Stay Fresh Body Sparkling Mist & Pore Purifying Serum Cleaser kini di Althea !


Bulan demi bulan, Althea semakin lama semakin mendedahkan banyak produk yang tip top habis seperti Stay Fresh Body Sparkling Mist & Pore Purifying Serum Cleaser.

Althea kini telah bekerjasama bersama artis wanita pertama yang jelita iaitu seorang penyanyi dan pelakon dari Jakarta, Indonesia - Titi Kamal. Koloborasi bersama artis wanita dan Althea ini telah menghasilkan semburan badan kali pertamanya di dalam Althea iaitu Stay Fresh Body Sparkling Mist .

Semburan badan yang ringan  ni akan mengekalkan haruman dan kesegaran dengan aroma buah-buahan dan bunga-bungaan seperti oren, peach dan juga ros. Kombinasinya akan memberikan anda aroma yang memukau dan meningkatkan lagi personaliti dalam gaya hidup terutamanya bagi wanita yang bekerjaya mahupun seorang ibu yang bekerja di rumah. Saiz yang boleh muat di dalam beg lebih-lebih jenis kaki travel. Althea telah bekerjasama dengan Titi Kamal secara 'personally & closely' memandangkan minat yang mendalam Titi Kamal dalam dunia kecantikan serantau Asia dan dalam proses memahami kehendak dan minat pengguna.

#TitixAltheaKorea #AltheaAngels #AltheaKorea

Ps : Sebagai seorang pengguna baru I boleh katakan semburan badan Stay Fresh Body Sparkling so far memang awesomelah sebab bau haruman macam ni sangat ekslusif dan sweet. Rasa macam beli body mist dekat kedai minyak wangi yang mahal-mahal tu je. Bau dia pun manis dan sakit hidung, so far I tak rasa alergik bila sembur dekat badan I lepas mandi. I rasa macam baru balik dari spa je. All I can say I love it !! Bau dia pun romantik rasa macam dunia khayalan jap. haha.


Althea juga telah memperkenalkan produk terbaru iaitu Pore Purifying Serum Cleanser yang membantu menyingkirkan kotoran didalam liang pori dan mengekalkan keseimbangan pH kulit. #AltheaSerumCleanser #AltheaAngels #AltheaKorea


Pore Purifying Serum Cleanser digunakan untuk menghilangkan solekan pada wajah dan juga bertindak untuk membersihkan kulit wajah.

Untuk menghilangkan solekan :

  1. Tuang amaun mencukupi untuk wajah anda pada tapak tangan atau pad kapas.
  2. Buat urutan keseluruh wajah dengan pergerakan membulat untuk membuang kotoran dan solekan.
  3. Lepas tu cuci wajah sebersihnya dengan air. Diikuti dengan rutin membersihkan wajah untuk melengkapkan pembersihan membuang sisa sisa baki pada wajah.
Untuk membersihkan wajah pula :
  1. Basahkan wajah dan guna amaun yang cukup pada tapak tangan
  2. Kemudian buat urutan secara membulat pada wajah sehingga 5-10 saat sebelum membersihkannya dengan air.

ps : Once I received this pore purifying serum cleanser, I ingat dia serum, punyalah I sapu kat wajah dekat I macam toner, sekali tu tengok dia ada hasilkan a bit bubble, then I rinsed dengan air, fuh rasa pori bersih semacam. Then only I read the description rupanya ianya memang 'cleanser' haha. Best sebab dia boleh singkirkan sekali solekan pada wajah.  Totally recommended ! :)

Beli these 2 babies di Althea Korea sekarang !

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com