Servis NATALIS untuk menjaga mommy berpantang bukan jadi bibik.

Tempoh berpantang adalah sinonim untuk wanita yang baru melahirkan anak, ada yang berpantang selama 44 hari ada yang berpantang sehingga 60 hari ada juga berpantang sehingga 100 hari. Tapi I pula pantang dengan orang yang tak menjaga baik pantang dorang ni terutamanya yang jenis suka langgar pantang makan ikut suka minum ikut suka, berurut tak mahu, bertanggas tak mahu. Memang awal-awal tak nampak kesan tu tapi cuma tengok negara Barat sana yang dah masuk 50 tahun memang boleh nampak habis layunya kulit berbanding wanita di negara Asia. Pantanglah betul-betul tak lama pun 44 hari je. Makan makanan yang seimbang kaya dengan nutrisi dan khasiat. Takmo makan yang sejuk-sejuk, air sejuk dari peti ais ke. Apa pun ikutlah keselesaan badan sendiri sebab kalau sakit kena tanggung sendiri bukan orang lain tau.

I cuma nak pesan lelaki yang nak berkahwin dengan anak dara orang tolonglah upkan ilmu mengenai bersalin dan penyusuaan. Perkahwinan ni bukannya nak sedap-sedap je tapi sebenarnya satu tanggungjawab yang I rasa agak berat juga yerlah untuk membina sebuah keluarga yang bahagia bukannya senang. Banyak benda nak kena fokus dalam menjaga silatulrahim antara suami isteri. In the future kena fokus pada anak-anak pula.

Bagi I banyak punca terjerumusnya pada faktor sindrom meroyan ni antaranya ialah tempoh pantang selepas bersalin tak dijaga dengan baik. Waktu berpantang sebenarnya memang banyak cabaran jadi I mohon pada suami sekalian carilah orang yang boleh jaga isteri dalam tempoh pantang dengan baik dan teliti. Angin masuk sikit je dah boleh akibatkan bentan you know... kalau tak nak menyusahkan mak sendiri atau mak mertua atau saudara sendiri kalau mampu upah je yang servis yang bertauliah at least boleh tolong tengok-tengokkan wife yang baru lepas bersalin tu anak pun dijaga dengan tip top lagi.


Disebalik isu yang melanda rumahtangga Mia Ahmad ketika berpantang yang I sendiri tak tahu punca, I salute Mia gunakan khidmat untuk bantu dia dalam tempoh berpantang, at least terjaga di sebalik emosi yang surut naik.

Servis memang tip top lah dari @natalismothercare ni siap kemas rumah, basuh baju bayi, tungku baby dan jaga ibu berpantang sekali. Tapi ada satu kes melanda satu ketika lalu yang buat reputasi natalis mother care a bit goyah dimana client complaint pekerja tak jalankan servis. Ura-ura juga kata yang client ni anggap staff natalismothercare ni dah macam bibik, kalau boleh pakaian selain daripada bayi dan ibu pun nak kena basuh, pakaian suami pun nak kena basuh, amboi amboi amboi.... paling parah makanan untuk suami pun nak kena masak, ugh, fuh...

tapi bagi I rezeki masing-masing kan ada yang buat memang buat... ada yang memang betul-betul ikut pakej.. tapi tu la kalau dah kita bayar servis untuk tu je.. nak lebih-lebih pula payahlah gitu... orang lain pun nak cari makan juga kan.. hmmph.. yang penting ibu berpantang dan anak is happy okay la..

Bagi yang nak gunakan servis dari Natalis Mother Care, yang ni ialah pakej yang ditawarkan di sini. I ingat if I nak bersalin anak ke tiga nanti I nak try Pakej Penjagaan pantang ekonomi ni, okaylah kalau untuk mengikut kemampuan I ni. hehe.




Untuk maklumat lanjut :

Natalis Mother Care & Beauty
PAKEJ VIRAL MASA KINI
Untuk PRODUK PENJAGAAN WANITA AGUNG

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com