lebih tegang malahan melembutkan garisan halus dan kesan kedutan.
  2. Cereus Grandiflorus extract
    Ianya ialah sejenis ekstrak bunga kaktus  yang mempunyai kemampuan untuk mencegah kehilangan lembapan dari permukaan kulit dan melembabkan kulit sehingga ke dalam kulit- ianya akan menghidrat kulit secara menyeluruh. Ianya juga bertindak untuk mengekalkan kelembutan kulit dan melawan iritasi dan juga ruam.
  3. Belamcanda Chinensis Root Extract
    Ianya dikenali sebagai 'blackberry lily' dan digunakan secara meluas sebagai anti penuaan dan mengandungi jumlah kepekatan 'phytoestrogens' yang tinggi dimana ianya akan memulihkan kembali tona warna dan keanjalan kulit kerana faktor peningkatan usia akan mengurangkan tahap penghasilan estrogen secara semulajadi.
Cara nak pakai macam biasa, bersihkan wajah kemudian sapu Dr. Glamogenic Hyaluronic Booster Serum mengikut jumlah amaun yang diperlukan dengan sapuan secara bulatan pada wajah sehingga serum ni masuk ke dalam kulit. Lepas tu nak pakai produk lain pun boleh untuk melengkapkan rejim penjagaan kulit anda. Ideal digunakan pada waktu pagi dan malam tapi lagi bagus kalau pakai produk jenama yang sama.

Produk Penjagaan Dr Glamogenic Hyaluronic Acid ni dihasilkan di Australia. DoktorGlamogenic mempunyai pengalaman selama 30 dalam siri penjagaan kulit dan sektor rawatan kecantikan. Glamegonic di reka dan diformulasi mengikut gaya hidup di Australia. Sangat bagus untuk kulit dan mesra persekitaran. Menggunakan bahan semulajadi yang berkualiti tinggi.



Selain daripada Dr. Glamogenic Hyaluronic Booster Serum terdapat lagi siri penjagaan kulit yang lain seperti :
  1. Enliven brightening Cream
    Krim pemutih dengan kepekatan yang tinggi untuk menjadikan tona kulit lebih sekata dan berseri, bahan seperti Arbutin dan juga citrus grandis ( grapefruits ) 
  2. Perfection Whitening Spot Serum
    Serum pemutih yang berprestasi tinggi untuk mengawal pigmentasi seperti jerawat, jeragat, dan lingkaran bawah mata. Bahan utama dalam serum ini ialah 'Root extracts.'
  3. Youth Restoring Modeling Shaping Cream
    Krim penjagaan untuk badan yang berisi membantu membuat siluet tubuh lebih licin disamping meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan bahan seperti 'soybean ferment extract' dan ;gentiana lutea root extract.'
  4. Brassica Peeling Gel
    Gel pengelupasan yang lembut dan lembab dengan bahan seperti ekstrak brokoli yang kaya dengan vitamin, mineral dan selulosa berorientasikan alam serta terdapat kandungan seperti 'hamamelis virginiana' iaitu 'witch hazel.'
  5. Antioxidant Vitamin C + Serum
    Serum yang sangat pekat mengandungi  vitamin C derivatif stabil untuk memulihkan kulit yang letih dan mencerahkan kulit yang kusam. Kandungan bahan seperti 'Butylene glycol, Paeonia suffruticosa root extract'.
  6. Hyaluronic Booster Serum
    Serum pelembap yang sangat berkesan untuk kulit sensitif / letih serta meningkatkan tekstur kulit dan menjadikannya sihat. 'Camelia sinensis leaf extract, histidine.'
  7. Vitalize Soothing Mask
    Masker yang berkhasiat serta menenangkan mengandungi intipati Guaiazulene yang mencukupi, Ekstrak Aloe, Hyaluronic Acid. 100% selulosa semulajadi. 'Aloe barbadensis leaf juice, butylene glycol'
  8. Dynamic Brightening Mask
    Masker krim pemutih dan nutrien dengan menggunakan bahan seperti 'Ascophyllum nodosum extract, fruit extract.'

Kenapa kena pilih Glamegonic ?
Sebab produk ni menggunakan bahan semulajadi, selamat dan efektif.

Dapatkan produk Glamegonic di :
Facebook : @glamegonic official
Instagram : @glamogenic


KIOSK - GLAMOGENIC
Authorised Dealer
Vintage Collection International Sdn Bhd
Alamat : PC-001, Ground Floor,
Sunway Giza Mall.
Waktu operasi : 10am – 10pm
Customer service line: 012 691 6128
#same level with Village grocer
#opposite Tea Live

Sila lawat Glamegonic sekarang dan dapatkan harga promosi dan hadiah untuk 20 pelanggan yang bertuah !

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com