Mary Kay Timewise Age Minimize 3D |REVIEW|


Hi Siapa dah nak masuk 3 siri tu ? Yay kita gang ! I dah figured out several product yang I think really WORTH to try untuk prevent aging iaitu Mary Kay Timewise Age Minimize 3D yang mempunyai kandungan bahan seperti Encapsulated resveratrol, Vitamin B3 dan age-defying peptide untuk menjadikan kulit nampak lebih muda remaja, kolagen akan terhasil secara semulajadi dan kaya dengan anti-oksida yang tinggi.








Ianya agak membantu untuk mengurangkan pigmentasi, merawat masalah garisan halus dan kedutan, memudarkan kesan parut jerawat, mengecilkan saiz liang pori, menganjalkan dan menengangkan kulit, menyerikan kembali kulit kusam dan menyihatkan kulit dari lapisan bawah kulit sehinggalah ke permukaan. Sesuai untuk semua jenis kulit tapi sila buat ujian alergik terlebih dahulu sebelum guna tau. Kesan dapat dilihat mengikut jenis kulit juga.

Cara nak guna : Cuci wajah dengan Mary Kay Timewise Age Minimize 4-In-1 Cleanser. Urut secara lembut membulat dengan menggunakan jari manis dari bawah tolak ke atas. Bersihkan dengan air suam atau span facial. Tekstur dia ala-ala lotion cleanser yang ada small blue micro dalam tu untuk pembersihan secara lembut tanpa keringkan kulit. Harga : RM115


Segarkan wajah dengan Mary Kay Timewise Moisture Renewing softener untuk membersihkan kulit dari sel kulit mati disamping mengecilkan liang pori. Gunakan pad kapas dan sapu pada wajah atau teknik dab dab dab jika tanpa pad kapas. Pastikan ianya meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan basah. Tesktur macam Air dan cepat kering.



Mary Kay Timewise Age Minimize Day Cream Spf 30 sangat membantu untuk melembab serta memberi perlindungan pada sinaran UV yang berbahaya. Bagus digunakan pada waktu siang setelah wajah dicuci dan disegarkan dengan Mary Kay Timewise Age Minimize 4-In-1 cleanser dan Mary Kay Timewise Moisture Renewing softener. Tekstur macam krim dan mudah meresap ke dalam kulit. Harga RM139.




Rawat lingkaran gelap bawah mata dan garisan halus dengan Mary Kay Timewise Age Minimize Eye Cream. Gunakan amaun saiz kacang pea krim mata dan buat teknik dab dab dab sehingga meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan belenggas. Mata nampak lebih segar tau. Tekstur macam gel sangat lembut pada kulit. Harga RM135


Last not least sebelum tidur I sangat rekomen untuk cuba sendiri Mary Kay Timewise Age Minimize Night Cream sebab waktu malam krim ni sangat membantu untuk lembab, hidrat, menganjalkan serta menyerikan kulit wajah. Boleh rasa pada bangun tidur keesokan hari. Tekstur seperti gel berwarna putih dan mudah meresap ke dalam kulit. Harga RM139.

Hanya boleh didapatkan dari Mary Kay Independent Beauty Consultant sahaja.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :
https://www.marykay.com.my/
#marykaymalaysia #marykaytimewisemiracle3D

1 ulasan :

  1. Saya tumong share material ye sis. Tq semuga dimurahkn rezeki

    BalasPadam

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com