200 Orang Pemenang bertuah bakal menunaikan Ibadah Umrah tahun 2019 tajaan Jakel


Tahniah diucapkan kepada 200 pemenang yang bertuah akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada bulan Januari 2019. Kira-kira ribuan penyertaan yang telah diterima dengan kaedah dimana pelanggan yang berbelanja produk Jakel dengan pembeliaan RM1,000 ke atas layak untuk menyertai dan mengisi maklumat di kupon penyertaan ke dalam kotak yang disediakan di bahagian kaunter pembayaran. Cabutan telah dilakukan bersama-sama dengan Ketua Bahagian Cawangan Jakel seluruh dunia dimana semua penyertaan telah dikumpul selama 30 minggu sehingga cabutan hadiah dilakukan.

Peraduan Beli & Menang Cabutan Hadiah 2017/2018 telah diadakan pada Jualan Akhir Tahun 2017 sejak dari Jun 2018 di cawangan Jakel seluruh Malaysia. Hadiah yang ditawarkan amat menarik dimana pelanggan setia Jakel telah memenangi hadiah Pakej Ibadah UMRAH selain ditawarkan hadiah lain yang berupa wang tunai untuk setiap minggu.

Menurut Yaya Natsumi yang terasa terharu melihat para pemenang berwajah berseri-seri telah menjadikan Jakel sebagai gedung membeli-belah pakaian nombir 1 di Malaysia. Tahniah juga I ucapkan pada rakan kenalan yang turut memenangi hadiah pakej Umrah dari Jakel.

Pemberian cek mock-up turut diserahkan kepada pihak Alhkatiri Travel & Tours Sdn Bhd sebagai tanda simbolik dari pihak Jakel.  Tanda penghargaan kepada 200 bakal jemaah Umrah telah berlangsung juga pada majlis taklimat ringkas diadakan. 

Pakej Umrah yang ditaja penuh oleh Jakel Trading dari pengangkutan, tempat tinggal dan juga khidmat menunaikan ibadah Umrah direalisasikan khas untuk 200 orang pelanggan bertuah dari seluruh Malaysia.

Tajaan sepenuhnya ini adalah salah satu alternatif bagi Jakel untuk meraikan sokongan dan menghargai para pelanggan yang sentiasa menyokong perniagaan Jakel selama bertapak di Malaysia dengan melaksanakan penganjuran kempen peraduan ini. Tanda terima kasih bertujuaan untuk berkongsi semula keuntungan bersama para pelanggan yang bertuah.

Majoriti pelanggan adalah melayu dan beragama Islam telah menjadikan Jakel memberi peluang kepada mereka yang bertuah untuk menunaikan ibadah Umrah atas dasar keprihatinan dengan menanggung sepenuhnya oleh pihak Jakel dalam mengerjakan IBADAH Umrah secara PERCUMA. Ianya juga sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) Jakel kepada pelanggannya.


Pemenang cabutan bertuah Pakej Umrah (Jemaah Lelaki)


Pemenang Cabutan bertuah ( Jemaah Perempuan )


Majlis ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Salim bin Salleh Pengarah urusan Al Khatiri Group bersama warga kerja Al Khatiri yang lain.


'Ingat Kain Ingat Jakel' adalah slogan paling popular yang disebut-sebut oleh Datok Mohamed Feroz Mohamed Jakel. Sebanyak RM 1.3 juta telah diperuntukkan untuk tajaan Umrah kali ini. 

Bagi yang terlepas peluang jangan risau masih ada lagi peluang yang sama pada masa yang akan datang. Potongan separuh harga diberikan dengan menawarkan koleksi kain-kain terbaru untuk tahun 2019 sebagai Jualan Akhir Tahun 2018 di semua cawangan Jakel yang kini sedang berlangsung bermula dari 23 November sehingga 6 Januari 2019.


Koleksi Hanis Zalikha Ramadan 2019 antara pilihan ramai termasuklah kemasukan kain-kain baru dengan corak yang lebih fresh dan trendy sesuai untuk semua golongan terutamanya para wanita dan keluarga.

Apa lagi jangan lupa singgah Jakel kalau nak buat baju raya tahun depan tau. Untuk maklumat lanjut, sila layari :

https://www.facebook.com/jakeltextile/
https://www.instagram.com/jakeltextile/

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com