Himalaya Salt Sport Candy Tingkatkan Hidrasi bagi yang aktif Bersukan


Siapa sangka gula-gula masa kini menggunakan garam himalaya semulajadi sebagai perasa yang banyak memberi manfaat pada tubuh badan.  Ia mengandungi lebih daripada 80 kesan semula jadi mineral seperti Potassium, Magnesium dan Kalsium yang semuanya dijumpai secara semula jadi di dalam badan. Selain menggalakkan penyerapan mineral dan nutrien ke dalam aliran darah, Garam Himalaya dikenali untuk membantu mengekalkan penghidratan dalam badan. Gabungan garam Himalaya dan jus lemon asli kaya dengan vitamin C memberikan banyak khasiat malahan pudina pula merupakan herba yang memberi kesegaran pada tubuh terutamanya setelah aktiviti sukan yang berat.


Inspirasi Himalaya Salt Sport Candy ni berlaku semasa perjalanan mendaki bersama sahabat Kenny Low iaitu Pengarah Urusan Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd. Peluhan berlebihan menyebabkan penurunan kepekatan natrium dalam aliran darah dan ini mengakibatkan Kenny mengalamai kekejangan yang teruk. Ketika itulah dia mengharapkan adanya gula-gula (dengan kandungan natrium) seperti itu untuk membantu.

“Himalaya Salt Sports Candy datang dalam bungkusan yang mudah dinikmati di mana sahaja. Ia harus ditekankan bahawa gula-gula sukan ini bukanlah makanan tambahan untuk kesihatan tetapi sesuatu untuk menyegarkan kembali apabila anda memerlukan garam serta glukosa semula jadi yang lebih sihat selepas senaman yang baik," kata Kenny.

Goh Liu Ying, pemegang pingat Perak Olimpik 2016 dalam beregu campuran Badminton telah dilantik menjadi duta untuk gula-gula sukan ini kerana dia merupakan contoh peranan yang sesuai untuk pemain muda baik lelaki mahupun wanita. Dia juga menyukai gula-gula ini dan mengambilnya setiap kali dia keluar latihan dan membawanya bersama semasa perlawanan.

 

Bukan peminat gula-gula? Syarikat Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd juga melancarkan Himalaya Pastilles Peppermint. Pastil enak bersaiz kecil yang datang dalam satu paket yang mudah ditutup semula untuk melegakan tekak dan menyegarkan nafas dengan perisa pudina sejuk.

Dibuat dengan Garam Himalaya semula jadi, gula-gula sukan baru ini sangat berguna jika badan anda memerlukan natrium tambahan selepas senaman yang sengit. Rasa pudina yang menyegarkan juga sesuai untuk sesiapa yang memerlukan nafas segar selepas makan tengah hari atau sebelum mesyuarat atau sesuatu yang menyegarkan pada hari yang panas. Sensasi sejuk gula-gula ini juga menenangkan tekak pada masa yang sama.


Kedua-dua Himalaya Salt Sports Candy (15g) dan Himalaya Pastilles Peppermint (25g) adalah disahkan Halal dan boleh didapatkan di farmasi-farmasi utama, pasar raya, dan pasar raya besar di seluruh negara.

Tentang Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd

Ditubuhkan oleh Kenny Low pada tahun 2001 sebagai pengilang konfeksi gula, Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd berkembang pada tahun 2009 dengan melakukan pelesenan gula-gula Doraemon yang membolehkan inovasi produk selanjutnya. Dengan lebih daripada 50 produk yang
dipasarkan di pasaran domestik dan antarabangsa, Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan sentiasa mengamalkan dan menggabungkan amalan terbaik dari industri ke dalam proses produksi dan pengurusan untuk memastikan penghantaran produk berkualiti tinggi.

Untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati produk Nicko Jeep Manufacture Sdn Bhd, semua produk dari syarikat ini telah disahkan Halal oleh HACCP, GMP, dan MESTI. Ketahui lebih lanjut mengenai produk ini sila layari www.candy.com.my

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com