5 Jenis Emosi yang timbul bila tonton filem Operasi X


Kenapa perlu tonton filem Operasi X ?

Disebabkan ramai yang dah review filem terbaru tahun 2018 iaitu Operasi X, jadi I sendiri 'decided' nak tonton sendiri filem ni. Ada yang bagi rating sampai 4/5, ada yang kata kelakar, ada yang kata jalan cerita best, ada yang kata pelakon memang menjiwai watak, jadi I pun tempah tiket melalui GSC Online untuk tonton sendiri filem ni di Mid Valley. Siapa yang masih belum tengok boleh tonton terlebih dahulu trailer filem Operasi X di > sini <


Beli Tiket secara Online di GSC

Memandangkan I tengah ada masa terluang hari Sabtu jadi ianya adalah waktu terbaik untuk I tonton filem 'released stress' minggu ni. Dah lama sebenarnya I tak menonton wayang sebab kekangan masa lebih-lebih lagi pawagam usually tak boleh dan tidak digalakkan bawa anak-anak bawah 6 tahun. Jadi nak tak nak I memang susah nak tonton wayang. Tapi dah kawan I cakap best filem aksi ni santai-santai je dan tak heavy, why not kan treating myself tengok filem melayu ? Ada Dato Awie jadi watak ketua gangster pula. I tertanya Bolehkah Dato Awie bawa watak ni ?

Paling BEST beli tiket secara online lebih awal atau bila-bila masa dimana-mana sahaja sebab boleh pilih SEAT yang kita nak, kalau beli lambat-lambat atau waktu 'walk-in' surely mesti beratur panjang dan SEAT yang depan sekali je tinggal, eh tak mo la tengok depan-depan sangat I tak sanggup mata kat atas je nanti. Haha.

Mula-mula I ingat tak ramai yang tonton hari ni tapi bila I dah masuk je, fuh row belakang I penuh je terutamanya golongan remaja yang 'excited' nak tengok bagaimana polis dan pasukan yang kacak dan cantik ni berjaya menumpaskan raja penyeludup yang berpengaruh. Jadi tak adalah I rasa kesunyiaan keseorangan menonton filem ni. Apa pun kalau tak ada orang pun I rasa I masih lagi boleh layan filem yang santai tapi penuh dengan pengajaran dan nilai murni yang I dapati dalam filem ni.


Sinopsis ringkas filem Operasi X

Operasi X ialah sebuah filem arahan Sandosh Kesavan dari Dream Pictures Production yang mengisahkan tentang operasi untuk membanteras jenayah penyeludupan yang dibintangi oleh pelakon-pelakon kacak tapi yang I minat dah kahwin. Hehe. Sebelum operasi X ni dilaksanakan terdapat satu kisah trauma yang dialami oleh ASP Redzuan (dilakonkan oleh Aaron Aziz) yang sedih akibat kematian sahabat baiknya dan menyangka sahabatnya, Inspektor Aman telah mati dipercayai terkena tembakan oleh pihak polis. Akibat dari tragedi itu, ASP Redzuan bertindak untuk mengasingkan diri dan menyembunyikan identiti dirinya sebagai seorang polis sebuah pulau yang tidak diketahui lokasinya. 


Watak Protagonis

Tapi walau bagaimanapun kedudukan ASP Rezuan telah dapat di'track' oleh Dato' Mokhtar ( lakonan Datuk Yusof Haslam dan DSP Anwar (dilakonkan oleh Rahhim Omar) untuk memujuk kembali ASP Redzuan melibatkan diri dalam operasi siasatan jenayah. Mula-mula ASP Redzuan taknak tapi lepas dah dipujuk dia pun mengubah fikiran sebab nak tahu siapakah yang menyebabkan kematian Inspektor Aman yang sebenarnya.

I ingatkan ASP Redzuan tak nak tinggalkan Pulau tu sebab ada wanita cantik iaitu Cikgu Ayu (dilakonkan oleh Hanna Aqeela) ha ha ha.


Bayangkan korang (lelaki) tinggal di sebuah pulau lepas tu ada pula wanita cantik macam ni korang rasa korang nak tinggalkan pulau tu ke ? Haa, watak Cikgu Ayu ni ( dilakonkan oleh Hanna Aqeela ) dimana ASP Redzuan telah jatuh cinta dengan Cikgu Ayu ni kerana kebijaksanaannya mengenai peralatan ringkas untuk tujuan keselamatan.

Operasi X ni bertujuan untuk menumpaskan Geng Belut dimana  ketua "Raja Seludup Antarabangsa" dilakonkan oleh Dato Awie dan ASP Redzuan perlu melibatkan diri semula dalam dunia siasatan jenayah sekali lagi untuk banteras Belut ni la.


Pasukan Operasi X terdiri daripada pakar dalam kemahiran tersendiri

Mula-mula I ingatkan Operasi X ni terdiri oleh golongan anggota polis rupanya jauh panggang dari api, bila bab pengenalan mengenai kemahiran masing-masing I rasa macam tengok filem ala-ala Fast and Furious dah, setiap karakter bukan suka-suka je dimuatkan tapi setiapnya mesti ada kelebihan tersendiri. Antara 4 pakar ni I paling suka watak Janggut iaitu seorang hacker dilakonkan oleh Gbob, karakter ni sangat penting sebab dia boleh 'track' lokasi penjenayah supaya memudahkan Ali Mat iaitu seorang pemandu yang cekap dilakonkan oleh Hefny Sahat untuk mengejar penyeludup bersama Pablo seorang penyerang yang dilakonkan oleh Hairul Azreen. Watak Nash sangat pula pun penting sebagai seorang penyamar dan penggoda untuk memecah masuk sarang penyeludup dengan kecantikan wajah serta lenggang-lenggok tubuhnya yang dilakonkan oleh Nashra. Adakah mereka berjaya dalam operasi X ni dengan gabungan kepakaran masing-masing untuk memperdayakan penyeludup ni.


Watak Antoganis

Jadi yang nilah ketua gangster/smuggler berpengaruh -  Belut dalam filem Operasi X  seorang penjenayah yang semakin lama semakin berleluasa kegiatan jenayahnya di rantau ni. Mula-mula I ingat penyeludup mempunyai muka yang ganas, bengis, kejam dan serious tapi bila tengok penyeludup yang macam cute ni I rasa Kelakar pula bila Dato Awie bawa watak antagonis, entahlah macam sweet pula Dato Awie bawa watak jahat yang sangat 'annoying' dan 'naughty' ni  tapi siapa sangka walaupun cute-cute tu terserlah juga lah watak antagonis Belut ni bila dia marah sehingga pecah sebuah gitar jugak lah sampai terdiam pengikut Belut ni.

Walaupun seorang gangster tapi bila part melibatkan keluarga sendiri Belut ni macam berubah dari jahat jadi macam penyayang. Eh of course you all ingat orang jahat ni tak ada orang yang betul-betul sayangkan ? Belut ni sangat sayangkan adik dia dan alami kesedihan apabila adik dia Mat Bong mati kena bunuh. Bila dia dapat tahu siapa yang bunuh adik dia tu, dia punya tahap kemarahan tu memang boleh nampak dan mengerungkan. 

Mula-mula I sangat confused sebab ASP Redzuan tak tahu siapa yang bunuh sahabat baiknya ( ingat polis yang bunuh sahabat baiknya ) lepas tu Belut pun tak tahu siapa yang bunuh adiknya, Mat Bong. ( pun ingat polis yang bunuh adiknya ) Jadi konflik yang complicated bermula dari siri pembunuhan ni la. Padahal ada dalang disebalik pembunuhan ni.

Watak Antoganis dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan sebagai Basha, Amerul Affendi sebagai Mat Bong, Zaidi Omar sebagai Wak Doyok, Shima Aris sebagai Lady Lion dan semestinya Dato' Awie sebagai Belut. Kalau tak ada watak ni sudah tentu jalan cerita tak menarik.

Antara banyak-banyak watak dalam filem Operasi X ni jujur I katakan I lebih meminati watak Belut yang dilakonkan oleh Dato' Awie. Kalau bukan kerana watak ni susah juga nak timbul 5 jenis emosi yang membuatkan I boleh layan seorang diri tanpa partner tonton filem Operasi X ni.

5 Jenis Emosi yang timbul bila tonton filem Operasi X yang I alami ialah :

  1. Emosi sedih apabila berlaku kematian insan yang paling disayangi dimana ASP Redzuan kehilangan sahabat baiknya, Inspektor Aman manakala Belut kematian adiknya, Mat Bong.
  2. Emosi marah apabila dapat tahu dikhianati oleh insan yang dipercayai selama bertahun lamanya.
  3. Emosi Takut apabila penjenayah menculik orang yang kita sayangi takut diapa-apakan. Tapi bayangkan bila kita kena culik tak tahu macam mana nak lepaskan diri, takut diapa-apakan, terpaksa bersedia segala mungkin sama ada hidup atau mati.
  4. Emosi Kelakar berlaku apabila watak yang jahat iaitu Belut banyak menggunakan kata-kata yang lawak, haih walaupun jahat tapi ada juga kekuatan imannya sikit di situ.
  5. Emosi Gembira bukan sebab happy ending, happy ending penuh kejutan sebenarnya tapi happy bila part ASP Redzuan menyatakan hasrat untuk mengambil Cikgu Ayu sebagai seorang isteri. Sweet bahagian tu tau.
Dalam filem Operasi X ni terdapat juga unsur elemen kasih sayang yang kuat tak kiralah betapa baiknya seseorang itu atau jahatnya seseorang itu lebih-lebih lagi apabila melibatkan keluarga, percintaan dan persahabatan.

Nilai murni yang dapat I 'pointed' dalam filem Operasi X ni pula ialah semangat kepercayaan dalam kerjasama berpasukan, menghormati orang yang lebih tua/berpengalaman serta semangat kesetiaan yang kuat oleh individu pada ketua pasukan/ketua penyeludup.

Kisah ni bukan berakhir dengan kegembiraan pun tapi banyak aksi tembak-menembak ni buat I sedikit trauma apabila mengenangkan kisah 'tembakan rambang' baru-baru ni Oakland.


Kesimpulannya, korang kena tengok sendiri kenapa ASP Redzuan bersungguh-sungguh untuk meneruskan Operasi X ni setelah kematian sahabat baiknya ? Kenapa Belut membunuh satu-satunya orang yang dia telah kenal lama ? Kenapa ada juga wujudnya pembelot ? Huhu banyak persoalan akan terungkai jika korang saksikan sendiri filem Operasi X ni di pawagam berdekatan anda yang telah ditayangkan sejak dari 1 November 2018 yang lalu. Apa pun I nak ucapkan syabas pada pelakon-pelakon yang menjiwai watak terutamanya Belut yang dilakokankan oleh Dato' Awie, jahat-jahat pun tapi masih pandai buat lawak. Bercampur baur perasaan I nak gelak ke ? Nak marah ke ? huhu.

I dah tengok, you all bila lagi ?

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Facebook Operasi X,
Instagram Operasi X
Youtube Dream Pictures Production

#OperasiXTheMovie #OperasiX #DreamPicturesProduction

Sumber gambar dari IG pelakon dan juga laman facebook Operasi X.

Catat Ulasan

🌸Pengikut Blog🌸

www.syafierayamin.com